ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 December 2010

firaun tua kutuk...dah nak mampos pun masih nak berdendam dengan anwar....!!!!

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pendapat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap dakwaannya liwat terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan laman web Wikileaks di bayangi  oleh dendam kesumat pemimpin tersebut.

Dr Mahathir sanggup melacurkan prinsipnya dalam hal yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Media pro Umno-Barisan Nasional hari ini melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura itu tahu mengenai tuduhan berkaitan kes liwat yang membabitkan penglibatan Ketua Pembangkang itu.

Kenyataan-kenyataan Kuan Yew sebelum ini tidak pernah disokong oleh Dr Mahathir tetapi kali ini, oleh kerana dendam kesumatnya terhadap Anwar. Beliau mengabaikan prinsip dan maruahnya dengan membuat sokongan yang kita tahu tidak ada asas sama sekali.

Kalau kita kata asas sokongan terhadap kenyataan Kuan Yew dibuat atas fakta dan undang-undang maka bolehlah kenyataan tersebut didokong atau pun disokong.

Kalau kita lihat dari segi perbicaraan mahkamah misalnya, kenyataan yang mengatakan Anwar melakukan tindakan atau kes liwat adalah satu perkara yang kita lihat di mahkamah terlalu banyak campur tangan dan tindakan serta keputusan mahkamah dan bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Kita lihat daripada awal lagi dan memegang pada prinsip itu, kes liwat itu lebih bersifat politik. Dr Mahathir tentunya menantikan peluang-peluang untuk menzahirkan kemarahannya yang belum terpadam.

Kita  yakin, ini tentunya ada kaitan dengan kes yang terdahulu di mana secara beliau secara konsisten mengatakan Anwar 'kaki liwat' dan merupakan pemimpin yang mempunyai akhlak dan moral yang paling rendah yang akhirnya pada tahun 2004, mahkamah mengatakan sebaliknya.

Perkara itu sudah tentulah menyakitkan hati Dr Mahathir  untuk memuaskan nafsu serakah demi kepentingan politiknya sendiri.

No comments:

Post a Comment