ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2011

Pertahan agama kunun...urus dulu zakat orang miskin..!!!...betul tu wa setuju dia nie di pecat...bukan aje exco agama ...kedudukan dalam PAS pun wajar di pecat.....dia nie dah jadi setan UMNOPORNO dalam PAS....!!!..




Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk “Saya rela dipecat.”

“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Hasan.

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku.

Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.

Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.

“Dalam profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti,” kata wakil rakyat PAS ini.

Beliau berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais.

Beliau juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan “serbuan” ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara “berbuka puasa” di gereja itu.MI



penyapu sial

Sebagai Exco agama sepatutnya Hasan berusaha membantu golongan Islam yang daif supaya mereka tidak bergantung kepada pihak lain. Jangan salahkan orang kristian yang menunjukkan sikap baik untuk menarik minat orang terhadap agama mereka. Jangan terlalu angkuh dengan kuasa dan undang-undang yang ada di tangan, kerana ia kelihatan kasar dan gopoh...akhirnya nama baik islam tercemar. Kalau nak jadi hero menegakkan islam, buatlah secara bijaksana.


Mana perginya wang zakat beratus juta dikutip setiap tahun sehinggakan orang Islam yang miskin dan daif terbiar tidak dibela. Bukankah miskin itu dekat kepada kufur jika tidak dibantu.

Salahkan diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain yang memberi bantuan kepada orang Islam.

No comments:

Post a Comment