ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 November 2009

awang bangsat meroyan....Bai’ah ceraikan isteri dan kejahilan

Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai’ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.

Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai’ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya.

Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik.

Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah. Sesungguhnya Awang tidak terkejut dengan bai’ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam.

Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Awang percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai’ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta).

Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam. Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai’ah itu).

Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti?

Menurut Khalid, bai’ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, Awang tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai’ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti.

Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan

muslihat politik. Awang melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai’ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan? — Mingguan Malaysia

awang bangsat(selamat)...




penyapu sial

Awang Selamat, inilah masalahnya apabila anda memberi komen berdasarkan PAS adalah semata-mata parti Politik macam UMNO dan lain-lainnya. PAS adalah Gerakan Islam dan kita mengambil pendekatan politik demokrasi (wajhah sillmiyyah) ini untuk meletakkan kembali perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam negara ini insyallah, UMNO tak meletakkan ini maka ia terbuka untuk dilabelkan sesat. Maka politik dalam PAS amat penting bukan seperti UMNO yang menganggap politik semata-mata untuk mengembungkan perut sendiri dan anak beranak. Tuan Guru Presiden telah menjelaskan bahawa kaedah baiah cerai isteri ini bukanlah satu prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama. Yang membuatkan ADUN-ADUN dan MP-MP dalam PAS setia bersama PAS adalah bukan kerana baiah ini, tetapi kerana takut dan cinta akan Allah SWT dan Rasulnya.

Cuma satu pertanyaan kepada Awang Selamat, jika anda beria-ia memberi pendapat tentang baiah ini, apa pula pendapat anda kaedah UMNO menghalang ADUNnya di Perak dari kekal dalam Pakatan Rakyat dengan menghilangkan beliau sehingga isteri sendiri tak tahu, kemudiannya difahamkan beliau diugut dan lain-lain lagi, adakah kaedah ini yang melibatkan kecedaraan fizikal lebih baik dari kaedah baiah cerai isteri?

No comments:

Post a Comment