ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 August 2011

wang rasuah bina banggunan UMNOPORNO dan bandar pengemis utama di dunia....!!!

Mengikut sumber  dalaman yang boleh di percayai Bangunan Pejabat UMNO Semporna yang terletak berhadapan KFC, dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah ‘Mercutanda Rasuah’ terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tetapi memandangkan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilindungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, maka beliau selamat buat sementara waktu.

Albert Chan Sew Leang merupakan tokoh penting di zaman Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi proksi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan rakan kongsi adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kini, Albert Chan merupakan salah satu kroni dan proksi Shafie dalam kegiatan Penggubahan Wang Haram melalui projek pembangunan termasuk NKRA yang disalurkan melalui Ternama Tabah Sdn. Bhd dan beberapa syarikat dormant lain.

Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun.

Sewajarnya SPRM membuka kertas siasatan kerana UMNO Semporna tidak mempunyai wang untuk membina bangunan sendiri melainkan secara ‘Project Swap’ sebagaimana dipraktikkan Shafie selama ini.

Jika Ahli UMNO Semporna masih tidak sedar dengan jenayah kolar putih yang dilakukan Shafie, mereka akan terus ditindas sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang; sebelum ada pihak yang berani menentang Shafie dalam pilihanraya umum kelak.

Andai Sindrom Bog Bog, jika  masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia!

No comments:

Post a Comment