ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 December 2010

Nak jadi pagar kunun...akhirnya BN pulak yang makan padi



Perlembagaan  adalah undang-undang utama yang juga undang-undang tertinggi. Undang-undang menjadi penanda aras untuk semua; baik kerajaan, Parlimen atau rakyat atau siapa saja.

Meskipun begitu perlembagaan hanyalah sebuah dokumen. Ia bukan sebuah lampu ajaib sebagaimana dimiliki Aladin. Ini bermakna untuk menghidupkan segala peraturan dan nilai yang terkandung di dalam perlembagaan itu kita semua perlu komited dengannya. Perlembagaan Persekutuan, melalui Seksyen 1 Jadual Keenam mewajibkan hakim-hakim berikrar untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan” perlembagaan. Anggota Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen juga diminta berbuat demikian.

Prosiding di Parlimen telah pun diatur oleh Perlembagaan. Sama ada secara langsung melalui peruntukan di bawahnya atau melalui Perintah Tetap yang dibuat Parlimen atas autoriti Perlembagaan. Jika begitu mengapa berlaku kekecohan berlaku di Parlimen selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung pada 2 Disember lalu?

Sudah pasti di sana ada peruntukan atau amalan yang telah termaktub sekian lama dilanggar atau tidak dipedulikan. Pihak Barisan Nasional (BN) menyebut kuasa mutlak speaker. Mereka begitu emosional sehingga Datuk Seri Nazri Aziz sampai ke tahap memperbodohkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya Karpal Singh yang mewakili Anwar.

Memang kuasa speaker, sebagaimana juga prosiding dalam dewan, tidak boleh dibawa ke mahkamah. Tetapi yang jadi masalah di sini ialah apa yang berlaku di Perak: mahkamah memutuskan prosiding dalam Dewan dan kuasa speaker boleh dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberikan ketika itu ialah perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan dewan berada di bawah perlembagaan.

Tafsiran yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur urusan Dewan kerana itulah yang disebut oleh Perlembagaan. Dan undang-undang ini sebenarnya telah pun dipakai mahkamah sebelum berlaku krisis politik di Perak pada 2009. Sebagaimana dalam soal kedudukan menteri besar, mahkamah dengan tiba-tiba memberi tafsiran baru yang menyebabkan undang-undang kita jadi tunggang-langgang. Suka saya menyebut di seluruh Komanwel, termasuk di Amerika Syarikat, undang-undang yang betul ialah Dewan mempunyai kedudukan dan autonomi yang tidak diganggu oleh mahkamah. Betul atau tidak keputusan itu mahkamah tidak akan campur.

BN cuba membawa balik undang-undang asal. Malam Selasa lepas Nazri muncul dalam televisyen untuk menghujah kedudukan itu. Saya tidak pasti apa yang Barisan akan buat selepas ini kiranya isu kerusi BN yang terbatal dalam DUN Kedah – yang juga menyentuh kuasa speaker – timbul lagi.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom soal-soal seperi kuasa speaker ini tidak jadi isu. Semua orang terima dan hormat. Hanya negara-negara seperti Malaysia sahaja orang bergaduh tentang kuasa speaker. Dan sebelum ini kita sudah menyaksikan begitu ramai Ahli Parlimen digantung: Fan Yew Teng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Fong Po Kuan dan Gobind Singh. Cuma apabila yang terkena itu Zambry, lain pula undang-undangnya. Tetapi apabila yang terkena Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin kita diminta menerima undang-undang asal.

Di negara-negara parlimennya bertaraf dunia apa dibincangkan ialah apakah benar Apco yang dikatakan ada hubungan dengan regim Yahudi itu benar-benar mempunyai peranan dalam pembentukan slogan 1Malaysia? Untuk itu Anwar perlu diberi ruang untuk mengemukakan bukti yang ada padanya. Kita perlu ingat, dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan memerintah adalah milik Dewan. Dengan itu ia perlu menjawab soalan Dewan. Sebab itu adalah salah bagi Dewan menafikan ruang untuk Anwar bercakap.

Dari segi politik penafian itu menggambarkan yang BN tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Dan ini pelik kerana Barisan masih mempunyai majoriti dalam Dewan. Kalau apa yang dikatakan Anwar itu benar sekalipun apa yang BN hendak takutkan? Dalam sistem kita majoriti adalah segala-galanya.

No comments:

Post a Comment