ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 November 2009

Ketahuilah punca-punca kekalahan PAS Terangganu. Antaranya adalah faktor Suhaimi Embong dan Harun Taib

Previously on Suhaimi Embong

Tuan-tuan sedia maklum bahawa Suhaimi Embong al-Maniri adalah bekas kakitangan Telekom Malaysia sebelum tahun 1999 dan kemudian menjadi CEO di Syarikat GLC negeri Terangganu iaitu syarikat TOP-IT. Suhaimi Embong(SE) kuat membodek pemimpin PAS Terangganu. Ini menyebabkan Harun Taib memanggil pulang SE untuk jadi CEO company Top-It. Harun Taib menilai SE berdasarkan ampuan kuat SE. Bukan berdasarkan on merit. Aduh malangnya.

Bodek Yahya Ali

Selain Harun Taib, SE kuat mengampu Yahya Ali iaitu Adun Limbat dan juga Exco Infrustruktur dan Komunikasi negeri Terangganu ketika itu. Pergi ke mana sahaja, sudah tentu SE akan menjaja kebaikkan Yahya Ali sehinggakan ahli PAS yang ditemui terpinga-pinga kerana merasakan bahawa ada lagi manusia yang lebih warak dan alim dari TG Nik Aziz. Berbaloi mengampu peminpin Terangganu ni beb. Yahya Ali dan Harun Taib dengan senang hati melantik SE sebagi CEO Syarikat Top-iT. Tetapi sebelum itu, untuk mendaki ke jawatan itu, SE sanggup membunuh gurunya iaitu bekas pensyarah di UTM cawangan Kuala Lumpur di Jalan Semarak iaitu Raja Arif. Raja Arif adalah CEO Syarikat Top-iT sebelum diambil alih oleh SE.

Raja Arif sifoo SE

Macam-macam kejahatan dilakukan oleh SE untuk menjatuhkan Raja Arif dari kerusi CEO. Antaranya, SE memfitnah bekas pensyarahnya. SE mengatakan Raja Arif cuba menjatuhkan kredibiliti TG Hadi Awang dengan menggunakan Biro Tata Negara iaitu BTN. Raja Arif ni adalah CEO Biro Tata Negara.

TG Hadi yang kita sedia maklum terkenal dengan sifat gopah gapah dan tidak laju membuat keputusan telah dipintas oleh seorang lagi bakal Menteri Besar Terangganu dikala itu iaitu Harun taib. Harun Taib telah membuat keputusan bagi pihak TG Hadi dengan meletakkan SE. Sebab apa Harun Taib suruh SE pegang jawatan CEO syarikat Top-iT ?? kerana SE pandai bodek dan SE adalah orang kampung Harun Taib di Manir, Terangganu. Itu sebab tanpa malu SE menggelarkan diri sendiri sebagai Suhaimi Embong al-Maniri. Anda rasa nak muntah ?? Jangan heran, den pun ado rasa begitu.

Harun Taib boleh join forces dengan Yahya Ali menyingkirkan Raja Arif. Walhal, mereka berdua tahu yang Raja Arif ni kaki lawan. Tidak kira PAS atau UMNO, tanpa memilih bulu, Raja Arif akan lawan jika perkara itu merugikan rakyat Terangganu. Sepatutnyalah orang sebegini kita simpan. Raja Arif ada merit untuk jawatan itu.

Motif

Tahu kenapa SE nak sangat Syarikat Top-iT ?? Sebab Kerajaan PAS Terangganu dikala itu bersedia melakukan tender tertutup atau direct nego(dengan cara salah) buat networking komputer semua sekolah di Terangganu. Laa selupa UMNO juga. Patutlah ekau kalah besar.

Semasa SE pegang Top-iT, semua senior staff yang menegur cara kerja SE akan ditukar. Gaya kerja pengurusan yang tidak efisyen memanglah ditegur orang. Tak ke mangkuk bilo tak puas hati tukar staff.

SE banyak menghabiskan dana sumbangan Terangganu Development Management(TDM) membeli kelengkapan iT Terangganu. Selepas PAS kalah besar di Terangganu sewaktu Pru-11, semua kelengkapan iT tersebut dimilikperibadikan. Memang kurang ajar. SE juga mengambil semua perkakas iT kerajaan negeri. Eh, macam harta makbapak dia pulak. Bila orang ramai tanya kenapa buat begitu, SE jawab bahwa semua peralatan iT itu adalah hasil sumbangan Terangganu Development Management(TDM). Nak tahu siapa CEO TDM ?? Tidak lain dan tidak bukan Harun Taib orang kampung SE.

Rakyat Terangganu tahu pemberian itu atas nama syarikat dengan syarikat. Iaitu Syarikat TDM bagi pada Syarikat Top-iT. Duit pembelian perkakas iT tersebut bukan datang dari poket Harun Taib.

SE sila nafikan pendedahan fakta-fakta ini jikalau berani. Memang padanlah ALLAH memberi kekalahan yang besar kepada PAS Terangganu dalam Pru-11 dan Pru-12. Kepimpinan PAS Terangganu rasuah dan terlalu banyak salah guna kuasa. Kalau dah Ketua Dewan Ulama'nya sebegini, den sikitpun terkejut SE berperangai jelik selama ini.


baganutama

No comments:

Post a Comment