ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 December 2010

Binatang manusia ( UMNO ) mengamalkan hipokrit yang licik...!!!!

Berpura-pura menjadi baik adalah sifat yang hipokrit. Sekiranya seseorang Ustaz itu berpura-pura menjadi baik, maka ustaz itu adalah hipokrit. Sekiranya seseorang Menteri berpura-pura menjadi baik, maka Menteri itu adalah seorang yang hipokrit. Malah apabila Perdana Menteri yang berpura-pura menjadi baik, juga dikatakan Perdana Menteri itu adalah seorang yang hipokrit.

Cuma, kalau betullah apa yang dikatakan Perdana Menteri seorang yang hipokrit, maka bukan sahaja dia adalah hipokrit malah lebih dari itu sebenarnya adalah ‘kepala bapak' hipokrit. Ini adalah suatu istilah yang menjelaskan dia adalah ‘ketua' kepada semua orang yang hipokrit kerana sesuai kedudukannya yang bertindak kepada ‘ketua dan bapa' kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, tolong jangan salah faham.

Sebab itulah, apabila ingin memilih seseorang Perdana Menteri ataupun pemimpin, maka seorang yang bermaruah tinggi, bermoral dan berakhlak mulia, mempunyai integriti yang tidak dipersoal malah dihormati kawan dan lawan - seharusnya menjadi kriteria yang amat penting sesuai dengan jawatannya.

Lewat kebelakangan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sebagai seorang yang baik dan jujur. Dikatakan semakin ramai yang terpengaruh dengan kebaikkan dan kejujuran yang telah ditunjukkan. Datuk Seri Najib baik kerana sanggup memberikan bonus kepada sekian ramai peneroka Felda, tidak menaikkan tol selama bertahun-tahun, ikhlas memberikan saguhati kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 dan pelbagai kebaikkan lagi yang sedang diperkatakan ramai. Ini termasuklah juga apabila Najib telah membuka blog 1Malaysia kononnya untuk mendengar sebarang cadangan daripada rakyat termasuklah untuk pembentangan Bajet baru-baru ini. Saya tidaklah pasti samada kenaikkan petrol, diesel, gas dan gula yang baru sahaja berlaku adalah salah satu cadangan daripada rakyat yang telah dimasukkan didalam blog tersebut dan diterima dengan senang hati oleh Najib.

Menjadi orang yang hipokrit, kita percaya bukanlah perkara yang senang. Sebaliknya pula, orang yang sememangnya baik, untuk melakukan perkara yang baik dan kelihatan baik adalah amat mudah baginya kerana sifat baik itu sendiri telah menjadi suatu yang telah sebati dengannya.

Maksudnya, seorang Lanun boleh sahaja berpura-pura untuk kelihatan seperti seorang Ustaz atau Ulama', tetapi ‘sepandai-pandai tumpai melompat, pasti akan ketanah jua akhirnya'. Perangai lanunnya itu lambat-laun pasti akan terbongkar.

Kita juga merasa amat yakin, sekiranya ingin diadakan sesuatu solat hajat, maka apabila diberi pilihan antara Datuk Seri Najib dan Datuk Nik Aziz, bukan setakat orang PAS, malah orang UMNO sendiri akan lebih selesa agar ianya diimamkan oleh Datuk Nik Aziz. Tolong jangan keliru. Ini bukanlah bermakna orang UMNO mengiktiraf ilmu dan ketokohan yang ada pada Nik Aziz (Kita juga yakin, sesetengah daripada mereka pun, tidak akan mengiktiraf ilmu dan ketokohan Nik Aziz sampai mati sekalipun) tetapi sebab betapa tidak ‘sesuainya' apabila mereka melihat kedudukan Najib yang pernah menghadiri kononnya ‘fesyen Islam' yang menampilkan pakaian hampir separuh bogel - untuk tampil menjadi Imam. Sebab itulah, orang yang baik, apabila melakukan sesuatu yang baik tidaklah kelihatan janggal dan pelik. Yang pelik dan janggal ialah apabila Nik Aziz menjadi makmum dan berimamkan Najib.

Pun begitu apa yang pasti, apabila ingin menjadi menjadi baik dan kelihatan baik tentulah ada cara dan gayanya. Dan cara yang kelihatannya amat menarik perhatian ramai dan paling popular pada zaman ini ialah dengan menggunakan unsur-unsur agama seperti pergi umrah dan haji.

Maksudnya begini. Walaupun anda adalah perompak harta negara, anda akan terus menjadi suci dan murni apabila dilihat pergi menunaikan Umrah. Walaupun anda kaki rasuah dan judi, namun anda terus diingati sebagai insan mulia apabila dilihat menunaikan Haji di Mekah.

Untuk pergi menunaikan Umrah dan haji, hanyalah insan terpilih yang dipilih. Disebabkan anda yang dipilih, maka bukankah anda insan yang baik dan mulia?. Bagaimana mungkin insan yang mulia adalah perompak harta negara ataupun kaki rasuah dan judi?.

Sebab itulah, kita melihat sudah wujudnya kecenderungan, seseorang pemimpin apabila sahaja ditangkap, dilibatkan dengan sesuatu kes, ataupun juga pernah dikaitakan dengan sejarah silam yang buruk semasa tempoh perkihdmatan (dan apabila bersara), akan cepat-cepat menempah tiket ke Mekah agar dirinya kelihatan baik,suci dan tidak bersalah. Bila sampai kesana, samada dirinya betul-betul berumrah atau berhaji, adalah perkara yang kedua. Maksudnya pergi Umrah dan haji telah menjadi sabun dan klorox yang baru untuk membersihkan dosa dan kotoran kejahatan yang telah dilakukan selama ini.

Dan berapa banyak orang telah terpengaruh dengan kopiah Saudara Zulkifli Nordin yang nampaknya telah begitu lantang menghentam Pakatan Rakyat baru-baru ini - hanyalah kerana menyangkakan bahawa beliau baru sahaja balik daripada mengerjakan umrah atau pun haji kerana beliau berkopiah. Bukankah orang yang pergi berumrah dan berhaji adalah orang yang suci dan terpilih?. Samada dirinya betul-betul berumrah atau berhaji apabila sampai disana, adalah perkara yang lain.

Walaupun Najib tidak pergi berumrah dan berhaji tetapi hanyalah sekadar mencipta blog 1Malaysia - untuk kononnya meminta pandangan rakyat terlebih dahulu terhadap apa sahaja yang ingin dilakukan bagi menunjukkan dirinya adalah baik dan kelihatan baik, mengapa tidak diminta pandangan rakyat terlebih dahulu tentang kenaikkan petrol, diesel, gas dan gula baru-baru ini?. Mengapa tidak diminta pandangan rakyat tentang penghapusan tol diseluruh Kuala Lumpur dan Selangor?.

Mengapa tidak diminta pandangan rakyat tentang bonus kakitangan yang perlu diberikan samada 1 bulan ataupun RM500?. Mengapa tidak diminta pandangan rakyat tentang kenaikkan tariff air yang mungkin bakal berlaku?. Mengapa tidak diminta pandangan rakyat peranan Rosmah didalam pentadbirannya itu yang menggunakan duit rakyat melalui permata?.

No comments:

Post a Comment