ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 May 2010

KAT HULU SELANGOR...BAGI PROJEK ALASAN KEBETULAN....KAT SIBU ....TERANG TERANG PROJEK BAPAK PENIPU PEMBUNUH MONGGOLIA




























PM umum khidmat siaran TV, radio satelit di Sibu Rabu depan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka mengumumkan perkhidmatan siaran televisyen dan radio menerusi pancaran satelit Measat bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, pada Rabu depan di Sibu, Sarawak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementerian sudah berunding dengan Astro yang bertanggungjawab mengendalikan satelit berkenaan agar dapat memberikan perkhidmatan siaran televisyen yang terbaik bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
"Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri di sesi mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa kementerian ini sedang berusaha dengan syarikat Astro supaya pancaran atau isyarat gelombang televisyen menerusi satelit diharap dapat dilancarkan oleh Perdana Menteri khusus bagi kawasan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jemaah kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu nanti, selaras dengan gagasan 1Malaysia, penduduk di Sarawak dan Sabah akan menerima pancaran siaran televisyen yang lebih jelas yang sebelum ini agak sukar diterima di beberapa kawasan di sana.

"Siaran FM radio juga tidak dapat diterima di sebahagian besar kawasan di Sabah dan Sarawak. Bbagaimanapun, perkhidmatan itu berkemungkinan dimulakan dengan siaran televisyen dulu," katanya.

Rais berkata, kerajaan juga dapat menjimatkan kos dengan menggunakan perkhidmatan satelit yang lebih praktikal berbanding membina menara atau tempat pemancar baru.

"Jika itu dilakukan kosnya hampir RM90 juta untuk kita bina menara pemancar baru, setelah kita melihat kemungkinan sains dan teknologi maka kita berpendapat menggunakan satelit Measat yang dimiliki kerajaan Malaysia adalah lebih praktikal," katanya.
Rais berkata, kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang mengkaji mengenai kos untuk membekalkan kotak penerimaan pancaran kepada penduduk supaya mereka mendapat isyarat televisyen yang lebih jelas.

"Kita kena lihat beberapa model (kotak penerimaan pancaran) dahulu, walau apa pun sekiranya model itu model yang baru, ianya takkan membebankan rakyat, kita sedang berurusan dengan SKMM supaya seminimum mungkin kita dapat bekalkan kepada rakyat tanpa membebankan mereka.

"Sekiranya SKMM berkemampuan untuk menampung kos minimum kotak itu, barangkali pengguna hanya perlu bayar sedikit sahaja daripada kos sebenar, tiada caj seperti Astro, hal itu sedang kita urus supaya tidak membebankan masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, pada tarikh itu juga Perdana Menteri akan melancarkan Komputer Rakyat 1Malaysia di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

"Tidak kurang 1,000 unit komputer akan kita edarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar bandar, penduduk rumah panjang sekaligus kita dapat tunaikan janji perjuangan berkaitan jalur lebar ini," katanya. - Bernama



DAH BERPULUH TAHUN MEMERINTAH BARU NAK TERPIKIAQ? JIRAN KITA INDONESIA DAH LAMA PAKAI SATELIT PALAPA BAGI SIARAN FTA (FREE TO AIR) KEPADA RAKYAT DIA.DULU PALAPA C LANI DAH PALAPA D..DAH NAMA FREE TO AIR MESTILAH FREE.

DAH PAKAI SATELIT,BOLEH LA BAGI 1MALAYSIA...TAKKAN SABAH DAN SARAWAK JE... KAT SEMENANJUNG PUN BANYAK TEMPAT YANG SIARAN TV TAK JELAS.ORANG KAMPUNG TERPAKSA BAYAR ASTRO SEMATA-MATA NAK TENGOK SIARAN TV YANG LEBIH JELAS....BANGGANG PUNYA PM YAHUDI MALAYSIA MONGGOLIA....!!!!

No comments:

Post a Comment