ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 December 2010

PEMEGANG OSKAR PELAKON PEMBELIT TERBAIK....AIR MATA TAK LAKU DARI BETINA PELACUR POLITIK UMNO HARAMJADAH



dulu bodek nabi UMNO anak mohammad dapat projek papan tanda....sekarang bodek najib burid nabi UMNO anak mohammad nak mintak apa pulak...????

Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri. Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya. Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia. Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya. Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak.

Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam? Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?

Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu". Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata? Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan. Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri...

Untuk Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad...

Tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun. Dan bunyi itu menghantui  kita sehingga hari, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran. Kita semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan?

No comments:

Post a Comment