ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 December 2010

rekod buruk pertama KPN...menunjukkan integriti KPN ( ketua pengampu negara ) tidak akan berubah walaupun di tukarrganti jika masih kerajaan yang ada sekarang tidak di ganti...!!!!

Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan 5 Disember lepas dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

Insiden buruk itu juga jelas telah mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti ketua barunya, Tan Sri Ismail Omar.

Rekod buruk pertama Ketua Polis baru itu membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap double standard dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN Umno.

Malah, penafian dan sikap angkuh kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah-olah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam ‘rompakan besar-besaran hak rakyat’ oleh Syabas.

Sikap tidak adil PDRM, apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat....

Perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat.

No comments:

Post a Comment