ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 October 2009

Alahai Azeez, buat malu dekat pondan Tanjung Bendahara ..



Tengok keadaan fizikal Azeez macam tak percaya dia dibelasah. Kata orang Kedah, badan macam guni beras.

Macam biasa. Setiap kali kali berlangsungnya pilihan raya muncullah isu "keganasan pihak pembangkang". Jika rukun iman ada enam perkara, pertama percaya kepada Allah; maka begitulah kira-kira BN hadapi pilihan raya maka ia ada rukun propaganda mereka.

Rukun propaganda BN yang pertama dalam pilihan raya ialah melaporkan, pembangkang cetuskan keganasan. Maknanya, jika dalam mana-mana pilihan raya, media talibarut BN tidak melaporkan bahawa pembangkang cetuskan keganasan, maka batallah 'akidah' propaganda BN.

Cuba kita mencari contoh sebuah pilihan raya kecil atau umum, di mana media talibarut BN tidak melaporkan peristiwa 'keganasan' yang dilakukan oleh ahli atau penyokong pembangkang. Memang tidak ada. Sama ada benar berlaku keganasan pembangkang seperti yang dilaporkan itu tidak penting.

Tugas mereka ialah melaporkan pembangkang ganas. Cerita sejengkal boleh dipanjangkan jadi sebatu. Mereka sangat kreatif laporkan pembohongan. Mungkin mereka mendapat latihan khas dari pakar-pakar propaganda Yahudi antarabangsa yang menguasai agensi berita utama dunia.

Dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kali ini, pelakon utama BN yang diganasi pembangkang ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kononnya mereka dikasari sewaktu melalui jalan yang dikuasai penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Berhari-harilah media tali barut mereka mencanangkan isu tersebut, menjadikan isu murahan itu lebih besar dari isu rasuah yang boleh menghancurkan negara.

Dalam sejarah pilihan raya sebenarnya penyokong BN yang banyak melakukan keganasan, namun mustahil bagi media talibarut BN untuk melaporkan segala kejadian tersebut. Saya hanya ingin mencatatkan siri keganasan BN dalam sebuah sahaja pilihan raya kecil iaitu di Indera Kayangan, Perlis pada tahun 2002.

1. Aktivis KeADILan, Liau Kok Fah bersama rakannya Hamdi Mokhtar telah dikepung oleh kumpulan samseng BN ketika cuba mengedarkan risalah kempen kepada para pengundi. Mereka merampas rislah dan memijak-mijaknya. Liau ditolak dengan kasar manakala Hamdi dipukul dengan wayar kabel di tangan dan kepala. Dalam waktu yang sama sekumpulan Wanita Umno memberi semangat kepada kumpulan samseng tersebut supaya terus membelasah aktivis KeADILan itu.

2. Kereta milik Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Xavier Jayakumar dipecahkan cerminnya oleh kumpulan samseng Umno. Kejadian berlaku di Pengkalan Asam pada hari penamaan calon.

3. Kereta Raja Komando turut dipecahkan cerminnya dengan dilastik batu. Hampir tiap-tiap malam menjelang hari mengundi, kereta cermin pemilik yang datang mendengar ceramah KeADILan dipecahkan cerminnya. Ia sebagai taktik menakutkan pengundi supaya tidak menyokong pembangkang.

4. Petugas KeADILan, Abdul Rahim Ismail telah dipukul dengan rantai basikal di kepalanya oleh kumpulan samseng Umno hingga terkoyak kulit kepala dan terpaksa menerima beberapa jahitan. Kejadian berlaku berhampiran Sekolah Menengah Derma.

5, Dr Wan Azizah Ismail telah dikepung dan dihalang dari berjumpa pengundi di Padang Katong. Beliau disekat oleh kira-kira 300 samseng Puteri Umno yang diketuai oleh Azalina Osman. Rombongan Dr Wan Azizah dimaki hamun dihamburkan kata-kata lucah.

6. Mahfuz Omar dan rombongannya dihalang dari berkempen rumah ke rumah di Kampung Seberang Bakau. Namun Mahfuz enggan mengalah. Setelah selesai berkempen dan sewaktu menuju ke kereta, mereka dipenung oleh beratus-ratus kumpulan samseng Umno yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar Perlis masa itu Shahidan Kasim.

Kenderaan Mahfuz cuba diterbalikkan tetapi mereka gagal. Kereta Pemuda PAS Perlis dan beberapa kereta lain telah ditendang sehingga kemik dan pecah cermin lampu. Antara pemimpin Pemuda Umno yang menyertai kumpulan samseng itu ialah Aziz Sheikh Fadzir.

7. Seorang pemimpin Pemuda KeADILan Selangor dan rakan-rakannya diserang kira-kira 100 samseng Umno di sekitar Jalan Medan Baru, Kangar selepas cubaan mereka untuk menghalang empat petugas BN dari mengoyak poster KeADILan. Pemimpin Pemuda tersebut diculik dan dibawa ke bilik gerakan Umno Wilayah Persekutuan. Di situ dia dibelasah, ditumbuk, ditendang di kepala serta disepak selama kira-kira setengah jam sebelum dibawa oleh pihak polis ke balai.


8. Seorang anggota polis Koperal Mohamad Salleh telah ditumbuk oleh seorang samseng BN sehingga patah gigi dan terlentang ke tanah. Sewaktu jatuh ke tanah, Salleh ditendang sebanyak lima atau enam kali sehingga pengsan. Sebelum itu dia hadir untuk menenangkan sekumpulan Pemuda Umno yang cuba mencetuskan huru hara. Salleh dibelasah walaupun dia cuba menunjukkan kad kuasanya.

Menurut sumber dalaman, selepas peristiwa itu Salleh diugut oleh pemimpin atasan Umno supaya tidak membuat laporan polis terhadap samseng yang membelasahnya. Sudahlah dizalimi diugut pula.

Tidak ada sebuah pun media tali barut BN yang mendedahkan cerita keganasan para petugas ataupun penyokong mereka. Jika ada pun laporan, ia hanya menceritakan secara umum bahawa pihak tertentu dibelasah oleh petugas parti politik dengan membiarkan orang ramai membuat tanggapan bahawa ianya kerja petugas parti pembangkang. Licik, jahat dan penuh putarbelit laporan media mereka.

Apabila mengenangkan siri keganasan BN di Indera Kayangan, maka agak lucu juga dengan laporan kononnya Azeez dibelasah penyokong PAS di Bagan Pinang.

Bukan apa, tengok keadaan fizikal Azeez macam tak percaya dia dibelasah. Kata orang Kedah, badan macam guni beras. Sekali tengok nampak 'brutal'. Tapi bila kena sakat sikit oleh budak-budak 'kanyak' tepi jalan, terus masuk hospital. Siap buat laporan polis. Alahai Azeez, buat malu dekat pondan Tanjung Bendahara.


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

No comments:

Post a Comment