ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 November 2009

Bila Pengarah JAIS berfatwa.....mana tauliahnya....?????


kita sesama pernah belajar sikit bab hukum yang ada dalam Islam, tetapi pertama kali aku dengar, fatwa dari Pengarah JAIS, katanya ialah " orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid."

Sebelum ini aku yang umur nak masuk setengah abad tak pernah lagi jumpa arahan macam ni, tapi semenjak perlu tauliah dan sebagainya, maka keluarlah ijtihad bari dari pengarah JAIS..... cuma aku nak tanya, kat Masjig aku tu selalu aku dok tengok Cina-cina dok masuk repair, pasang lampu dan sebagainya, ni pun AJK Masjid Orang UMNO juga, kontraktor Melayu begitu punya ramai, bagi kat kontraktor Cina, boleh pulak,,, nampaknya depa ni kena belajaq kat Pengarah JAIS....


baca di sini....utusan mampos....

SHAH ALAM 5 Nov. - Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Misnan Ahmad supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.

Misnan turut mengetuai 20 anggota Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di sini hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Khusrin tiada di pejabat dan memorandum itu diterima oleh Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani.

Misnan berkata, tindakan jawatankuasa masjid itu amat dikesali kerana ADUN tersebut tidak akan berbuat demikian jika tidak dijemput.

"Beliau sebenarnya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dewan utama solat," katanya.

Sementara itu Mohd, Hidayat memberitahu, pihaknya akan meminta nazir masjid terlibat memberi laporan bertulis berhubung kejadian berkenaan.

"Kes itu pertama kali berlaku di Selangor dan ia akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan mengikut peraturan yang ada,'' katanya.

Menurutnya, JAIS akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid di Selangor supaya semua pihak faham dan jelas tentang peraturan berkenaan.

Dalam pada itu Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor ketika dihubungi menjelaskan beliau hanya memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment