Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
03 November 2009
Untung, tapi tak bayar dividen
Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008, sesetengah syarikat yang lebih 50% sahamnya dipegang kerajaan persekutuan, tidak membayar dividen kepada pemegang sahamnya (kerajaan) walaupun mencatat keuntungan, mengakibatkan tersumbatnya salah satu sumber pendapatan utama kerajaan.
Laporan yang dikeluarkan pada minggu lepas ini mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah melabur RM 24.11 bilion pada 99 buah syarikat. Antaranya, RM 22.51 bilion dilaburkan pada 50 buah syarikat yang lebih 50% sahamnya dimiliki kerajaan persekutuan.
Menurut laporan tersebut, tujuan asal kerajaan melabur dalam syarikat ini adalah untuk mendapat pulangan yang wajar, memastikan kepentingan kerajaan dalam bidang strategik terjamin, selain melabur dalam bidang yang mana sektor swasta tidak sanggup menyertai.
Analisa terhadap Laporan Kewangan Tahunan 48 daripada 50 buah syarikat tersebut menunjukkan bahawa 27 buah syarikat kerajaan memperolehi keuntungan sejumlah RM 78.0 bilion sebelum cukai; 21 buah syarikat yang selebihnya pula mengalami kerugian sebanyak RM870 juta.
Tetapi, antara 27 buah syarikat yang mencatat keuntungan, hanya 14 buah syarikat yang membayar dividen sejumlah RM 72.21 bilion kepada kerajaan persekutuan.
13 syarikat tidak bayar dividen
Dengan kata lain, 13 buah syarikat yang mencatat keuntungan pada tahun 2007 tidak membayar dividen kepada kerajaan persekutuan. Keadaan sedemikian bukan berlaku buat kali pertama. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, syarikat tersebut mengekalkan diri dalam keadaan "ada untung tapi tidak bayar dividen". Antaranya, keadaan kewangan sering tidak stabil kerana pengoperasian yang tidak cekap, menjurus kepada situasi di mana "wang berada dalam tangan tetapi tidak terdaya membayar dividen".
Misalnya, Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) yang dimiliki kerajaan persekutuan sepenuhnya dengan RM 2.71 bilion, walaupun mencatat keuntungan bersih pada tahun 2005, 2006 dan 2008, namun tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan persekutuan.
Tujuan penubuhan EXIM Bank adalah untuk membekalkan kemudahan pinjaman dana kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam perniagaan eksport, pelaburan di luar negara untuk memastikan syarikat tempatan mempunyai daya saing. Dari tahun 2006 hingga 2008, EXIM Bank telah meluluskan 115 pinjaman atau jaminan, yang jumlahnya bernilai RM 3.3 bilion.
Laporan Jabatan Audit Negara menunjukkan bahawa EXIM Bank tidak begitu cekap dalam menguruskan pinjaman, termasuk meluluskan pinjaman yang tidak memenuhi syarat, tanpa jaminan bank atau aset cecair sebagai cagaran, tidak cermat ketika melepaskan pinjaman, dan penangguhan pembayaran semakin bertambah. Yang lebih penting, EXIM Bank mencatat keuntungan pada tahun 2005, 2006 dan 2008, tetapi tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan persekutuan.
JKP juga tidak bayar dividen
Oleh itu, Ketua Audit Negara menyeru agar Lembaga Pengarah EXIM Bank dan Kementerian Kewangan mengambil langkah tertentu, termasuk mengehadkan lulusan pinjaman kepada risiko yang boleh ditanggung peminjam, Lembaga Pengarah dan pengurus perlu meneliti status kewangan peminjam, malah mengikuti perkembangan seterusnya setelah pinjaman diluluskan.
Sementara itu, Ketua Audit Negara juga bertanggapan bahawa Lembaga Pengarah perlu memperuntukkan wang daripada keuntungan untuk dijadikan dividen kepada kerajaan, sebagai pemegang saham yang berhak mendapat pulangan.
Selain itu, JKP Sdn Bhd yang juga dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan RM10.25 juta juga antara syarikat yang tidak membayar dividen walaupun mencatat keuntungan. Tujuan penubuhan JKP Sdn Bhd adalah untuk membantu melaksanakan projek sosial ekonomi oleh Jawatankuasa Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, agar memastikan kaum bumiputera tidak terpinggir dalam pembangunan ekonomi negeri tersebut.
Namun, laporan Jabatan Audit Negara menunjukkan selain masalah yang biasa wujud seperti penangguhan projek, tiada perjanjian ditandatangani antara JKP dengan Perunding Projek, antara proksi pengutip sewa dengan penyewa, malah tidak mengutip sewa, mengakibatkan sewa yang dihutang menggunung. Syarikat tersebut turut mencatat untung bersih pada tahun 2005 dan 2006, tetapi tidak membayar dividen kepada kerajaan.
Juga, Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1 Julai 2001, walaupun mencatat keuntungan pada tahun 2007, tidak membayar dividen kepada kerajaan.
Di samping itu, Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (gambar kiri) yang ditubuhkan pada tahun 1994, walaupun mencatat keuntungan pada tahun 2006 dan 2007, namun berdepan dengan ketidakstabilan kewangan yang mengakibatkan syarikat tersebut gagal membayar dividen kepada kerajaan persekutuan. Menurut laporan, perjanjian antara pihak pengurusan dan pengoperasian tidak dipatuhi. Pengoperasi hotel tidak menjelaskan bayaran dalam masa yang ditetapkan, malah pihak pengurusan tidak menguruskan kewangan mengikut undang-undang, menjurus kepada situasi "untung tapi tidak bayar dividen".
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Oleh Neo Chee Hua
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker terlibat dengan lumba haram...??? - GAMBAR fail menunjukkan kereta Porsche yang dinaiki Walker musnah di lokasi nahas di tepi jalan di Valencia pada Sabtu lalu. LOS ANGELES - Beberapa pegaw...10 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...10 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Siap tadbir Pahang, Negeri ke 5 PN. & OK nyonya, Jom sama! - *1(a). PAS siap sedia tadbir Pahang PRU16 – Tuan Ibrahim* JERANTUT: PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran K...20 hours ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS1 year ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
MN sokong Muhyideen Yasin - KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Mal...4 years ago
-
DON of Malaysia - Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang esok selepas Solat Jumaat. Bermakna belum ada apa-apa keputusan penyelesaian siapa yang akan dilantik untuk menja...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...8 years ago
-
KAKI BELIT DARI UMNO BERTAMBAH MENJELANG PERHIMPUNAN - Dulu orang-orang ini kutuk Perhimpunan Bersih 4 dengan macam-macam gelaran. Sekarang orang yang sama juga memuji Himpunan Merah akan datang. Ternyata pemim...9 years ago
-
Shahbudin dot com: DINAMAKAN "OPERASI KEDUA", MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ... - Shahbudin dot com: DINAMAKAN "OPERASI KEDUA", MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ...: Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan in...9 years ago
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16)...9 years ago
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
-
Aduhai insan bernama Mahathir - *Dulu ketika PAS* berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengganu di cungkil ba...8 years ago
-
Kerjasama PAS UMNO disebalik tirai yang apa aku fikirkan ketika ini - Aku malas nak tulis sebenarnya, tapi bila hari mengundi semakin dekat, aku percaya aku perlu cerita. Bila disebut kerjasama PAS-UMNO, bknlah kerjasama s...8 years ago
-
Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment