ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 December 2010

senator banggang .....Wajarkah cadangan pemandu kena ada diploma ?



Kerajaan dicadangkan menetapkan pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.

"Cadangan dari salah seorang Senator BN itu telah mendapat liputan meluas. Namun apakah kewajaran cadangan ini diambil kira sebagai cadangan yang terbaik untuk mengatasi kemalangan maut yang semakin meningkat di malaysia"

Kita  tidak nampak kewajaran cadangan itu kerana kemalangan tidak ada kaitan dengan sijil pemandu atau apa-apa berkaitan kelayakan akademik, orang yang memiliki ijazah pun terlibat dengan kemalangan,....

Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan awam mahupun persendirian amat berkait rapat dengan banyak faktor lain, antaranya seperti struktur jalan yang merbahaya, pemandu yang letih atau mengantuk, keadaan kenderaan yang tidak stabil dan lain-lain faktor yang boleh menjejaskan pemanduan yang selamat.

Kerajaan perlulah meneliti dalam pelbagai aspek secara menyeluruh mengenai kejadian kemalangan maut yang mengorbankan banyak nyawa sebelum meletakkan kesalahan kepada pemandu sahaja...

Walaupun ada PHD sekalipun, adakah kemalangan maut dapat dielakkan kalau faktor-faktor lain diabaikan oleh kerajaan..

Kerajaan jangan cuba untuk menutup kelemahan setelah memerintah selama 50 tahun kerana gagal menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna kepada rakyat.

Kerajaan sepatutnya telah mampu menyediakan sistem jalan raya yang lebih selamat kepada rakyat dengan hasil negara yang ada namun mereka lebih suka menyalurukan peruntukan untuk bermegah sahaja. Terkini rencana membina menara warisan dengan bajet 5 billion" katanya.

Sudah masanya satu peruntukan yang besar diberikan dalam setiap kali bajet untuk memulihkan sistem pengangkutan negara yang mendedahkan rakyat kepada kemalangan maut...

No comments:

Post a Comment