ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 December 2010

1Malaysia hanya retorik dan senjata Umno untuk menipu melayu dan kaum kaum lain di negara ini....!!!!



Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas ....

Ini kerana  1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik....

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu....

Justeru, itu dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Kita yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN...

Sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

Malah  1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

Mereka larang semua ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?  dan adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu  matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

Mengapa Ahli PR dinafi peruntukan? Kenapa pimpinan Pakatan tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

Jelas sudah, 1Malaysia adalah  retorik dan senjata politik UMNO semata mata

No comments:

Post a Comment