ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 November 2009

JAIS 1 malaysia....perosak agama....ajaran tanpa tauliah di utamakan...ajaran sesat di biorkan....!!!!!!!!!!!!!!















Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ketika ramai orang berharap institusi agama menyeret pengembang ajaran sesat seperti Ayah Pin misalnya, ke mahkamah dan didakwa kerana mengamal dan menyebarkan ajaran sesat, tiba-tiba yang bakal didakwa adalah Dr Asri Zainul Abidin. Kesalahannya pula ialah menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Agaknya kerana Dr Asri tiada kerajaan langit, maka dia mudah sahaja ditangkap dan didakwa. Dan, agaknya itulah kelemahan Dr Asri, tidak menubuhkan kerajaan langit.

Tindakan mendakwa Dr Asri tidak membantu menyerlahkan kewibawaan institusi agama termasuk mahkamah syariah. Tindakan ini akan menjadikan persepsi umum, terutamanya kumpulan yang memang selama ini berpersepsi negatif terhadap institusi agama, menjadi bertambah negatif.

JAIS adalah institusi agama dan Dr Asri pula orang agama. Sepatutnya kedua-duanya bersama dalam membanteras perosak agama. Apa yang berlaku pula adalah, orang agama bertindak ke atas orang agama. Rasanya ada pihak yang sedang bertepuk tangan dengan perkembangan ini.

Bagi saya, tindakan JAIS mencemarkan institusi agama. Benar, saya memang tidak sependapat dengan Dr Asri dalam banyak isu, tetapi saya bersamanya apabila JAIS bertindak begini terhadapnya.

Banyak lagi keutamaan JAIS daripada sekadar membendung apa yang disifatkan sebagai ‘Wahabi’ yang kononnya disebarkan oleh Dr Asri. Pengurusan masjid yang masih lintang-pukang, pembanterasan ajaran sesat, kepincangan akhlak di kalangan remaja dan banyak lagi. Sepatutnya tenaga dan keupayaan Dr Asri dimanfaatkan untuk membantu JAIS dalam tugasan yang bertimbun itu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kalau beginilah institusi agama kita, masih lambat benar rasanya untuk Islam melangkah jauh di negara kita daripada sekadar apa yang ada pada hari ini.

Harap-harap, JAIS tidak menjadi tikus yang membaiki labu.

No comments:

Post a Comment