ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 October 2009

pembongkaran dan pendedahan manipulasi undi pos

Dedahkan manipulasi undi pos




Dalam pilihan raya 1999, Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi - iaitu undi pos yang entah dari mana datangnya.

Kalau tak kerana 2,400 undi pos itu, Najib mungkin berjalan tak pakai kasut dan bercakap serta bersyarah sorang-sorang di sekitar Pekan dan Kuantan.

Dalam persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan telah dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan. Akhirnya, dalam pilihan raya 2004, setelah dihalia-haliakan kawasan Parlimen Pekan (maksudnya peta kawasan Parlimen sesetengahnya mengalahkan rupa halia yang membonjol sana-sini dikerjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya - SPR), Najib menang dengan majoriti majoriti 22,922 undi. Wow!

Untung sungguh Najib kerana lebih 10,000 undi sudah dianggap pasti akan memberi kemenangan kepada beliau dari Kem Tentera Batu 10 itu.

Harap betulkan skrin anda jika masih tak nampak apa kelebihan undi pos kepada Barisan Nasional (BN).

Di Bagan Pinang, berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson.

Mengapa undi pos menjadi masalah?

Sila baca berita Harakah 3/3/08 bertajuk "Undi pos cuma relevan ketika darurat", berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Bekas sarjan akui palsukan undi pos" dan berita Harakah hari ini bertajuk "Undi pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959".




Nak lagi cerita fasal undi pos? Di Kuala Lumpur, BN tertungging hangit di semua kerusi yang ditandinginya kecuali di Setiawangsa. Kenapa, 26 peratus pengundi di situ adalah pengundi pos. Bukan sahaja wujud begitu banyak undi pos di situ, malah wujud pula perkara-perkara mencurigakan.

Adakah kita akan menjadi penonton yang pasif sahaja kepada misteri undi pos yang mencurigakan itu? Sekurang-kurangnya, jika anda berjumpa dengan anggota tentera atau bekas tentera yang sedia tampil ke hadapan untuk mendedahkan lebih banyak cerita lagi mengenai undi pos, anda maklumkan kepada Harakah untuk membolehkan mereka mendedahkannya.

Kita mesti mendedahkan perbuatan BN memanipulasikan undi pos. Jangan biarkan penipu terus mencengkam rakyat dengan kekuasaan yang mereka perolehi dengan penipuan.

Nukilan ~penarik beca

No comments:

Post a Comment