ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 December 2010

Felda di Dun Tenang antara yang mundur di Malaysia


"Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, generasi muda Felda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang kini semakin matang dan sedar mengenai hak mereka yang selama ini ditindas di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional

Menurut Mazlan, ini kerana Felda berkenaan iaitu di Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang, masih ketinggalan jauh dari pelbagai aspek ekonomi, meskipun ia merupakan antara kawasan Felda yang terawal di Johor.

“Sebahagian besar pengundi di Dun tenang adalah golongan muda dan tiga buah Felda di dalam Dun itu merupakan antara Felda yang paling mundur dari sebanyak 317 Felda di seluruh negara.

“Peneroka di kawasan ini mengeluh terhadap keadaan sosio ekonomi terutama golongan muda, program kebajikan, rumah generasi kedua- Ini adalah isu-isu besar yang melanda mereka. Keadaan ini menyebabkan timbul kebimbangan pada BN kerana golongan muda ini telah mula sedar tentang hak mereka,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan hari ini yang menyatakan bahawa BN akan memberi tumpuan kepada kawsan-kawasan Felda di Tenang menjelang PRK tersebut.

Kawasan tanah rancangan itu dianggarkan memiliki sekitar 4,000 pengundi daripada kira-kira seramai 14,000 pengundi keseluruhan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata beliau menyifatkan kenyataan Ahmad Mazlan sebagai satu taktik bagi meraih sokongan pengundi terutama di kawasan Felda di Tenang, yang turut menghadapi masalah yang hampir sama dengan kawasan-kawasan Felda lain seluruh negara seperti masalah penyelewengan dan salah urus oleh pentadbiran Felda.

“Antara isunya ialah Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG), isu tanam semula, ada peneroka yang tidak berpuas hati dengan soal potongan tanaman, pengendalian kebun, tahap pembangunan belia dan suara anak muda yang tidak didengari,”ujarnya.

Jesteru Mazlan berkata, beliau yakin pengundi muda di kawasan-kawasan Felda di DUN berkenaan akan melakukan perubahan dalam PRK itu nanti.

“Berdasarkan program yang dianjurkan ANAK sebelum ini di cawangan ANAK di Dun Tenang, golongan peneroka Felda terutama generasi muda memberi respon yang cukup baik terhadap soal kebajikan dan hak mereka berbanding sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment