ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 December 2010

Tikus Professional...?????.....muakakakakaka....Nak Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat



konsep 1Malaysia ibarat “rumah siap pahat berbunyi.” Kerja-kerja ubahsuai, memugar hujah untuk memberi gambaran lebih jelas mula dilakukan.

Pejabat Perdana Menteri terpaksa merekrut pakar-pakar tempatan untuk memberi wajah baru kepada konsep 1Malaysia yang terjebak dalam debat apakah ia idea original Najib atau syarikat perunding Amerika, Apco Worldwide.

Isu itu jadi rumit kerana konsep yang dilahirkan oleh Najib itu terlalu mirip slogan 1Israel yang dikaitkan dengan Apco. Apapun sebelum “nasi menjadi bubur”, Najib perlu menyelamatkan idea 1Malaysia daripada jadi bahan tertawa dan ejekan Pembangkang dan sebilangan besar rakyat yang masih “kurang faham dan keliru” seperti kata Dr Mahathir.

Terbaharu, peneraju Media Prima Sdn Bhd, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan lima “hulubalang” medianya dipinjamkan khidmat mereka ke Jabatan Perdana Menteri untuk membantu menggilap idea yang belum ranum Najib itu. Mungkin ini adalah satu contoh kerjasama sektor swasta dan awam yang cukup intim.

Sekaligus langkah ini mungkin mengalih dan juga memadamkan curiga rakyat terhadap dakwaan bahawa Najib menggunakan dana awam untuk melonjakkan imej beliau, partinya dan kerajaan BN dengan membayar RM77 juta kepada Apco.

Input daripada pakar tempatan ini menyusuli hakikat bahawa bekas koresponden Reuters, Abdul Jalil Hamid yang sebelum ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti juga dipinjamkan khidmatnya kepada Pejabat Perdana Menteri. Iltizam Najib untuk meleraikan serabut berhubung isu 1Malaysia memang agak ketara.

Namun di sebalik ikhtiar ini bersimpul pula pelbagai persoalan. Misalnya, dalam keghairahan menyebarkan idea 1Malaysia, TV3 di bawah pimpinan Farid Ridzuan didenda oleh Suruhanjaya Multimedia tahun ini kerana menyiarkan promo AidilFitri yang mengelirukan mengenai Islam dan hubungannya dengan agama lain.

Tayangan promo itu terpaksa ditarik balik oleh TV3 apabila mendapat protes orang ramai. Banyak pihak menyifatkan bahawa idea 1Malaysia yang cuba dipaparkan oleh TV3 di bawah pimpinan Farid itu sebagai “tergeliat” daripada maksud sebenar Najib mengetengahkan konsep 1Malaysia.

Maka timbul persoalan, kini ketua Media Prima yang pernah didenda oleh pihak kerajaan ini direkrut oleh penasihat-penasihat Najib untuk menyemarakkan idea 1Malaysia. Tidakkah itu ada risikonya? Apa jaminannya pemikiran liberal Farid dan lima hulubalang medianya akan sekali lagi tidak boleh diterima masyarakat?

Jika “pisang berbuah dua kali” siapa yang hendak mendenda Jabatan Perdana Menteri?

Jika Dr Mahathir risau konsep 1Malaysia masih kelam dan mengelirukan rakyat, tidakkah patut bekas perdana menteri itu lebih risau jika beliau tahu Farid diberikan tugas untuk “membaiki labu” 1 Malaysia yang ternyata cacat ini?

Namun begitulah perangai Umno dan BN; sukar dan sering keberatan untuk belajar dari sejarah. Maka bak kata Dr Mahathir sendiri, sesuatu kerja jika dilakukan berulang kali akan kekal menjadi kemahiran bagi diri seseorang. Lantas berterusanlah Umno-BN wujud dalam kepompong “mediocrity” atau lembam.

Oleh kerana penghijrahan Farid ke Jabatan Perdana Menteri ini dibuat agak secara besar-besaran mulai 1 Januari 2011, adakah itu petanda bahawa pilihanraya umum ke-13 makin hampir? Atau, mungkinkah ia akan menjadi sebab mengapa Najib perlu menangguhkan pilihanraya umum ke satu tempoh yang lebih lama lagi kerana idea 1Malaysianya mungkin menjadi bertambah “kalut dan langsung tidak dapat difahami” oleh lebih ramai rakyat?

Namun, yang pasti ramai warga Media Prima yang menghela nafas lega kerana Farid yang selama ini begitu tekun dan taat melaksanakan tugas-tugas propaganda di syarikat itu demi peluang duduk semeja dan sebaris pemimpin-pemimpin kerajaan sehingga ramai yang merasa tertekan kerana ketaatannya, sudah dapat disisihkan.

No comments:

Post a Comment