ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 May 2010

gula gula kencing manis BN rakyat tolak....najib tak bermaruah semakin terdesak....

Janji memalukan, Najib hilang maruah dan terdesak!






















Pilihan raya di Malaysia semakin hilang nilai dan maruahnya. Kempen Pilihan raya tidak lagi bersifat menifesto kerja tetapi rasuah secara terbuka.Ia mungkin juga berpunca dari kenyataan SPRM bahawa janji pilihan raya bukan rasuah.

Apapun istilah yang digunakan, salahguna kuasa tetap berlaku. Najib sebagai Perdana Menteri menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk meluluskan peruntukan kerajaan bagi pihak umNO BN.

Rakyat hari ini terutama generasi muda sedang didedahkan dengan satu bentuk pilihanraya dan demokrasi baru yang tidak bermaruah dan korup.

Pemimpin BN hari ini tanpa segan silu dan malu mengumumkan projek dalam bentuk janji dan ugutan.

Jika dulu mereka hanya berjanji tetapi tidak mengugut, tetapi hari ini janji itu boleh digantung dengan kemenangan (baca kenyataan berikut).

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.

Janji seperti ini sangat memalukan. PM seolah hilang maruah dan dilihat sangat terdesak untuk mendapatkan undi terutama kaum cina.

Bukan sahaja ADUN dan MP lompat dibeli, undi rakyat juga dibeli di pasaran terbuka. Semua akta SPRM dulu seakan tidak wujud dan menjadi halal sepertimana halalnya judi bolasepak piala dunia.

Sekiranya gejala seperti ini tidak segera dibendung, ia akan menjadi semakin parah dan nilai undi akan boleh dibayar.

Selepas ini anada akan menyaksikan seorang booki akan menunggu di setiap pintu masuk pusat pengundian dengan beg yang dipenuhi duit untuk membeli undi. Jika tawaran terbuka tidak lagi dilihat salah. Apakah mungkin membeli undi di depan pusat pengundian di rasa salah.

Kita mungkin melihat ianya menguntungkan,namun bagi tempoh akan datang, nilai undi sangat berharga dan boleh ditukar dengan duit.

Akhirnya setiap orang yang bertanding akan memperuntukkan nilai besar untuk menang dalam pilihan raya. Saya tidak pasti duit dan duit dari janji ini perlu dilaporkan kepada SPR atau tidak.

Apa yang pasti akan muncul wakil proksi kepada tauke besar yang mengnggung kos sepanjang tempoh berkempen. Akhirnya tidak mustahil negara akan dikuasai kongsi gelap yang menaja calon yang diyakini. Apa jadi ketika itu?


Anak Sengat

No comments:

Post a Comment