ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 November 2009

UMNO pembangkai rupanya....

`HUBUNGAN SENYAP' DENGAN UMNO BAGAIKAN UMPAN BANGKAI KEPADA PAS

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan masih mengharapkan agar PAS dan Umno dapat mengadakan `hubungan senyap' kononnya demi perpaduam Melayu Islam di negara ini. Nampaknya amat bersungguh Umno ingin meminang PAS walaupun secara terang-terang PAS tidak terliur dengan tubuh batang Umno yang dipenuhi kurap dan kudis buta itu. Percubaan

awal sewaktu adanya perjumpaan sulit `dalam kelambu' antara PAS dan Umno di Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 telah gagal, Umno merasa amat kecewa kerana umpan mereka tidak dimakan hanya sekadar dihidu oleh dua tiga kerat pemimpin PAS yang `lapar' kepada umpan tersebut. Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan PAS dari termakan umpan berupa bangkai tersebut setelah diketahui umum tentang `hubungan haram' tersebut.

Umno tidak akan senang duduk selagi PAS berada di dalam PR. Umno inginkan PAS bersendirian berjuang agar memudahkan mereka `memperbodohkan' PAS. Adakah Umno bersungguh-sungguh ingin mendaulatkan Islam di negara ini apabila cuba mengumpan PAS untuk tidor sekelambu? Pendek kata, Islam pasti tertegak di negara ini apabila PAS sanggup bersama Umno. Nasib baik pemimpin-pemimpin PAS lebih cerdik dari Ketua Penerangan Umno berkenaan. Pelawaan Umno ditolak mentah-mentah dan yang terbaru di dalam seminar PAS baru-baru ini, PAS komited untuk terus bersama PR. Ini yang membuatkan Umno senak perut dan sakit jiwa.

Bagi mendatangkan curiga di kalangan rakan-rakan di dalam PR, Ketua Penerangan Umno bertindak bodoh dengan menyatakan Umno bersedia untuk bersama dengan PAS secara senyap-senyap. Jika benar ingin dilakukan secara senyap-senyap, mengapa perlu dihebahkan di dalam akhbar? Bukanlah senyap namanya, wahai Ahmad Maslan!! Cerdik sungguh Ketua Penerangan Umno ini. Sewajarnya Umno merasa malu apabila belum datang meminang, sudah ditolak tapi semenjak bila Umno tahu malu?

Sebenarnya Umno amat takut jika PAS terus bersama PR kerana dengan kerjasama mereka di dalam PR lah yang membuatkan Umno kini lumpuh selepas Pilihanraya Umum yang lalu. Ejen-ejen dan broker-broker Umno di dalam PAS telah diketahui umum. Umno amat bimbang jika ejen-ejen ini ditendang keluar dari PAS. Oleh itu, Umno perlu bertindak awal untuk menyatakan PAS harus bersama Umno jika ingin selamatkan Melayu dan Islam. Semenjak bila Umno terlalu sayangkan Melayu dan semenjak bila pula Umno begitu prihatin dalam soal agama?

Bagi saya, kata-kata dan harapan Ketua Penerangan Umno tersebut umpama umpan bangkai untuk meracuni PAS. Sehubungan itu, wajib bagi PAS menolak Umno jika ingin selamatkan Islam yang melangkau kepentingan bangsa Melayu. Jika orang-orang Cina dan India sendiri tidak mempercayai Umno, apakah PAS masih percaya pada Umno?

Oleh: WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment