ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 March 2011

memang sah lah polis jadi balaci UMNO untuk perangkap melalui pengambilan bahan bukti tidak sah...!!!!

Cara polis ambil bahan bukti dari sel Anwar tak sah, hujah Karpal



Karpal Singh mendakwa kaedah-kaedah tidak sah telah digunakan oleh polis untuk mendapatkan tiga barang, untuk membantu kes liwat, dari sel Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan satu malam Julai 2008.

Peguam utama Anwar itu telah beberapa kali ini mengetengahkan bantahan berhubung tuala, berus gigi dan botol air mineral daripada digunakan sebagai bukti pendakwa dalam perbicaraan kes liwat ketua umum Pakatan Rakyat itu.

"Kami mahu bukti-bukti ini tidak diputuskan tidak boleh digunakan kerana kaedah-kaedah tidak sah digunakan untuk mendapatkan bukti," kata beliau.

Oleh itu kata Karpal (gambar), perbicaraan dalam perbicaraan diperlukan dan akan mengemukakan hujah esok untuk mengesahkan keperluan sedemikian.

Jika Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan memihak pasukan pembela bermakna Anwar sendiri akan diambil keterangan mengenai apa yang berlaku antara 16 dan 17 Julai 2008.

“Jika hakim membenarkan yang ini, Anwar akan berada di kandang saksi dan beri keterangan. Tetapi pendakwa hanya boleh tanya soalan yang berkaitan dengan penerimaan bukti, tidak lebih,” kata Karpal kepada pemberita.

“Jika kita ada perbicaraan dalam perbicaraan, jika mereka dapat membuktikan kaedah yang tidak adil (yang dimaksudkan)... (malah) kita pun tidak tahu apa kaedah tidak adil itu (yang disebutkan),” kata ketua pasukan pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun menurut Mohd Zabidin, terserah kepada peguam-peguam Anwar untuk mewujudkan keperluan agar diadakan perbicaraan dalam perbicaraan dan bukannya pasukan pendakwa.

“Terserah kepada pembela untuk membuktikan,” kata hakim.

Mahkamah Tinggi menetapkan esok untuk mendengar hujahan mengenai sama ada perlu diadakan perbicaraan dalam perbicaraan berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat Anwar ditahan selama satu malam.

Hakim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan masing-masing.

Isu itu dibangkitkan berikutan keterangan bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras Supt Hamidon Adnan bahawa beliau mengeluarkan empat barang bukti berkenaan (rambut, botol, tuala dan berus gigi) dari sel itu pada 17 Julai 2008 atas permintaan pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Anwar 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment