ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 October 2009

awang selamat mingguan meloya yang meluat dengan ayat al-quran yang di baca...

Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen.

Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan raya serta maklumat daripada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia banyak berpunca daripada budaya kekasaran yang sudah meresap kuat di kalangan sebahagian ahli dan penyokong tegar pembangkang.

Dengan kata lain, golongan tersebut akan menjadi begitu provokatif dan agresif setiap kali berkempen. Awang melihat ini angkara ketaksuban dan juga boleh ditafsir sebagai kerendahan budaya politik.

Menang pilihan raya satu hal tetapi penilaian rakyat terhadap tingkah laku sesebuah parti politik ketika berkempen adalah hal yang akan menjadi pertimbangan utama. Selagi pembangkang mengamalkan budaya sedemikian, selagi itu ia terus merugikan mereka.

Sebab itu, Awang melihat pembangkang gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu dan biarpun memenangi beberapa pilihan raya kecil. Dengan kata lain, tiada gelombang rasa teruja ke atas pembangkang yang sepatutnya boleh tercetus dengan sendirinya jika pembangkang lebih sederhana dan harmoni dalam pendekatan mereka.

Akibatnya, sokongan kepada pembangkang bukan sahaja tidak meningkat malah merosot, yang juga disebabkan pelbagai isu kebelakangan ini.

Semalam, penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port

Dickson turut tegang sehingga ada pemimpin Umno dikasari dan ditumbuk. (Mungkin sudah sampai masanya sistem penamaan calon yang ada termasuk perhimpunan diharamkan. Cukup sekadar calon dan wakilnya mendaftar kepada SPR dalam tempoh tertentu yang tidak semestinya serentak sebagaimana dilaksanakan di sebahagian negara).

Awang percaya sebahagian rakyat sudah muak dengan suasana tidak menyenangkan pada pilihan raya kecil meskipun proses itu terpaksa dilaksanakan atas tuntutan demokrasi.

Tetapi yang membuatkan Awang lebih meluat ialah trend pemimpin pembangkang bukan Islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya. Kali ini, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang malam semalam. Ramai kenal siapa Gobalakrishnan yang merupakan politikus yang suka membuat gimik murahan dan provokasi seperti menerpa untuk memanjat meja Speaker Dewan Rakyat dan membuat kecoh dengan cuba menumbuk polis pada pilihan raya kecil Permatang Pasir selain gemar berdemonstrasi liar.

Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. — Mingguan Meloya



penyapu sial

Negeri Sembilan Chief Police Officer Datuk Osman Salleh said police were still investigating the incident after Abdul Azeez, who is also the Baling Umno division head, lodged a report at the Port Dickson District Police Headquarters at 12.30pm.

“We have received the report of the punching incident that occurred at about 9.20am. According to the report, the complainant was punched in the back, on the neck and cheek as he was walking past the area where the PAS supporters had gathered. So far, there are no witnesses and we don’t know who had thrown the punches.

Unsur-unsur provokasi ini biasa dalam mana-mana pertandingaan, samaada secara fizikal atau spritual. Biasa nya dilakukan sebelum dan semasa pertandingan. UMNO pun biasa buat kerja ini. Tanya lah KJ.

Nak haramkan perhimpunan penamaan calon? Patut sangat Anda perlu pencen menulis.

 Apa sebab senak perut apabila ada bukan Islam sebut sepatah dua ayat Al-Quran? saya biasa dengan ceramah UMNO, tidak pernah dikaitkan dengan janji kebaikan atau janji azab Allah jika membuat sesuatu yang diharamkan atau dihalalkan.

Lagak dan gaya politikus adalah perkara biasa, UMNO apa kurang nya? Melatah, lidah bercabang, sekejab ada sekejab tiada, rasuah, pembunuh, kaki betina - namakan apa jua. Politik adalah pentas drama secara langsung dengan pelbagai watak, karektor, plot cerita, pelakon, pembantu pelakon, extra dan sebagai nya.

UMNO tak ada isu untuk menentang PAS. Untuk tutup kemaluan UMNO dan kemaluan ISA, pemimpin Keadilan yang Anda pukul. Oh Awang!


Setidak2nya beliau tau bila ketkanya menggunakan ayat2 sucu dari Al Quran. Apakah Awang Selamat rasakan lebih elok dan tidak menjijikan apabila orang yg mengakui berugama Islam dan berpandukan Al Quran dan Hadith, tetapi terus menerus melakukan perkara2 yang melanggar dan dilarang olih ajaran itu? Apapun kita harus angkat tangan pada Gopala kerana beliau menunjukan lebih arif dgn isi kandungan kitab suci Al Quran dari Awang Selamat, yg berasa mual dan nak muntah bila ayat2 suci sebegitu dibacakan!!



Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. — Mingguan Malaysia.....

...dan sesunguhnya pembunuh dan perasuah itu pasti kalah hahaha...! Hancur!Hancur!Hancur BeEnd!

No comments:

Post a Comment