ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 December 2010

menteri kencing atas motorsikal....rakyat tanggung balanya.... Pemimpin Umno ajar rakyat tak hormat peraturan jalanraya



Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar memberikan mesej yang tidak baik kepada penunggang-penunggang motosikal yang lain.




MB N.Sembilan ajar Mat Rempit cara tunggang motosikal ....dannnn....melanggar undang undang jalanraya.....muakakakakakakaka.....!!!!

Inilah yang dinamakan kepimpinan melalui tauladan. Mat-Mat Rempit seluruh 1Malaysia terutamanya di 1N.Sembilan harus mencontohi Menteri Besar N.Sembilan, Dato Seri Mohamad Hasan cara menunggang motosikal. Bukan Mat-Mat Rempit sahaja harus mencontohi MB N.Sembilan ni, polis-polis yang mengiringi MB di belakang MB pun mesti mencontohi cara MB bawa motosikal. Kalau tidak pelajar sekolah yang baru nak ambil lesen motosikal akan gagal dalam ujian JPJ kerana keliru cara menunggang yang betul. Cara MB kah, atau cara polis belakang MB.....muakakakakakaa




Macamana remaja nak hormat polis, nak hormat peraturan jalanraya di Malaysia ini kalau pemimpin Umno sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik apabila turun padang bertemu rakyat. Jangan salahkan remaja kita dan rakyat tidak memakai topi keledar.


TAK HIRAU KESELAMATAN


Berita Harian 24 Dis 2010

Kurang tindakan penguatkuasaan punca ramai tidak pakai topi keledar di Pekan Chaah

SEGAMAT: Sengaja tempah bahaya! Itulah tindakan dilakukan kebanyakan penunggang motosikal di pekan ini terutama golongan remaja yang tidak mengendahkan peraturan pemakaian topi keledar sebagai pelindung keselamatan ketika menunggang kenderaan itu di jalan raya.

Tinjauan Edisi Johor mendapati tidak kurang daripada 10 penunggang motosikal dipercayai dari kawasan perumahan berdekatan, sama ada yang menunggang bersendirian atau membawa pembonceng yang tidak memakai topi keledar, bebas berlegar-legar di tengah pekan ini.

Apa yang menghairankan, mereka yang secara terang-terangan melanggar peraturan lalu lintas itu tidak merasa takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutama terdapat Balai Polis Chaah, di sini berada betul-betul di tengah pekan terbabit. Masalah itu menimbulkan rungutan sebahagian besar orang ramai di pekan ini yang berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas penunggang motosikal yang mengingkari peraturan berkenaan bagi keselamatan nyawa mereka sendiri.

Peniaga cendol, P Muthusamy, 54, berkata masalah berkenaan sebenarnya sudah berlarutan di pekan terbabit dan mengakui kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa menjadikan amalan berkenaan terus berleluasa hingga sekarang.

“Ia sebenarnya pemandangan biasa di pekan ini sejak 10 tahun lalu. Sebahagian besar penunggang motosikal terutama yang tinggal berdekatan pekan ini tidak memakai topi keledar ketika membeli-belah di pasar dan berurusan di pejabat pos terletak di tengah pekan ini.

“Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan,” katanya.
Penduduk Marzuki Pariman, 44, menuntut supaya penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil pihak polis di pekan terbabit bagi membendung masalah berkenaan selain mendidik golongan penunggang motosikal supaya patuh kepada undang-undang jalan raya.

“Saya berharap pihak polis di pekan ini dapat mengadakan sekatan jalan raya secara berterusan selepas ini bagi menahan dan mengenakan tindakan saman ke atas penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan keselamatan berkenaan sebagai pengajaran kepada mereka.

“Walaupun nampak tegas, tindakan ini wajar diambil bukan saja bagi mendidik mereka supaya lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan malah lebih menghargai nyawa dan keselamatan diri mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

1 comment:

  1. bodoh punye blogger,.tu kan jalan kampung,.xdenye dtg kontena pnuh dgn babi nk langgar. Isu kecik gni pn nk amik kesah,.bodoh nak mampus..global la sket otak sempit ko tu..

    ReplyDelete