ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 May 2010

Judi APNO.... Di perangi bukan di halalkan dengan di berikan lesen....

Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dilihat "menghalalkan yang haram, demi keuntungan".

Alasan kerajaan untuk mengeluarkan lesen kerana pertaruhan haram tetap berlaku, tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi.

Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan sedang mempertimbang akan meluluskan lesen judi tersebut.

Beliau memberi alasan, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Negara Malaysia, tidak boleh disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan.

Apatah lagi, perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini.

Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara

 Rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak.

Lebih memalukan katanya, apabila yang mahu meluluskan lesen ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.

Tindakan itu ujarnya dikhuatiri mengundang musibah dan kemurkaan dari Allah s.w.t.

Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut didepan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, Baldhatun toyyibah warabbun ghafur atau negara yang makmur serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah.

Tetapi dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara ini akan terus mendapat kemurkaan Allah

Sehubungan itu  para Ulama, Majlis Fatwa serta rakyat keseluruhannya di seru bangkit menentang tindakan kerajaan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ini.

No comments:

Post a Comment