ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 December 2010

ANCAK TIANG SERI...zambry yang jahil masih nak kelirukan rakyat....!!!!

Kenyataan-kenyataan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang baru selesai menunaikan Ibadah Haji tetapi masih memutarbelitkan dakwaan berkaitan perbuatan beliau menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu dengan mengatakan beliau dengan tanpa niat hanya memegang tiang seri tersebut dan bukannya melakukan ancak sepertimana yang didefinisikan oleh wikipedia  adalah sangat2  di kesali...

Kita sekali lagi ingin menegaskan bahawa terdapat bukti jelas bahawa upacara tersebut mirip kepada perbuatan meletakkan ancak yang dilarang Islam. Namun jika Datuk Seri Zambry masih berdegil mengatakan ianya bukan ancak, beliau selaku Exco yang memegang urusan hal ehwal agama Islam patut peka bahawa kepercayaan dan budaya memberi keistimewaan kepada tiang seri itu sebenarnya datang dari anutan Hindu yang berasal dari India yang dijelaskan oleh wikipedia sebagai kepercayaan ghaib Melayu lama dalam menentukan bentuk binaan demi mendapatkan kesenangan hidup (sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Tiang_Seri).

Ilmu dan kepercayaan terhadap tiang seri ini jelas khurafat dan boleh memesongkan aqidah ummat Islam sehinggakan buku Melayu lama yang terkenal berkenaan tiang seri berjudul ‘Tajul Muluk’ telah diharamkan oleh JAKIM sejak tahun 2007 (sila rujuk http://www.islam.gov.my/ppi/BhnHaram/bm/T.pdf).

Bagi  kita , Datuk Seri Zambry sengaja mengelirukan rakyat terutama ummat Islam tentang perbuatannya yang telah mengundang banyak masalah kepada ummat Islam sebenarnya. Dalam erti kata lain, perbuatannya yang sebenarnya salah disisi Islam, kini telah ‘dihalakan’ oleh Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak demi kepentingan politiknya semata-mata.

Datuk Seri Zambry yang sehingga kini masih mempertahankan tindakannya telah bertindak lebih jauh dengan mendapatkan pengiktirafan bahawa majlis yang berlaku itu dibenarkan oleh Islam.

Kita  kesal sikap keras kepala dan kejahilan Datuk Seri Zambry bagi meredakan keliruan ummat Islam di dalam perkara ini dan terpaksa menggunakan tokoh Agama yang dihormati seperti Tan Sri Harussani bagi menghalalkan perbuatannya itu. Sudah tentu penduduk Kampung Guar,Manong masih meneruskan lagi amalan khurafat tersebut yang tiada tindakan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menegur perbuatan tersebut sehingga kini. Hadirnya Datuk Seri Zambry juga memberikan lesen bahawa Islam tidak melarang perbuatan khurafat yang berunsur syirik tersebut.

Jadi kita  memohon rakyat terutama ummat Islam bertenang dan jangan meneruskan perbuatan tersebut yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Tiada istilah ‘tanpa niat’ di dalam keadaan bahawa seseorang ummat Islam itu sedar apa yang sedang dilakukan.

Oleh yang demikian,kita menyeru umat Islam agar tidak meneruskan amalan khurafat tersebut dan berharap Allah Taala tidak menghukum mana-mana ummatNya yang tidak mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment