ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 October 2009

Undi Pos masih jadi sebahagian alat menipu parti barisan najis ( BN ) dalam pilihanraya

Masalah Yang Wujud Dalam Sistem Undi Pos

Sebanyak 13,664 orang pengundi di Bagan Pinang, daripada jumlah itu, 33.7% ataupun 4,604 orang merupakan pengundi pos.

Keputusan pilihan raya tidak akan dipengaruhi oleh undi pos sekiranya sistem undi pos itu dijalankan secara telus dan profesional, walaupun sebanyak mana bilangan pengundi pos yang diwartakan, tetapi sekiranya sistem pengundi pos ini diuruskan secara tidak telus dan tidak profesional, maka ia akan menjejaskan pilihan pengundi pos seterusnya mempengaruhi keputusan pilihan raya.


Pegawai "Malaysians for Free and Fair Elections" (Mafrel) iaitu Saudara Ong Boon Keong telah mempertikaikan wujudnya masalah dalam sistem undi pos di Malaysia.

"Salah satu masalah yang wujud dalam sistem pengundi pos di malaysia ialah masa untuk berdaftar menjadi pengundi pos adalah kurang. Hal ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia yang bekerja di rantau asing tidak dapat berdaftar sebagai pengundi pos. Senario ini menjadikan pos undi di Malaysia kini didominasikan oleh Polis dan Tentera."

Ong Boon Keong juga mempertikaikan kenapa pihak tentera dan polis mengundi di kem mereka masing-masing (bukan seperti orang ramai) sedangkan mereka tidak meninggalkan Malaysia? "Kini tiada peperangan atau situasi yang tegang berlaku di Malaysia, maka pihak polis dan tentera seharusnya mengundi bersama dengan orang ramai kecuali mereka mempunyai tugas untuk dilaksanakan."

Kebiasaannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai dua cara untuk menjalankan proses pengundian pos, pertama, pos undi akan dikirimkan kepada mereka yang berkenaan dan mereka akan mengirim balik undi tersebut kepada SPR, kedua ialah pengundi pos akan mengundi di kem tentera dan polis yang ditetapkan oleh SPR.

Akta Pilihan Raya 2003 (Undi Pos) menyatakan pengundi pos adalah mereka yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada hari pilihanraya, pegawai SPR atau pegawai kerajaan atau polis atau tentera yang menjalankan tugas atau berada di luar negara.

Ong Boon Keong juga mencadangkan senarai pengundi pos untuk tentera dan polis tidak harus dirujukkan kepada nombor tentera atau polis mereka tetapi sebaliknya harus berdasarkan nombor kad pengenalan mereka (MyKad) supaya tidak wujud kekeliruan disitu.

Mafrel akan menghantar pegawai mereka di Bagan Pinang dan mendirikan 8 pondok operasi disana. "Di Bagan Pinang, terdapat 8 pusat mengundi maka setiap pusat mengundi kita akan menempatkan 2 orang pegawai untuk memastikan proses mengundi adalah lancar, beberapa pegawai akan ditugaskan diluar pusat mengundi."

Petugas politik yang mengkaji proses pengundian di Malaysia, Saudara Ong Chin Huat (yang ditahan dan dilepaskan kerana insiden memakai baju hitam) telah memuji pihak SPR membenarkan wakil calon untuk mengikuti proses mengundi tetapi Ong berpendapat, transperansi masih harus ditingkatkan kerana wakil calon tidak dapat mengikuti seluruh proses pengundian disebabkan faktor masa dan sumber calon.

Calon tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian keatas pos undi disebabkan faktor kekurangan sumber, kecuali undi pos yang terlibat adalah merupakan sebahagian besar daripada bilangan undi yang akan dibuang.

Selain itu, isu borang 2 juga merupakan salah satu daripada masalah undi pos. Menurut Akta Pilihan Raya 2003, pengundi pos harus mengisi borang 2 dan borang tersebut hendaklah dikembalikan bersama dengan undi pos mereka. Maklumat yang harus diisikan dalam borang 2 ini adalah nama penuh pengundi, nombor kad pengenalan pengundi, nombor siri undi, ini bermakna, maklumat pengundi pos itu mudah diketahui pihak lain

Akta Pilihan Raya 1954 melarang kesemua pegawai, setiausaha dan penterjemah untuk mendapatkan atau mengemukakan maklumat pengundi seperti nombor kad pengenalan pengundi dan nombor siri undi kepada pengundi lain. Selain itu, SPR juga membuat pindaan Akta Pilihan Raya 1981 (prosedur pilihan raya) pada 2006 iaitu menghapuskan nombor siri undi untuk melindungi identiti pengundi. maka dapat dirumuskan prosedur undi pos telah melanggar Akta tersebut dimana Akta itu menyatakan identiti pengundi tidak boleh dikemukakan.

Oleh GoMalaysian

No comments:

Post a Comment