ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 November 2009

PAS tidak gadai prinsip perjuangan - Hadi

PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

"Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno mendakwa PAS mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan asal parti itu.

Sambutan ulangtahun ke-25 Pasti diadakan di sini selama dua hari dan berakhir petang semalam.

Ribuan orang ramai hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun pada awal malam hujan turun dengan lebatnya di Kota Bharu.

Hadir sama pada ceramah tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Presiden PAS berkata, pendekatan yang digunakan PAS berkawan dengan DAP mengikut kaedah tahaluf siasi.

"Sebab itulah sekarang pemimpin DAP mudah yakin kepada PAS kerana kaedah berpolitik yang diamalkan mementingkan soal dosa dan pahala," tegasnya.

"Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan," ujar Abdul Hadi.

"Contoh yang dapat dilihat di Kelantan apabila kerajaan PAS pada penggal lalu hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja, namun pemimpinnya istiqamah," kata presiden PAS.

Pada penggal lalu PAS mempunyai 23 Adun, manakala BN memenangi 22 kerusi di Kelantan. Biar pun kedudukan begitu genting namun Adun PAS menolak segala tawaran melompat parti.

Nizar dalam ceramahnya pula memberitahu ketika Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada persidangan Dun baru-baru ini, Menteri Besar BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sudah selesai membentang bajetnya.

Katanya, Adun Pakatan Rakyat sengaja diperlambatkan memasuki Dewan dengan pemeriksaan ketat anggota polis di dua tempat berasingan.

Menurut beliau anggota polis yang bertugas di dua check point tersebut merampas kamera, komputer riba dan telefon bimbit yang dibawa Adun Pakatan Rakyat.

"Ketika kami sampai ke dalam dewan Speaker Dun BN, Datuk R Ganesan telah menangguhkan persidangan," katanya. _

HarakahDaily.Net


penyapu sial

tuan guru hj hadi...betul tu...tapi bukan bermakna mendapat lesen untuk berunding secara gelap atau rahsia dari para penyokong tegar PAS...yang kebanyakan nya tidak setuju dengan muqaballah ini...umum pun tau apa niat UMNO ini...tujuan bukan membawa kebaikan malah memecah belah kan PAS dari dalam...dan bukan juga lesen untuk membebaskan 3 ekor pembuntut UMNO dari tuduhan melanggar arahan parti terutama dari teguran mursyidul am PAS..supaya jangan terlibat secara gelap dengan UMNO....

kalau tak percaya buatlah poll  sekali lagi yang melibat 3 ekoq pembuntut UMNO ini...baru tau langit tinggi atau rendah...!!!!

No comments:

Post a Comment