ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 May 2010

PANEL SYARIAH TUTUP MATA....PELABURAN AMANAH RAYA BERHAD DALAM MAGNUN CORPORATION

Tahniah diatas keberanian Sahibus Samahah Tan Sri Dr. Hj. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak yang  akhirnya berani mengeluarkan kenyataan menentang keputusan kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan lesen perjudian dan menyifatkannya sebagai menentang hukum syarak. Kita  berharap lebih ramai mufti serta cerdik pandai Islam tampil untuk membuat kenyataan menentang keputusan kerajaan ini yang secara terang-terangan bertentangan dengan hukum Allah SWT dan sudah pastinya memberikan kesan negatif kepada rakyat.

Walaubagaimanapun kita juga melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Amanah Raya Berhad (ARB) yang melabur sebahagian dari dana di dalam syarikat Magnum Corporation Berhad yang merupakan sebuah dari syarikat perjudian berlesen. Dalam laporan tahunan 2006 yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan pada mukasurat 121 dan 122 menunjukkan bahawa Amanah Raya Berhad melalui Amanah Raya Nominess (Tempatan) Sdn Bhd merupakan sebahagian dari 30 pemegang saham terbesar syarikat perjudian tersebut dengan 1.06% pegangan atau 15,487,200 saham.

kita  rasa kesal kerana menurut laporan tahunan 2007 dan 2008 mufti Perak masih lagi menjadi sebahagian dari Panel Syariah ARB. Sebagai anggota panel syariah syarikat berkenaan, Mufti Perak seharusnya bertanggungjawab untuk menghalang pelaburan dibuat oleh ARB ke dalam syarikat-syarikat yang melibatkan perjudian. Lebih malang lagi Pengerusi ARB, Dato’ Dusuki Ahmad adalah bekas Ketua Pengarah dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai kelulusan Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kita  berharap agar Tan Sri Mufti Perak mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi saham-saham yang dimiliki oleh orang Islam di dalam ARB dari dicemari sumber haram. Begitu juga kita amat berharap pengurusan ARB akan segera menarik balik pelaburan tersebut dari Magnum Corporation sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum ini.

No comments:

Post a Comment