ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 August 2010

UMNO semakin bebal.....

Perkembangan muktahir ini menjelaskan satu perkara, ia itu kebebalan dan kedegilan UmNo sudah menghampiri kemuncaknya.Isu perpaduan melayu yang digembar gempurkan oleh UmNo sudah mencapai tahap yang tidak boleh ditahan lagi untuk ditertawakan, isu pasir di Selangor sudah hampir memerangkap beberapa pemimpin mafia mereka sementara isu PKFZ telah

melondehkan betapa jemaah menteri UmNo sudah bodoh dan diperbodohkan oleh Ling Liong Sik dan MCA.Malaysia selama ini ditadbir oleh orang orang yang bodoh dan UmNo sudah mencapai tahap kebebalan yang maksima.

Perpaduan melayu di war war kan amat penting kerana melayu sekarang sudah berpecah kepada 3 kumpulan, satu dalam UmNo, satu dalam PAS dan satu dalam PKR.Itu kata UmNo dan kata bekas pemimpin bebal mereka tetapi seruan mereka untuk bersatu hanya melibatkan UmNo dan PAS sambil meminggirkan PKR seolah seolah PKR tidak pernah wujud.Melayu juga didakwa UmNo semakin lesu kerana perpecahan ini dan para ulamak semakin hilang motivasi untuk membawa melayu ke mercu kegemilangan yang terbilang.

Tetapi yang semakin lesu hanyalah melayu yang menjadi mufti Perak yang membuat haru sana dan haru sini sambil berbohong dengan mengatakan ada pemimpin PAS bertemunya membincangkan masalah perpecahan dan perpaduan melayu.Melayu yang jadi mufti sepatutnya mengeluarkan fatwa atas kemelut perpecahan ini.Melayu yang jadi mufti sepatutnya memperincikan masalah perpecahan ini dari sudut sudut yang diberikan oleh ilmunya sambil mengambil satu ijtihad yang mampu menyatukan melayu yang umumnya menyentuh keperluan kepada kembalinya melayu kepada syariat Islam yang selama ini diabaikan oleh melayu yang berada dalam UmNo.

Tetapi melayu yang jadi mufti memilih untuk bercakap ala UmNo dengan berkata melayu akan hilang kuasa sekiranya tidak bersatu sambil membuat haru sana haru sini dengan gelagat UmNonya.Tidak cukup dengan itu, satu rombongan diberitakan dirancang bagi menemui TGNA untuk memujuk beliau menerima cadangan penyatuan melayu yang sebenarnya penyatuan PAS dan UmNo.Sah, UmNo sudah pekak badak kerana tidak mendengar apa yang dikatakan oleh TGNA lama dulu, bahawa sekiranya UmNo menukar dasarnya kepada Islam, PAS akan membuka ruang untuk penyatuan tetapi UmNo masih degil dengan dasarnya dan mahu memujuk TGNA menerima mereka dengan dasar yang mereka bawa dulu, kini dan selamanya.Inilah kebebalan UmNo yang sudah mencapai kemuncaknya dan kelihatan tidak dapat diselamatkan lagi.Kerana itu PAS sudah menutup segala pintu rundingan kepada UmNO sambil menyatakan akan terus kekal dan komited dengan PR.Peluang sudah diberi oleh PAS dan TGHA lama dulu kepada UmNo untuk membincangkan isu perpaduan dan pematuhan syariat tetapi kebebalan dan kedegilan mereka sudah tidak dapat diterima, lagipun sehingga kini UmNo tetap dengan pendirian bebal mereka sekalipun mereka beriya iya untuk menyatukan melayu.

Walhal melayu sebenarnya tidak berpecah dan tidak pernah berpecah, yang berpecah dan yang lesu ialah melayu UmNo kerana kebebalan dan kedegilan mereka dengan suruhan dan panduan agama.Pada UmNO mereka sudah melaksanakan perintah syariat dengan adanya azan di masjid masjid yang mereka bina, sudah memadai untuk melaksanakan peraturan nikah kahwin menurut syariat Islam tetapi enggan melaksanakan dan tetap enggan melaksanakan hudud dengan berbagai bagai alasan.UmNo juga enggan menerima amaran bala ALLAH apabila memandang mudah kepada masalah kelahiran anak luar nikah berbangsa melayu dan beragama Islam serta masalah murtad yang pernah diperjuangankan oleh mufti Perak.

Itu soal perpaduan.Soal penyamun pasir di Selangor yang turut dilagukan oleh senatak Ezam juga melondehkan kebebalan UmNo.Lapuran demi lapuran polis dibuat oleh UmNo melalui orang suruhan mereka semata mata untuk menuduh kerajaan PR Selangor yang menyamun pasir di Selangor tetapi mereka tidak sedar bahawa kawah pasir yang dipertontonkan kepada umum cukup besar dan luas untuk digali dalam masa dua tahun PR memerintah.Begitu juga di setengah kawah kelihatan sudah ditutupi oleh semak dan rumput bagi menjelaskan ianya bukan perbuatan orang baru, tetapi perbuatan yang sudah lama mungkin menjangkaui tempoh 10 tahun yang lalu.Bebalnya UmNo kerana percaya mereka boleh menipu rakyat dengan pendedahan isu pasir ini.

Akhirnya terbongkar, kepala samseng yang menjadi ketua penyamun rakyat Selangor ialah anak toyo dan anak pak Omar yang ada mafia mereka sendiri serta yang sudah "kauntim'dengan polis, JPJ, PTG serta agensi kerajaan yang berkaitan.Inilah geng penyampun pasir di Selangor dan kebebalan UmNo dalam kes ini ialah kegagalan mereka melihat kawah pasir yang sudah lama digali merupakan satu pembohongan yang jelas di mata rakyat dan menyangka rakyat masih boleh diperbodohan seperti dahulunya.

UmNo turut melondehlan kebebalan mereka apabila mendakwa Ling Liong Sik memperdayakan jemaah menteri untuk meluluskan projke PKFZ yang tidak mengikut peraturan.Kebebala UmNo sudah berjangkit kepada kebebalan menteri yang ketika itu diketuai oleh Che Det yang diangkat sebagai pemimpin besar negara oleh UmNo.Bayangkan kalau seorang pemimpin yang mencetuskan wasasan 2020 senang senang ditipu oleh Ling Liong Sik, bagaimana agaknya pemimpin yang ada sekarang?Semuanya bebal kerana dalam usaha mereka membendung desakan PKFZ, akhirnya mereka juga mendedahkan kebebalan pemimpin yang terdahulu.

Lalu, bagaimana barisan kabinet yang bebal ini boleh dibiarkan memimpin negara?Tidak cukup dengan itu, seorang menteri anak pak Jala pula mendakwa negara akan bangkrap pada tahun 2019, kurang setahun dari matlamat negara maju 2020.Bukankan ini kenyataan bebal dari menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dalam usaha kerajaan UmNo menipu rakyat berkaitan subsidi yang sudah ditarik balik dan menyebabkan rakyat menanggung beban yang semakin besar.Mana mungkin negara boleh bangkrap setahun sebelum menjadi negara maju?


Sah dan jelas UmNo semakin bebal dalam usaha menyelamatkan survival mereka sambil terus kedegilan untuk menyahut seruan berubah atau islah kepada alquran dan alsunnah.

No comments:

Post a Comment