ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 May 2010

Mufti Perak....kaki penipu ....pantang lepa habis di sapu....????



"Berita Harian melaporkan:

KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).



Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam. - BHarian

Kalau sebelum ni didedahkan Mufti Perak ni jadi Penasihat Syariah kepada Amanah Raya Berhad yang ada saham di syarikat judi Magnum Corporation kali ni pun pasai dia jadi panel syariah jugak. Dia ni memang jenih 'pantang lalu aku sapu'.

Ataupun mungkin jugak Mufti ni pun tertipu sama macam 4.763 pelanur Brunai tu. Kalau dia pun tertipu aku rasa itu mungkin kafarah atau balasan pasai mungkin dia pun ada tipu orang atau tipu adik beradik dia.

Kalau cerita kat orang Umno yang terlalu sayangkan Umno dan sayangkan Sultan Perak yang katanya sayang kat Mufti ni, aku yakin depa tak percaya. Aku sendiri pun kalau boleh tak mau percaya. Takkan seorang mufti yang tentunya cukup arif pasai harta pesaka sanggup buat macam tu.

Tapi bila adik-beradik mufti ni sendiri cerita pasai perangai dan kerja buat mufti ni payah untuk aku tak percaya. Lagi pun bukan dia sorang ja yang cerita, ramai adik beradik dia yang lain pun tumpang cerita.

Katanya, la ni sampai tahap dia ni dah jarang balik kampung jumpa adik beradik. Kalau ada kenduri kendara pun jarang sangat nampak muka.



sumber...cenangau

NASIHAT BAPA JUDI BAGAIKAN BAPAK SYAITAN MENGAJAR ANAK IBLIS SUPAYA MENJADI ALIM...!!!!

BAPA JUDI NASIHAT KAT KITA JANGAN PERCAYA KAT ANWAR !!




`Bapa Judi' menasihatkan rakyat jangan percaya kepada janji Anwar.Bapa Judi ni bagitau Anwar tu cuma boleh berjanji tapi belum tentu boleh laksanakan.

Maka, Bapa Judi ini pun menyebut tentang projek 16 Sept yang dulunya dicanangkan oleh Anwar. Aku tak tahu la mengapa bodoh sangat Bapa Judi ni, masakan dia tidak tahu mengapa projek 16 Sept itu gagal?

Jika Anwar berbohong, mengapa berduyun-duyun MP Umno/Bn melancung ke Taiwan? Mengapa Pak Lah takut nak panggil Dewan bersidang untuk buktikan bahawa sokongan terhadap Anwar mencukupi?

Dan, bukankah MP katak Zahrain pun akui projek 16 Sept memang satu perancangan Anwar dengan menyebut beberapa orang MP dari Bn yang menyokong Anwar? Kegagalannya adalah disebabkan tekanan dan takutnya geng-geng Bapa Judi ini untuk menyaksikan peralihan kuasa berlaku di Parlimen secara demokrasi bukan seperti di Perak.

Kerana takutnya itulah, maka usul tidak percaya ke atas kerajaan di bawah sekutu Apco itu tidak dapat diadakan. Ertinya, plan 16 Sept tidak bohong cuma ianya tidak dapat direalisasikan akibat kebaculan puak mereka.

Lagi satu, kita mahu percayakah kepada orang yang keluarkan lesen judi ini? Dia yang beri biasiswa untuk pelajar-pelajar agama baru-baru ini dan dia jugalah yang keluarkan lesen judi. Sama seperti kambing kita makan buat gulai, daging babi kita buat sup dan ajak orang makan ramai-ramai. Orang Non Muslim makan daging kambing, dan yang puak-puak mereka pilih daging apa?

Ooopss..lupa pulak aku nak bagitahu siapa yang aku maksudkan dengan Bapa Judi yang aku sebut ni. Kalau nak tahu, korang  tgk GAMBAR SI BABI  SUNDAL DI ATAS NIE...tu ah dia bapa judi....!!!!

seumpama...BAGAIKAN ANAK SYAITAN  MENGAJAR  BAPAK IBLIS SUPAYA MENJADI ALIM....!!!!

untung kerajaan....rakyat di kelentong....!!!!

Kerajaan dapat untung, Rakyat dapat kelentung ....


Setiap kali berlaku peristiwa serah harta dan hak negara kepada negara luar, maka Setiausaha Akhbar PM pun dikerahkan untuk jelaskan kewajaran dan mengapa sangat perlu nak buat begitu. Jawapan dan alasan paling atas adalah Kerajaan untung! Kerajaan dapat untung! Wah seronoknya rakyat! Kerajaan untung. Bila sebut untung dah tentu dapat duit. Bukan sekupang. Bukan seringgit. Berbilion-bilion ringgit agaknya. Tapi ke mana perginya duit untung tu.

Masa sekolah rendah dulu, adalah saya merasa bantuan makanan tambahan. Seminggu sekali kami dapat biskut patsegi tawar dengan air susu. Lepas tu tak ada dah. Masa naik form six merasa pula biasiswa pra U. Masuk U pulak dapat biasiswa tapi kerajaan tanggung sikit je, kontrak kena sepuluh tahun. Tapi tak apelah ayah pun tadak duit.

Lepas tu dengar budak-budak sekolah dapat Susu Kotak. Dapat susu free lah. Dapat RMT. Walaupun daging seketul sebesar cucuk sate je, tapi adalah jugak. Yuran sekolah pun empat ringgit setengah je setahun.

Itu dulu. Hari ni dah tak adedah yang free-free. Kerajaan kata rakyat mesti dididik bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan yang disediakan. Terbaru ni nak tarik semua subsidi. Kerajaan dah tak larat nak tanggung rakyat. Kalau terus bagi bantuan dan subsidi, kerajaan akan bengkerap, katanya.

Eh! Macamana pulak ni. Kelmarin kita dengar kerajaan untung sebab bagi lombong minyak kat Brunei . Dapat kontrak dan untung untuk selama empat puluh tahun. Maknanya sampai tahun 2040. Tapi menteri di JPM pulak kata Negara akan bengkerap tahun 2019 kalau terus tolong rakyat.

Matematik apanama pulak ni. Dapat untung. Tapi akan bengkerap. Lepas tu dengar lagi. Tanah KTMB bagi kat Singapore takpa. Kita dapat untung. Wah untung lagi. Tapi ke mana untung tu.

Masa nak bawa gas keluar dari perairan Kelantan, sebab tak mau orang Kelantan dapat untung, kerajaan bawa masuk lalu ikut Thailand . Kat orang Kampong Chanae di Siam tu Petronas sanggup pulak taja dan bagi biasiswa, dari tadika hingga ke universiti, seluruh orang kampong tu, sebab paip gas tu lalu bawah kampong Chanae. Kat orang kampong sendiri bye-bye lah jawapnya.

Saya memang tak rasa pelek dengan fe’el kerajaan BN ni sebab perangai dia memang macam tu. Apa yang kerajaan buat semua bagus, semua untung. Tapi rakyat dapat apa?

Kita nak dengar juga PM cakap begini. “Oleh sebab kerajaan dapat untung hasil penyerahan blok minyak dan tanah kepada jiran kita, kerajaan akan membagi-bagikan untung ini kepada semua rakyat apabila untung tersebut kita dapat.”

Tapi mungkinkah dia akan cakap begitu. Entah. Yang pasti, kerajaan dapat untung, rakyat dapat kelentung.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

dok menyibuk suruh orang melompat....tak memasal adun depa yang nak melompat...baru padan muka hang...!!!

SYED SOBRI ADUN KUALA NERANG KECEWA DENGAN SIKAP PEMIMPIN UMNO KEDAH?

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.

Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.



Kiri: Dato' Seri Shafie Apdal. Kanan: Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal (Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.

* http://locengwangsa.blogspot.com

pelacur tua....darurat kata Dr mashitah.....ok kata shah-ji-lat...!!!!

Baru-baru ini tersiar berita seorang pelacur tua, berusia 50-an, patah tangan kiri kerana terjun dari tingkat satu sebuah pusat pelacuran di Lorong Haji Taib, dekat Chow Kit. Dia mahu mengelak daripada dicekup oleh pihak berkuasa agama.

Peristiwa ini tentunya menyentuh hati kita. Dalam usia senja sebegitu dia terus menjual tubuh untuk sesuap nasi. Bayangkan nasib yang terpaksa ditempuhnya apabila segala-galanya tidak boleh digunakan lagi untuk memberi apa-apa jua perkhidmatan.

Masih ramai wanita senasib pelacur tua itu di seluruh negara kita. Adakah dengan menerima hakikat pekerjaan tertua di dunia ini tidak mungkin dibanteras kita tidak berbuat sesuatu? Kita tidak pernah mendengar hal ini keluar dari mulut Shahrizat. Tidakkah permasalahan moral ini menjadi tugas dan tanggungjawab kementeriannya?

Ketika kementerian wanita tidak peka dengan penyakit sosial itu, wanita PAS pula yang menunjukkan keprihatinan melalui aktiviti mendekati golongan tersebut. Oleh sebab itu, kita tertanya-tanya adakah kementerian tersebut tidak berbuat sesuatu kerana akur dengan kenyataan Dr. Mashitah bahawa menjual diri kerana darurat hukumnya harus?

Jika demikian keadaannya, kita tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk menangani gejala pelacuran di negara ini sekalipun aktiviti itu salah dari sudut agama dan moral. Amat tidak masuk akal bagi sesiapa juga membiarkan sahaja perbuatan maksiat yang berlaku di hadapan matanya!!!

geran rizab melayu kg baru cuba di lacurkan...UMNO tergamak jadi pengkhianat bangsa ...!!!!




























Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memberikan 40 peratus pemilikan hartanah yang bakal dibangunkan di Kampung Baru kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing jelas menunjukkan penghinaan hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan kerana Kampung Baru selama ini telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

"Pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu kini bakal berlaku lagi di Kuala Lumpur

"Penduduk Kg. Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kg. Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan. Kita  tidak sanggup melihat anak-anak Melayu duduk berhimpit-himpit dirumah flat yang bakal dibangunkan Kerajaan sambil melihat mereka yang bukan Melayu menguasai 40 peratus hartanah disekeliling mereka

Bagi  kita ,  penduduk Kampung Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kampung Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan.

Jika melihat pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 untuk Kampung Baru, pemilik dan waris-waris Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan ini akan dibenarkan menyewa atau memiliki rumah-rumah flat model baru yang akan dibangunkan di Kampung Pindah dan kampung Paya,

Manakala, kampung-kampung lain pula akan didirikan rumah kondominium dan premis perniagaan, manakala Kampung Masjid akan dijadikan sebuah taman.

Berdasarkan pengiraan kasar, 60 peratus hartanah yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah melibatkan Kampung Pindah dan kampung Paya (rumah Flat serta Kampung Masjid (Taman Rekreasi).

Tiga kampung ini mewakili 40 peratus, baki 20 peratus lagi adalah Kampung Periok Sebahagian Kampung ini telah diambil kerajaan untuk membina jalan raya dan sebahagiannya lagi adalah tanah Kelab Sultan Sulaiman

Baki 40 peratus yang akan diberikan kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing selepas dibangunkan adalah sekitar Kampung Atas A, Kampung Atas B, dan Kampung Hujong Pasir.

3 Kampung ini akan menjadi kawasan kondominium dan perniagaan utama.

Untuk rekod, keluasan Kampung Baru kini adalah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian hartanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan pertanian, RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan (komersial).

Apa yang menjadi kerisauan penduduk, majoriti geran tanah yang mereka miliki adalah bagi tanah kediaman dan pertanian dibawah peruntukan tanah rizab Melayu.

Ini bermakna, tanah-tanah mereka akan diambil oleh kerajaan dengan nilai RM 270-RM300 perkaki persegi sahaja,

Kerajaan juga bakal mengunakan kuasa mereka bagi menukar status tanah berkenaan setelah dibeli dari penduduk kepada tanah komesial dan ini akan memberikan untung 'atas angin' kepada pihak berkepentingan kerana nilai tanah komersial disekitar Kampung Baru kini berharga RM 1000-RM 4000 perkaki persegi.

Beberapa penduduk yang telah menjual hartanah mereka secara persendirian mengatakan bahawa mereka mendapat tawaran sekitar RM 1000-RM 4000 perkaki persegi dan harga itu jauh lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan.

Inilah sebab kenapa penduduk sukar menerima pelan pembangunan ini.

Umno berusaha keras memujuk penduduk supaya mereka mengadaikan tanah mereka dengan harga murah

Malah pakej rumah Flat turut ditawarkan bagi mengelabui mata penduduk.

Kita  berharap Kerajaan menarik balik cadang membuka pemilikan 40 peratus hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing kerana di Kuala Lumpur ini hartanah milik orang Melayu semakin susut di bawah pentadbiran Umno-BN.

Kita juga mahu Kerajaan menawarkan harga tanah komersial kepada semua pemilik hartanah di Kampung Baru memandangkan tujuan kerajaan membeli dan membangunkan tanah mereka nanti adalah untuk tujuan komersial.

Kita  juga mahu anak-anak Kampung Baru bersatu dalam membuat tuntutan kepada kerajaan kerana kita tidak mahu melihat mereka menang sorak, kampung tergadai.

Juga  kita mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik menghormati ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang dipilih rakyat dalam menguruskan isu pembangunan Kampung Baru.

Beliau sepatutnya diberikan hak untuk bersuara dalam perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Sabtu lepas.

Tindakan Menteri Senator yang menafikan hak beliau baru-baru ini tidak menepati tema program itu sendiri kerana Dr. Lo'Lo bukan sahaja hadir sebagai ahli parlimen, tetapi sebagai wakil kepada pemilik tanah yang beliau jadikan pejabat sekarang.

Pejabat ahli Parlimen Titiwangsa terletak di kampung Masjid, dan beliau berhak untuk tahu apakah yang Kerajaan tawarkan untuk tanah yang didudukinya sekarang.

Kita  mendesak Menteri Senator ini meminta maaf diatas kebiadapannya itu. Tanah-tanah Kampung Baru bukan dimiliki oleh orang Umno sahaja.

Ini bukan soal jual tanah parti, tapi ini adalah soal jual beli tanah rakyat dan orang Melayu.

Umno yang bangga mengatakan mereka pejuang Melayu harus menunjukan sikap mereka dalam mempertahankan tanah Kampung Baru dari dijual kepada orang bukan Melayu dan pelabur asing,.

Mereka hanya mahu gadaikan Kampung Baru.

Lihat sahaja kepada Projek Puncak Baru yang dilancarkan Tun Abdullah pada 2008.

Sudah dua tahun berlalu namun penduduk Kampung Baru tidak melihat apa-apa projek pun dibuat ditanah itu sekarang,

Sebenarnya  kerajaan tidak mempunyai wang. Mereka hanya mengharap pada GLC seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad. GLC ini akan mengunakan modal mereka kemudiannya mencari untung dengan menjual hartanah Kampung Baru kepada pelabur asing dengan harga berkali ganda.

ezam....pelacur senatak yang tak lengkap tarbiyah

Senatak  Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”

Ezam di labelkan sedemikian kerana  “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.

Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR

Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.

Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.

Anwar ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pernah ditawarkan ganjaran sebagai balasan tidak menekankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawatan kerajaan dan parti.

Ketika itu Anwar juga merupakan timbalan presiden Umno.

“Jangan dengar senatak  yang melacurkan dirinya, kita  tahu sebagai setiausaha sulit dia (Anwar) ketika itu, hampir setiap perkara, (bekas menteri kewangan) Datuk (kini Tun) Daim Zainuddin akan menghubungi   Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan (Allahyarham) Peguam Negara Datuk Mohtar Abdullah untuk membincangkan strategi Dr Mahathir untuk ketepikan jawatan kerajaan dan parti, tetapi memberikan imbuhan dan pulangan yang cukup besar asalkan tidak sentuh Dr Mahathir dalam jawatan parti dan kerajaan.

Tetapi insan yang bernama Anwar bin Ibrahim menolak semua sogokan Dr Mahathir untuk mempertahankan rakyat dan prinsip,baru berkhidmat tidak lebih dua tahun, tetapi mengaku dia adalah anak didik Anwar Ibrahim

Proses tarbiyah (pun) tak habis... yang paling lama (berkhidmat) ialah Khalid Jaafar, yang berkhidmat selama 13 tahun, Dr Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri I), dan kini sudah tentulah azmin dari Gombak yang juga bekas setiausaha politik Anwar.

Ini menunjukkan azmin, Khalid dan Mansor telah melalui proses tarbiyah yang sempurna dan lengkap serta tidak kehilangan idelisme perjuangan.

Tetapi kalau satu tahun, nak berlagak macam... bila kita bertempur, ini yang lari ke luar negara kerana tidak berani berdepan dengan kezaliman Umno dan BN.

Hari ini dapat senator, tak mengapa. Lihat Senator Dr Syed Husin (Ali), ada kualiti, ada prinsip, ada idealisme, dia tetap bersama dengan mempertahankan idealisme

Pakatan Rakyat mahu kuasa yang diberikan oleh rakyat diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan bagi melakukan agenda reformasi termasuk pembaharuan ekonomi.

Pada 1995, kita masih ingat Anwar melontarkan idea ketika membentangkan belanjawan, tentang pesanan tujuh tahun yang subur dan akan diikuti dengan tujuh tahu yang gersang.

(Bagaimanapun) Dr Mahathir tidak berani dan tidak bersedia untuk melakukan reformasi ekonomi kerana mempertahankan kronisme dan nepotisme sehingga berlaku krisis ekonomi.

Dr Mahathir dengan mudah menyalahkan (George) Soros dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).

Tidak mahu mengaku bahawa kegagalan kepimpinan, tidak mahu melakukan reformasi ekonomi.

Akhirnya bila berlaku pertembungan, pejuang (Anwar) kita disumbat dalam penjara, bukan kerana (bekas pemandu Anwar) Azizan Abu Bakar

menuju era samseng berlesen....Dua samseng tembak menembak ala koboi



JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.

Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.

“Orang ramai menyatakan melihat kedua-dua lelaki itu bertengkar di tepi jalan. Mereka juga melihat beberapa das tembakan dilepaskan ke arah warga Singapura itu,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, semalam.

Amer berkata, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dalam keadaan stabil.

Lelaki terbabit dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau di Singapura selain pernah melakukan jenayah di negara ini.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek yang melarikan diri selepas menembak mangsa.

Suspek kes ini adalah seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 40-an dan turut mempunyai rekod jenayah di negara ini, dan sedang diburu polis,” katanya.

Katanya, polis menyiasat pelbagai kemungkinan motif, termasuk pertelingkahan antara kongsi gelap, perselisihan peribadi atau saingan perniagaan haram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cuba bunuh) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.

Difahamkan, polis turut berhubung dengan rakan sejawat mereka di Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua lelaki terbabit selain mengawasi pintu masuk sempadan.

Najib urus ekonomi macam kepala emak bapak dia punya kompeni...!!!!



PAS melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihan raya kecil.

Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Mana tak bankrap 9 tahun lagi...makin bengong urus ekonomi negara...

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semoga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. Malah bukannya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bankrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

Drs. Khalil Idham Lim

DAP haram judi sukan jadi "terajangan maut" buat Umno

APAKAH jika Ketua Menteri Pulau Pinang masih Koh Tsu Koon, judi bola sepak yang diluluskan Kerajaan Umno-BN akan diharamkan di negeri ini? Sudah tentu tidak. Sebabnya Tsu Koon adalah sekutu Umno dan Umno tulang belakang BN. Maka, tidak manis Gerakan menyondol Umno yang luluskan judi tersebut.

Tetapi hal ini berbaza sekarang. DAP kuasai Pulau Pinang. DAP sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan KeADILan. Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian


Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri. Ia harus dilihat sebagai keputusan bersama. Ia keinginan dan kesedaran DAP terhadap betapa buruknya judi. Tak kira apa jua judi. Hanya Umno dan sekutunya, yang menyangka judi itu bawa 1001 kebaikan untuk rakyat dan negara.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan. Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

detikdaily

30 May 2010

Bila BINI PUAKA .bercakap pasal Islam...




layakke..bini puaka  bercakap soal Islam..?nak ujudkan kesedaraan masyarakat ttg Islam..sedangkan diri sendiri masih tak sedar-sedar lagi...nak tutup aurat pun sampai sekarang tak reti reti..takut jambol rosak atau orang tak nampak...his his his dunia dunia...tak layak langsung berbicara soal agama siBigmama ini....salah satu tanda besar DUNIA AKHIR ZAMAN...

Lebih Banyak Buku Tentang Islam Perlu Diterbitkan: Rosmah

KUALA LUMPUR: Lebih banyak buku tentang sejarah dan masyarakat Islam di Asia Tenggara perlu diterbitkan bagi mewujudkan kesedaran generasi akan datang tentang perkara itu, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

Beliau berkata walaupun buku tentang topik itu telah banyak diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun ia juga perlu diterbitkan di negara ini bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang warisan tempatan dan menangkis gambaran salah tentang umat Islam yang sering dipaparkan oleh media Barat.

"Oleh itu, industri buku Malaysia perlu memberi penekanan terhadap usaha menulis dan menerbitkan hasil penemuan tentang warisan tempatan dan asal usul budaya," katanya ketika melancarkan tiga buku tulisan penulis Pakistan di Muzium Islam di sini.

Buku berkenaan, 'Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca', 'Life of the Prophet Muhammad S.A.W (May Peace Be Upon Him)' dan 'Philosophy of the Quran', adalah hasil karya Allahyarham Hafiz Ghulam Sarwar.

Rosmah berkata tulisan Sarwar tentang sejarah Islam merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada budaya dan warisan Islam tempatan.

Dilahirkan pada 1873 di Lahore, Pakistan, Sarwar menghabiskan usia mudanya di Pulau Pinang sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu dari 1900 hingga 1928.

Pengarang beberapa buku tentang Islam dan perbincangan antara agama ini meninggal dunia pada 1954. - BERNAMA

firaun besar tak mahu di ganggu....sedang mengira habuan RM 2 juta yang di terimanya....!!!!

Zulkifli Nordin Tidak Mahu Diganggu Ketika Ini !!! Harap Maaf



"Mungkin kah Anwar berbohong ???Bagi orang – orang UMNO dan pemimpin – pemimpinnya , boleh dikatakan , ya mereka memang mempercayai dan menuduh Anwar menipu dan berbohong.Bagi orang – orang PKR dan juga pucuk pimpinannya , ya Anwar bercakap benar

Manakala bagi orang – orang PAS dan peringkat kepimpinannya , rasanya berbelah bagi , ada sebahagian yang percaya Anwar menipu , iaitu bagi yang menyokong ‘Kerajaan Perpaduan’. Bagi sebahagian besarnya termasuk TGNA , Anwar tidak mungkin menipu.



Untuk DAP , secara solid mengakui Anwar tidak menipu , malah membenarkan semua kenyataan Anwar iaitu , kesemua ‘bekas’ MP dan DUN PKR yang melompat dibayar dengan sekurang – kurangnya RM2juta setiap seorang disamping projek – projek tertentu.

BERITA ASAL.............PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.
Terbaru, ahli parlimen Wangsa Maju, wee Choo Keong mengumumkan tindakannya kelaur parti pada 14 Mei lalu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani rasuah pasir yang dikaitkan dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd.

Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).

Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.

Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah 'dibeli' dan menghurai lanjut. SILA BACA DI SINI

Untuk makluman , buat masa ini semua MP2 berkenaan sangat sibuk. Ini kerana mereka sedang berkhalwat dalam bilik kebal di rumah masing – masing , sedang mengira satu persatu jumlah keseluruhan ‘imbuhan’ yang baru diterima hasil ‘melacurkan’ diri dan dilacurkan oleh pemimpin UMNO yang tertentu.

Harap maaf kiraan mesti dilakukan dengan cermat dan berhati – hati bagi memastikan angka 2,000,000.00 seperti yang dijanjikan Najib adalah betul. So , ia mesti dilakukan secara berseorangan , tanpa bantuan isteri dan anak – anak. Jadi urusan ini akan mengambil masa yang agak lama. Ini urusan sulit seperti yang diberitahu oleh Najib. Harap maaf sekali lagi.

Sehubungan dengan itu , semua urusan ditangguhkan buat sementara waktu , dan amaran keras diberikan di sini ‘Harap maaf !!! Jangan ganggu aku “. Terima kasih


ulitmayang

Salah laku...Pengerusi SPR di gesa letak jawtan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di gesa meletakkan jawatan dengan segera ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Beliau harus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu melibatkan bidang kuasanya selaku pengerusi SPR sendiri.

PKR yang menurunkan Datuk Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi dua tahun lalu.

Zaid telah memfailkan petisyen awal minggu ini, antara lain atas alasan salah laku dalam bentuk pembelian undi ataupun unsur rasuah.

Pengerusi SPR haruslah dilantik daripada kalangan rakyat Malaysia yang berwibawa dan mempunyai rekod pencapaian yang terbukti mempertahankan integriti dalam tugas.

Selain itu, SPR di gesa mewujudkan sistem pendaftaran pengundi baru secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang mencecah usia 21 tahun.

Ini  mempermudahkan kaedah mengundi agar rakyat tidak mempunyai alasan untuk tidak turun mengundi pada hari pengundian.

Di samping itu,, SPR haruslah bertanggungjawab kepada Parlimen untuk memastikan adanya unsur semak dan periksa pada SPR dan memastikan SPR bebas dari manipulasi pihak pemerintah.

sorry bro...wa bukan katak mata duitan.....!!!!!

Tidak berganjak biar pun seinci – S.Manikumar




Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi sekali lagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu.

Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci.

Ekoran itu orang ramai bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah terbabit.

Beliau turut mengulangi beberapa kali perkataan tidak akan berundur biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Sebelum ini media membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat katak.

“Inilah yang menyebabkan rakyat tambah keliru. Mereka dok dengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu.

“Saya jadi calon bukan sekadar hendak suka-suka, cuba bayangkan ketika pilihan raya kecil itu saya terpaksa berdepan dengan 13 lagi calon lain tetapi akhirnya pengundi memilih PKR,” katanya pada ucapan sebelum perbahasan ucapan dasar presiden bermula.

Sebelum ini sebuah akhbar menggambarkan kerajaan Pakatan di Kedah goyah ekoran kemungkinan beberapa lagi Adun akan melompat parti.

Sehingga kini dua Adun PKR mengisytiharkan keluar dari parti terbabit iaitu Adun Lunas, Mohamad Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Di Dewan Undangan Negeri Kedah sekarang Pakatan mempunyai 20 kerusi, manakala BN – 14 dan Bebas – 2.

S Manikumar berkata, beliau hidup berpegang kepada prinsip dan tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut biar pun seinci.

Seorang pembahas mewakili kaum Tionghua, Chan Li Kan melahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin kerajaan di Selangor menggunakan kenderaan rasmi sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat perlu memenangi hati rakyat terutamanya masyarakat Melayu dengan melakukan sesuatu secara telus dan bukannya boleh menimbulkan pertikaian.

UMNO...apa yang tak digadai? Alangkah Tanjung Pagar diserah kepada Singapura, apatah lagi Kg. Baru.....dasar otak judi dan yahudi....!!!!

Hartanah Kg Baru mungkin dibuka kepada bukan Melayu

Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.

“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

“Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik (gambar) berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.

Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.

Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru. Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.

“Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.

“Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju...kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini,” katanya.

Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru. Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Majlis perjumpaan itu menyaksikan kira-kira 1,000 pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru hadir, bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai transformasi yang akan dilaksanakan tetapi turut mengutarakan pelbagai soalan dan pandangan berhubung projek berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.

Rata-rata para hadirin bersetuju supaya Kampung Baru segera dibangunkan, namun isu nilai tanah serta cadangan untuk membuka kampung Melayu itu kepada orang luar merupakan antara persoalan utama yang paling banyak dibahaskan.

Suasana musyawarah dalam majlis itu beberapa kali tergugat apabila ada beberapa pihak yang sedikit emosi ketika menyatakan pandangan mereka.

Bahkan cubaan Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang turut hadir di majlis itu untuk menyuarakan pandangan telah dinafikan beberapa pemilik tanah dan pewaris yang hadir kerana menyifatkan beliau tidak ada kena mengena dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru. — Bernama

SPRM di minta siasat.....skandal pemuda lahabau ini dengan bini puaka serta jantan jalang altantuya..!!!

Siapa Jho Low, Big Ma? AMK minta siasatan

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya 'Private Khairy Jamaluddin' disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

"Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco," katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

"Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat," katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.


mkini

Ulama UMNO Bakar Kapal



Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Jangan Guna ISA Dalam Persaingan Politik



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyindir penggunaan Akta Keselamatan Negara (ISA), penangkapan dan penahanan musuh politik sebagai pendekatan yang digunakan oleh mereka yang ketandusan akal.

Sambil berseloroh bahawa Kelantan mempunyai KTC (Kelantan Trade Centre), berbanding PWTC (Putra World Trade Centre, juga ibu pejabat UMNO), Menteri Besar Kelantan ini berkata, "Bersaing (itu) fikrah manusia..."

"Kita bersaing (dalam politik)...tapi jangan guna ISA, jangan tangkap orang..."kata beliau sebelum menamatkan amanat ringkasnya yang disampaikan kepada lebih 300 orang anggota Angkatan Muda Keadilan, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, tengahari ini.

Dalam amanat ringkasnya kira-kira lima minit, Nik Aziz mengimbas sejarah bagaimana Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Yahudi. Nik Aziz menjelaskan selanjutnya bahawa umat manusia sekadar penumpang di bumi, maka perlu membuat persetujuan politik agar membentuk satu suasana yang aman untuk kehidupan.

"Kita pijak bumi orang lain, bukan kita buat, Allah buat. Kita bernafas dengan udara yang orang lain buat, Allah yang buat. Dalam udara yang kita bernafas ini lengkap dengan asam garam untuk membolehkan jantung kita, paru-paru kita hidup. Ada nama oksigen, ada nama nitrogen...semua ramuan ini Allah yang bacuhkan...," katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan bagaimana PAS sebagai parti politik membuat perjanjian dengan Barisan Nasional, Semangat 46 dan kini bersama Pakatan Rakyat. Beliau menyangkal tuduhan UMNO yang menyelar PAS kerana bekerjasama dengan DAP, sedangkan UMNO pula bekerjasama dengan MCA. -MR


BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi. -mk

KAPAL KARAM YU KENYANG....SUBSIDI HAPUS.... KEPARAT KEPARAT UMNO-BN-APCO YANG KENYANG....!!!!

PENGHAPUSAN SUBSIDI KERAJAAN UMNO/BN YANG DERITA ADALAH RAKYAT


Kerajaan UMNO/BN kini menghadapi satu lagi dilema ekonomi Negara seperti mana yang di nyatakan oleh Datuk Idris Jala, beliau merupakan seorang Menteri berbangsa sakai bukan Islam adalah 'pakar ekonomi' yang terkenal di Malaysia.

Menurut analisa dan anggaran beliau, Malaysia berkemungkinan menghadapi bahana kebangkrapan dalam tahun 2019. Idris Jala sebelum ini merupakan seorang CEO Mas yang berjaya menyelesaikan kemelut kewangan Mas yang sebelum beliau merundum cemas..

PM 1Malaysia, Najib Tun Razak kini di lihat agak gusar dengan fenomena ini dan sedang menimbangkan sama ada kos subsidi minyak dan subsidi barang makanan rakyat perlu di kekalkan atau di hapuskan. Pendapat dari orang ramai ada yang pro dan ada yang kontra yang begitu mengusutkan fikiran PM Dato Najib Razak.

Dari pandangan logik rakyat Malaysia, kita dapat mengandaikan Kerajaan akan mengambil langkah drastik yakni menghapuskan semua subsidi merangkumi kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan demi untuk mengatasi masalah kewangan yang kian meruncingkan Negara Malaysia.

Memandangkan juga ada anggaran yang menyatakan bahawa Kerajaan akan memperolehi keuntungan RM beratus billion seandainya penghapusan kos subsidi minyak petrol dan barangan makanan di laksanakan tapi rakyat yang akan menanggung bebanan kerana keborosan para pemimpin Negara, mana tidaknya peruntukan Negeri Negeri diMalaysia kerap bolos dan cair ditangan individu bak kata pepatah "kapal karam yu yang kenyang".

Bagi mereka yang berada di 'kedudukan' diatas seperti ahli-ahli korporat UMNO/BN serta usahawan-usahawan dagangan barangan makanan yang memperdagangkan kepada rakyat Malaysia, langkah penghapusan subsidi ini pasti amatlah di alu-alukan. Ini memandangkan keuntungan berlipat-ganda pasti akan menjadi milik mereka. Malah golongan 'atas kayangan' ini pasti menantikan 'moment' yang amat bernilai buat mereka.

Para pak-pak Menteri juga tidak akan merasakan kesan penghapusan subsidi walau sedikitpun memandangkan gaji dan “ serba kemudahan” yang mereka kecapi setiap bulan tidak mensasarkan apa-apa masalah seandainya berlakunya kenaikan harga petrol dan barangan makanan.

Yang akan mendapat tempias yang hebat adalah para pengundi yang berpendapatan RM3,000 kebawah. Kos pembelanjaan bulanan mereka pasti terjejas dengan segala kenaikan ini dan bebanan ini pasti di tambah seandainya mempunyai anak-anak yang bersekolah melebihi dua orang.

Golongan yang paling dahsyat memikul bebanan ini adalah penduduk-penduduk kampung pedalaman. Pendapatan mereka yang terhasil dari kerja-kerja kampung, nelayan, petani dan peladang amat terhad dan sudah pasti budget kehidupan mereka pasti tersasar dari landasan seandainya penghapusan subsidi minyak petrol dan kos makanan di laksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Jika di amati, kita dapat melihat dengan jelasnya bagaimana punca berlakunya kemerosotan kewangan negara. Terlalu banyak pembaziran telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk program-program yang hanya berkepentingan untuk UMNO/BN.

Bermillion ringgit di belanjakan untuk melobi “pertemuan” dengan Presiden Amerika Syarikat. Untuk apa ? Untuk “tunjuk glamour” ? Begitu juga peruntukan untuk memperkenalkan kempen 1Malaysia kepada rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan slogan dan iklan-iklan 1Malaysia, peruntukan di keluarkan juga untuk kroni kroni 1Malaysia. Bukankah ianya satu pembaziran yang amat ketara ? Begitu juga program juara rakyat yang kononnya untuk rakyat, tapi jika di selidiki dengan jelas, “kumpulan orang-orang berkepentingan” sahaja yang senang-lenang dengan program-program sebegini.

Program PLKN menelan RM beratus juta, hasilnya untuk apa? Sahaja untuk orang orang UMNO yang berkepentingan. Tidak kurang juga wang untuk "beli katak" walaupun bukan wang Kerajaan tapi wang dari "Macai" yang dapat kontrak melalui "tender runding" untuk diberikan kepada kroni kroni dengan harga yang lebih mahal. Cara ini juga wang Negara boleh bolos.

Dengan segala keuntungan penghapusan subsidi yang RM beratus billion, Kerajaan UMNO/BN akan membelanjakan wang tersebut untuk menaik-taraf kota dan bandar dan untuk merealisasikan pembangunan kemodenan kota dan bandar, maka akan terhasillah negotiate tender. Dan negotiate tender pastinya menjadi suatu 'anugerah' untuk kontraktor-kontraktor “kroni” yang bakal “memadatkan” lagi akaun-akaun peribadi mereka.

Yang putih mata siapa ? Yang terkebil-kebil mata menahan kesusahan kehidupan siapa ? Bukankah penduduk kampung dan pengundi yang tidak “mampu” untuk merasa segala kemodenan kota dan bandar ? Maka, beringatlah, berubahlah sebelum kita lebih jauh terjerumus dalam kancah kemiskinan sementara “orang-orang bangsawan” akan terus menerus menikmati kehidupan mereka yang penuh gemerlapan dan keindahan.


Halik Zaman

29 May 2010

Hadis Nabi : Umat Islam Akhir Zaman Akan Ikut Perangai Yahudi




عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi SAW menjawab : "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)


Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara



ibnuirfadzil

nasib baik PAS tak kaw tim dengan UMNO....kalau tak...dah tentu PAS pun turut leka dengan JUDI dan YAHUDI....!!!!

Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno



















ALHAMDULILLAH, Allah telah selamatkan PAS dari berkawan dengan Umno dengan mengilhamkan kepada pucuk pimpinan PAS agar menolak Umno bagi membentuk sebarang kerjasama politik. Bayangkan jika kerjasama PAS dan Umno menjadi realiti, dimanakah PAS hendak tunjuk muka apabila Umno di bawah Najib ini meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia di dalam keadaan majoriti Non Muslim menentang kegiatan judi ini?


Muktamar Khas Pas sememangnya membuat keputusan yang tepat di mana telah mengambil keputusan menutup pintu rundingan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kepimpinan PAS dengan mengambil pengajaran sejarah lampau musuh politik seagama dengannya itu. Presiden PAS beserta dengan Mursyidul Am PAS telah dapat menghidu dari jauh busuk dan tengiknya Umno ini dan ianya terbukti sekarang. Maka, pendekatan PAS untuk terus melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP nampaknya lebih bijak dan lebih berhikmah dari segi strategi politik jangka masa panjang.

Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.

Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.

Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.

Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar



WFAUZDIN NS

3 Malaun Muda...bapak borek anak rintik....!!!!



Sering kali kita terdengar kisah kisah tentang Ahli-Ahli politik tentang skandal mereka dan tentang hebat perdebatan mereka.Tetapi dalam kemegahan mereka yang lantang bersuara dan berkhidmat bagaimana pula dengan kisah anak anak mereka.



Sebelum ini kisah anak-anak pemimpin kita jarang di sebarkan kerana dianggap peribadi tetapi apabila telah dilihat dikhalayak umum apa lagi yang mahu diperibadikan?Sejak gambar-gambar liar anak Perdana Menteri tersebar dan juga gambar gambar Anak Nazri Aziz tersebar banyak maklumat yang sampai tentang ramai lagi anak pemimpin kepada saya terutamanya di Terengganu.

Terengganu mempunya 3 lelaki yang begitu terkenal dan nama mereka sering kedengaran di Terengganu juga Ibu Kota ini bukan lah sesuatu yang sepatutnya dibanggakan kerana mereka terkenal dengan sikap mereka yang sering bertukar pasangan dan bermesraan dihadapan khalayak ramai.Mreka adalah Jamil Jidin,anak kepada Ahli Parlimen Setiu,Aizat Fikri,anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Aliff Rosli,iaitu anak kepada Ketua Umno Dungun.Mereka ini dilihat sebagai remaja liar yang kini menjadi kebimbangan adakah ini rupa pemimpin masa depan negara yang sering dilihat dengan akhlak yang tidak berapa elok?



nak tengok perangai bapak dia tgk la perangai anak anaknya.....boleh jadi ini di katakan bapa borek anak rintik....tak mustahil perangai bapak dia di ikuti oleh anak anaknya...jahat masa muda dan tua bapaknya tak mustahil di ikuti oleh anak anaknya apatah lagi kalau dah terlibat dengan kerja kerja atau makan minum benda benda haram....

Melampau....UMNO tindas bangsa sendiri....ambil tanah Melayu murah sangat



Kenapalah kerajaan ni. Bila ambil tanah orang Melayu atas nama pembangunan dibayarnya sikit. Ada ke diberinya RM 1.20 sekaki persegi. Tanah kubur pun tak boleh beli. Apa nak buat Melayu, macam timun dengan durian. Terima sajalah.



60 PENDUDUK TOLAK JUMLAH PAMPASAN


Penghuni Pekan Pulau Sebang dakwa harga tidak memadai


ALOR GAJAH: Cadangan pengambilan tanah untuk pembangunan semula Pekan Pulau Sebang, dekat sini, tergendala, apabila kira-kira 60 orang daripada 250 penduduk di Kampung Pulau Sebang yang terbabit dengan projek berkenaan, menolak jumlah pampasan ditawarkan kerajaan negeri.


Penduduk mendakwa pampasan kerajaan negeri iaitu antara RM7.19 hingga RM9.15 bagi sekaki persegi itu tidak memadai kerana bukan mengikut harga semasa berbanding penilaian pernah dibuat oleh penduduk dengan sebuah syarikat swasta. Sebelum ini, sebahagian besar penduduk di situ sudah memberi persetujuan untuk menyerahkan tanah masing-masing, yang membabitkan pampasan berjumlah antara RM300,000 hingga RM400,000 setiap seorang.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, susulan perkembangan baru itu, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan semula dengan penduduk terbabit bagi mencari jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat ini.


Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di Stesen Keretapi Pulau Sebang, dekat sini, beliau berkata, perbincangan itu akan bertumpu kepada kadar nilai tanah yang diinginkan oleh penduduk kampung terbabit.


Kerja pengambilalihan tanah di kawasan terbabit sebelum ini, mencetuskan masalah apabila sebahagian kecil daripada penduduk dilaporkan agak keberatan untuk menyerahkan hak milik tanah kepada pihak pemaju walaupun disediakan pampasan.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, beliau sudah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.


Katanya, jika isu mengenai pengambilan tanah itu tidak diselesaikan segera ia bakal membantutkan usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Pekan Pulau Sebang.


Mohd Ali berkata, pengambilan tanah di Kampung Pulau Sebang seluas enam hektar itu adalah bagi membangunkan semula kawasan di situ seiring dengan matlamat Melaka Maju pada tahun ini.

UMNO -APCO leka nak berjudi....bakal terlingkup di PRU akan datang



1000 Orang Berhimpun, Bantah Kerajaan 1Malaysia Lulus Lesen Judi Bola Sepak

Rakyat Selangor terus bangkit membantah tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat hari ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan 1Malaysia bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Beberapa wakil dewan pemuda Pas memberi ucapan dengan lantang membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak.

"Anak-anak muda minat bola. Sebagai umat islam yang sayangkan agama dan bangsa. marilah kita menentang pemberian lesen judi. ini menjadi tanda kerajaan BN ingin jadikan negara ini negara judi."

Wakil dewan pemuda pas juga berkata dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

"Dengan membiarkan judi berleluasa, dengan membiarkan negara ini ditadbir dengan wang judi, dengan membiarkan negara ini ditadbir oleh pencinta-pencinta judi dan percaya masyarakat Islam, tidak kira latar belakang politik adalah benci kepada judi."

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Sokongan padu yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat yang hadir pada petang itu menampakkan kekuatan semangat yang ditunjukkan untuk menentang habis-habisan keputusan kerajaan Umno-Bn meluluskan lesen judi bola.

Minggu lalu, lima buah negeri, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan. -TVS


Demo Bantah Lesen Judi Di Depan Kediaman Awang Adek

KOTA BHARU 28 Mei - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan sempena musim bola sepak Piala Dunia terus mengundang tentangan dari segenap lapisan rakyat Malaysia.

Dewan Pemuda PAS hari ini melalui Kempen Anti Judi (KEJI) telah menganjurkan perhimpunan di hadapan kediaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di Bachok bagi menyatakan bantahan terhadap beliau yang mengumumkan keputusan keputusan lesen judi tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Krai menjelaskan perhimpunan yang diadakan di Bachok ini sebagai satu langkah simbolik terhadap orang yang pertama yang membuat menyentuh mengenai lesen judi.

"Demo hari ini adalah salah satu siri bantahan kita terhadap kelulusan lesen judi tersebut, kita memilih Bachok adalah sebagai simbolik tentangan kita kerana orang yang pertama bercakap tentang lesen judi adalah orang yang berasal dari Bachok iaitu Awang Adek itu sendiri.

"Inilah calon Menteri Besar Kelantan pada pilihan raya umum 2008 yang lepas, jelas tidak ada langsung tokoh yang dipilih oleh Umno untuk dijadikan Menteri Besar. Saya merasakan tindakan yang bijak telah diambil oleh seluruh penduduk Bachok dengan menolak beliau semasa PRU yang lepas.

"Demo bantahan ini akan terus dilakukan sehinggalah satu perhimpunan terakhir melibatkan 100,000 orang yang akan hadir di Kuala Lumpur pada 3 Julai depan untuk memberi sokongan agar kerajaan membatalkan kelulusan tersebut," jelasnya.

Beliau menekankan kerajaan tidak pernah peka dengan apa yang mereka lakukan dan tindakan tersebut menyebab judi sukan menjadi satu budaya yang akan berkembang hebat jika tidak dikawal.

"Selain itu juga tindakan tersebut akan menyebabkan malapetaka menimpa negara ini dan ia perlu di halang segera. Malu dengan sikap Awang Adek sebagai seorang Islam mengumumkan tindakan tersebut.

"Saya akan membangkitkan kelulusan lesen judi ini di parlimen bagi mengetahu apa sebenarnya alasan kerajaan atas tindakan yang diambil," kata beliau lagi.

Beliau memberitahu jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap bantahan kita ini menyebabkan perhimpunan tersebut akan diteruskan dan bersedia untuk menghadapi apa-apa jua tentangan.

"Kita sanggup menghadapi apa jua tentangan tidak kira pihak berkuasa ataupun sesiapa sahaja, bagi kita tentangan itu kecil jika dibandingkan dengan hukum dari Allah berikan kepada umatNya jika kita menghalalkan sesuatu yang haram. Kita akan terus berjuang untuk menyelamatkan negara ini dari menerima laknat dari Allah," katanya lagi.

UMNO-APCO leka berjudi....Pulau Pinang dah Haramkan Judi Bolasepak...!!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

‘IC Project’ untuk menipu dalam pilihanraya oleh BN

TAWAU : Kad Pengenalan atau Identity Card (IC) dikeluarkan sempena pilihan raya antara langkah yang kerap digunakan oleh Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing di negeri Sabah.

Kegiatan seumpama itu lebih dikenali sebagai ‘IC Project’ di negeri ini dan dikesan sejak puluhan tahun lalu sebagai antara strategi BN menjadikan negeri ini sebagai simpanan tetap parti itu.

Terbaru, seorang ibu tunggal mendakwa diminta membayar RM50 sebagai pendahuluan untuk mendapatkan 'IC Project'. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Sumik mendakwa didatangi oleh seorang ejen yang menurutnya seorang pemimpin Umno.

“Saya didatangi oleh pemuda Umno itu kira-kira November tahun lalu yang meminta saya membayar RM50 sebagai pendahuluan untuk mendapatkan IC segera. Oleh kerana saya tiada wang, saya terpaksa meminjam dengan keluarga sebelum diarahkan menandatangani satu borang berwarna kuning. Apa yang menghairankan saya ialah apabila borang kuning itu hanya memerlukan cop jari dan tandatangan saya walapun apa yang saya tandatangan itu hanyalah di atas sehelai kertas yang kosong. Apabila saya mengajukan soalan mengenai perkara itu, ejen itu hanya mengatakan ‘semuanya beres, nanti kami selesaikan perkara seterusnya,” katanya kepada erapakatan.com.

Sumik yang juga seorang Ibu tunggal memberitahu, IC itu hanya akan boleh digunakan untuk mengundi sempena pilihanraya kerana rekodnya IC itu hanya akan berada pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas pilihanraya. Beliau turut mendakwa, apabila IC itu siap, beliau diminta oleh ejen itu membayar RM600.

“Pemuda itu memaklumkan kepada saya bahawa IC itu akan siap selewat-lewatnya Februari tahun ini tetapi sehingga kini saya tidak tahu apa kesudahannya,” katanya.

Ditanya, mungkinkah itu sindiket dan hanya penipuan semata-mata, beliau menegaskan cukup kenal dengan pemuda itu dan turut mendakwa kerap melihat pemuda itu bersama pemimpin Umno di daerah ini dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh Umno.

Rekod menunjukkan, ‘IC Project’ bukanlah sesuatu yang baru di negeri ini malah strategi yang sama pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan pembangkang dalam satua pilihanraya negeri beberapa tahun lalu di Sabah.

Sementara itu, seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu kedai di bandar ini turut mendakwa pernah ditawarkan oleh orang tertentu untuk perkara seumpama itu tetapi mengabaikannya apabila berlaku kesalahan fakta berhubung tarikh lahirnya dalam IC tersebut.

Pemuda itu mendakwa, ejen itu turut didalangi oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan pemimpin tertinggi BN di Sabah dengan sasaran mereka untuk meramaikan pengundi muda dalam kerusi tertentu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Setiap ejen itu mahukan sekurang-kurangnya 60,000 pengundi baru dalam satu kerusi parlimen tetapi kegiatan itu terpaksa disenyapkan buat sementara waktu selepas dibantah oleh pihak tertentu yang ada kepentingan berkaitan perkara itu,” jelasnya.

Walaupun PRU ke 13 masih jauh, namun pelbagai pihak melihat ia mungkin diadakan antara penghujung tahun ini atau sebelum pelaksanaan GST pertengahan tahun depan.


erapakatan

Umno tak mungkin berubah Dulu, Kini dan Selamanya

Antara slogan Presiden Umno, Najib Razak untuk memulihkan imej parti itu ialah ‘Umno Mampu Berubah’, namun sehingga kini parti itu terus dilihat amat akrab dengan imej rasuah, judi dan arak dan terus dilihat sebagai parti yang sukar untuk berubah dulu, kini dan selamanya.

Seorang pemuda Umno di daerah ini yang menemui erapakatan.com memberitahu, semasa pemilihan pemuda Umno yang lalu, beliau dijanjikan pelbagai imbuhan jika bosnya itu menang dalam pemilihan itu.

Menurutnya, bosnya itu akan memenuhi apa jua permintaannya kerana apa yang penting ialah memenangkan dulu dirinya.

“Semasa pemilihan itu, kedua-dua calon yang bertanding menjanjikan kami pelbagai habuan termasuklah membaiki rumah kami yang sedang usang. Malangnya, selepas menang, bukan sahaja janji itu gagal ditunaikan malah hendak belanja makan dan bersalam pun sukar terutamnya dalam majlis-majlis rasmi. Mereka hanya mengutamakan Yang Berhormat dan pemimpin atasan sedangkan kami yang mengundi beliau semasa pemilihan dipinggirkan. Apa yang kami kesalkan ialah kami hanya diperlukan jika mahu mengumpulkan orang ramai yang melibatkan majlisnya untuk berucap selepas itu kami terus dipinggirkan. Kalau begitu, katanya, parti Umno hanyalah parti lakonan dan pastinya sukar berubah samapi bila-bila,” katanya yang enggan identitinya dikenali.

Beliau turut memberitahu, bahawa Umno di negeri Sabah terutamnya yang bergelar Yang Berhormat harus dikurangkan majoritinya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan mereka sedar dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat.

Mengulas lanjut katanya, dengan majoriti yang terlalu besar membuatkan mereka lalai dan angkuh dengan jawatan yang disandangnya.

Ditanya pandangannya berhubung Pakatan Rakyat di daerah ini, beliau yang juga pimpinan pemuda menjelaskan, gabungan PAS, PKR dan DAP di daerah itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk menang. Jika tidak katanya, PR mungkin memerlukan 10 tahun lagi di mana ketika itu golongan muda semakin ramai dan menjadi tunjang kepada kekuatan ketiga-tiga komponen parti itu.

“Pakatan ada peluang, tetapi lama lagi lagilah, mungkin 10 tahun kerana apa yang saya lihat cawangan mereka pun sukar dilihat di mana-mana kampung di daerah ini dan kalau pun ada, aktiviti mereka jarang-jarang diketahui umum,” katanya jujur.

Ketika ini, daerah Tawau, memiliki dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun yang masing-masing dikuasai oleh Umno (Dun Tanjung Batu, Dun Sebatik, Dun Apas, Dun Balung dan Parlimen Kalabakan), LDP (Dun Merotai), SAPP (Parlimen Tawau) dan DAP (Dun Sri Tanjung). Beberapa hari lalu, tercetus krisis Barisan Nasional di daerah ini apabila Umno menuntut kerusi Merotai diserahkan kepada parti itu. Rekod menunjukkan, LDP ialah sekutu BN yang tertua dan lebih awal bertapak di Sabah sebelum kedatangan Umno di negeri itu.



erapakatan

Siasat Percubaan Rasuah Samy Vellu Oleh PM

Satu siasatan telus sewajarnya  dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap satu pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anak Presiden MIC S.Samy Vellu, S.Vell Paari sebelum ini mendedahkan seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran dari Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.

Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor.

Dakwaan S.Vell Paari itu juga menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Amalan ini adalah untuk menutup mulut dikalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang boleh menjejaskan kepentingan politik BN.

Perbuatan ini juga adalah satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno / BN setiap kali berlaku krisis dikalangan dalaman Umno / BN

Sehubungan itu,  penyiasatan perlu  dijalankan dengan segera oleh pihak SPRM bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara dari difaraidkan untuk kepentingan Umno / BN.

iblis jala kata.... Malaysia bankrap 9 tahun lagi jika kekal subsidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memaklumkan Malaysia bakal berdepan risiko bankrap dalam tempoh beberapa tahun kecuali rakyat sanggup menghadapi kenaikkan harga petrol, makanan dan elektrik. Beliau yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memaklumkan bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada tahun 2019 sekiranya pemberian subsidi dikekalkan.

Beliau berkata pada masa kini subsidi negara adalah 54 peratus daripada KDNK negara. Bagaimanapun cadangan pengurangan subsidi masih belum diluluskan kerajaan. "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," katanya


penyapu sial


KALAU WANG MASIH DI TANGAN BN LAGI CEPAT AKAN BANKRAP BAIK KASI SUBSIDI KPD RAKYAT.

Malaysia tak mungkin akan bangkrap hanya disebabkan pemberian subsidi kepada rakyat, tetapi Malaysia mungkin akan jatuh muflis jika sekiranya BN masih terus memegang tampuk pemerintahan. Banyak wang dihabiskan untuk perkara yang tak berfaedah, contohnya untuk membeli undi dan penyalahgunaan wang perbendaharaan secara tidak berhemah, itu yang kita tahu, yang kita tak tahu ?

sebabnya BN memang tak pandai menguruskan wang dan tiadanya ketelusan tetapi tiada sesiapa yang berani menyiasat kerana semua agensi yang berkenaan hanya mementingkan ketua mereka dan diri sendiri, contohnya setakat kewujudan SPRM tu cuma nama sahaja, bila PR yang terlibat cepat sangat mereka bertindak tapi bila yang terlibat tu anggota BN mesti buang kes atau tak cukup bukti. Tak nak jadi macam Greece konon, pandailah Pak Jala buat komen bodoh...

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan



Najib kata UMNO telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Kemana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Kemana mereka pergi.... mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" Ini kerana :-

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno & kepimpinannya.

p111kotaraja