ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 December 2010

Cabar anwar.....ternyata Muhyiddin yang nampak bodoh ....

Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin UMNO dan BN. Untuk sekian kalinya Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan kita  lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta. Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat nescaya PR  akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya PR engkar wajar di  kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14. Tetapi yang pasti BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.

Muhyiddin nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama UMNO dan BN masih berkuasa di Malaysia.

alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM 500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.

Selain itu cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh pakatan laksanakan dahulu adalah diluar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyata mengusai Putera Jaya.

Kekayaan negara terselah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersolkan mengenai Hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. Soalnya sekarang, kemanakah wang tersebut telah dibelanjakan?

Jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi . Jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.

Kita  yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara.

Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basahnya berulang kali.

Semuga kenyataan Muhyiddin berulang kali dalam soal yang sama menyakinkan lagi bahawa BN tidak perihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa kearah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini.

No comments:

Post a Comment