ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 November 2009

Tahan Dr Asri: Pemuda PAS dakwa Pakatan disabotaj

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kesal kerana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk menahan ahli agama dan ulama atas alasan ketiadaan tauliah untuk mengajar.

Mengulas penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di ibu negara malam tadi, Nasrudin percaya kemungkinan wujudnya tindakan sabotaj dari unsur-unsur sekitar JAIS terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dan Exco Agama khususnya.

Jawatankuasa Agama Selangor diterajui oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Oleh itu tegur Nasrudin, JAIS boleh memanggil tokoh-tokoh yang diakui berkelayakan dan diiktiraf seperti Asri untuk ditemu duga bagi tujuan pengtauliahan, jika itulah prosedurnya, bukan dengan cara menghalang ilmuan-ilmuan Islam dari berbakti secara jujur kepada masyarakat.

Walaupun mengakui yang wujud banyak perbezaan pendekatan antara beliau dan Asri, Nasrudin masih menerima pandangan Dr. Asri tetapi dalam lingkaran perbahasan yang dibenarkan.

Nasrudin juga menerima penegasan Asri yang beliau bukan seorang penganut faham wahabi.

Tegas Nasrudin, JAIS memang wajar bertindak jika Asri telah menyampaikan ajaran agama yang salah dan sesat.

Oleh itu katanya, jika hanya berdasarkan masalah ketiadaan tauliah atau tuduhan wahabi yang tidak dapat dibuktikan, tindakan JAIS malam tadi adalah keterlaluan.

Nasrudin juga hairan dengan penahanan malam tadi kerana selepas Kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat, kebebasan para penceramah dan pendakwah agama sudah banyak berubah berbanding sebelum Mac 2008.

Bahkan, katanya, beliau sendiri pernah dihubungi JAIS yang telah menjemput beliau agar menghadiri sesi temu duga bagi mendapatkan tauliah.

Oleh itu, Nasrudin nyata tidak dapat menyembunyikan kegusaran betapa kemungkinan wujud tindakan sabotaj dari unsur-unsur sekitar JAIS terhadap kerajaan negeri dan Exco Agama negeri.


penyapu sial

pilih antara dua, JAIS yang sesat ke Dr Asri yang sesat. kalau nak kata Dr Asri, dia dah awal sampai ke mahkamah. Wakil JAIS tak muncul-muncul. tapi dalam BERITA HARIAN kata PGSM ada bukti. takkan PGSM tak tahu agama kot...pelik-pelik. memang betul dalam Quran menyatakan ramai orang matanya celik tapi hatinya buta..siapa yang butakan hati mereka?....kalau tak pemimpin pemimpin UMNO...dan kuncu kuncu pembuntutnya...!!!

No comments:

Post a Comment