ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 May 2010

Cikdebella Gila Talak.






















"Cikdebella telah diceraikan dari pentadbiran secara langsung atau tidak langsung. Tetapi setelah diceraikan, dia mula menjaja cerita, suaminya dulu seorang yang suka tabur fitnah. Suami dia upah RM4 supaya dia tabur fitnah ke merata kampung. Apa yang cuba digambarkan kepada orang kampung ialah, dulu dia baik, cuma dia tak dedahkan yang dia baik. Jadi sekarang dia cuba bagitau kejahatan suami dia, supaya sekarang orang tak kata dia jahat.Yang jahat dulu adalah suami dia dan yang baik sekarang adalah dia.

Dia juga tidak menyatakan dia sangat sakit hati kerana kehidupannya lebih selesa dengan suami telah ditarikbalik. Cuma perbuatannya telah mula merapu. Dia sentiasa mencari dan mengorek keburukan suami yang dulu dia asyik tido sebantal.

Cuma orang kampung bertanya sendiri, kalau dari dulu cikdebella jujur, berintergiti dan penuh hemah, kenapa sekarang baru dia dedahkan? Kalau dia tidak diceraikan adakah dia akan berdiam diri? Kalau betul dulu dia suka berfitnah, apakah dia rela melakukannya? Kalau tak rela kenapa tak dedahkan dari dulu?

Atau setelah diceraikan cikdebella akan 'merasa insaf dan ingin dedahkan'? Kan baik kalau dia dedahkan dari dulu. Barulah orang tak katakan bahawa, menfitnah dah memang kepakaran cikdebella.

Jadi orang kampung mula merumuskan beberapa perkara:

1- Masa dia berkahwin dulu dan semasa mesra dengan suami, dia sudah mula tidak jujur dengan suami. Lantaran itu dia mula menyimpan maklumat sulit suaminya dengan niat satu masa jika dia diceraikan dia akan 'mendedahkan'. Maknanya dia masa itu hanya berlagak baik tetapi sebenarnya dia tetap jahat. Atau dia hanyalah musang berbulu ayam.

2-Atau mungkin dia dilihat seorang yang lidah bercabang dan pandai menabur fitnah, lantaran itu suaminya menyuruhnya menabur fitnah.

3-Orang kampung merasa hairan, apa tujuannya sekarang? Rumusan orang kampung-cikdebella hanya mendedahkan perangainya yang jahat, dulu dan sekarang.

4-Sakit hatikah sangat sangat kerana diceraikan? Masih ingin bersama suami? Masih tergila gilakan suami?

5-Sah, memang gila talak


ramziredang

No comments:

Post a Comment