ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2011

dasar penyamun dan lanun setan setan di pejabat agama.......Kutipan zakat tinggi, tapi umat Islam masih miskin

 

Pihak yang mempunyai autoriti dalam institusi zakat di Selangor supaya tidak hanya berbangga dengan kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.

Ini kerana Pengurusan zakat di Selangor sepatutnya telah menyelesaikan masalah pembangunan ekonomi dan taraf hidup umat Islam serta menjadi teladan kepada negeri-negeri lain..

Wang zakat yang dikutip setiap tahun meningkat. Tetapi dalam masa sama orang-orang Islam masih lagi dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup.Wang zakat adalah amanah yang perlu diurus dengan sebaik mungkin dan sampai kepada penerima yang berhak,.

Isu wang zakat timbul selepas kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), kononnya wujud usaha memurtadkan umat Islam.

Difahamkan, umat Islam yang hadir dalam majlis makan malam itu adalah bagi mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Kita  bersetuju dengan pandangan bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin supaya pihak bertanggungjawab terhadap agama Islam di negara ini mengambil tindakan pro aktif untuk menjaga kebajikan ummah.

Dr Asri sebelum ini menyeru semua pihak tidak menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu perlu ditanya kepada umat Islam sendiri.

Justeru itu kita berharap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor mencontohi kebijaksanaan pengurusan zakat semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga menjadi sebuah negeri yang maju dan mapan.

Kita berharap tiada lagi berita di media cetak dan elektronik yang mengatakan bahawa ada ibu tunggal yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan zakat.

Atau ada saudara baru yang tidak diberikan zakat atau pelajar-pelajar anak Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi terpaksa memendam hasrat kerana tiada sumber kewangan..

No comments:

Post a Comment