ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 October 2009

ISU ‘SMS TANTAWI’ AJAK JIHAD FI SABILILLAH











ISU ‘SMS TANTAWI’ AJAK JIHAD FI SABILILLAH

Nampaknya media-media UMNO sudah kehabisan modal. Justeru, isu jihad fi sabilillah dijadikan modal untuk menampakkan PAS seperti parti ganas.

Semuanya adalah ekoran dari satu sms yang mengikut dakwaannya datang dari ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Din Tantawi. Tidak diketahui, apakah benar SMS itu datang dari Ketua Pemuda PAS tersebut, atapun ia merupakan satu provokasi sang buana bangsat wa dajjal yang datang dari parti UMNO.

Aku secara peribadi, menerima sms tersebut. Setelah menerima sms itu dari salah seorang anak buah, aku sudah menjangkakan bahawa kandungan SMS itu akan dijadikan sebagai modal media-media BN untuk memburukkan lagi keadaan. Pasti, mereka akan mencipta seribu satu spekulasi demi mengaut keuntungan dalam meraih undi dalam pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang.

Walaubagaimana pun, dengan kandungan sms tersebut, ternyata UMNO telah menampakkan kejahilan mereka tentang Islam itu sendiri; tentang jihad. Seperti contoh, jika kita membaca dalam agendadaily, dinyatakan seperti berikut;

“Suasana kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang menjadi makin panas Khamis dengan tersebarnya SMS yang didakwa dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang meminta ahli-ahlinya untuk turun ke Bagan Pinang atas nama jihad fi sabilillah.

Dalam ayat mudah SMS itu mengajak ahli-ahli Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk ‘berperang’”

Apa yang ingin dinyatakan, dalam al-Quran, malahan hadis, tidak semua kalimah jihad itu merujuk kepada perang. Bahkan, kalimah jihad itu mempunyai tafsiran yang pelbagai.

Jika kita merujuk kepada kamus arab, kita akan dapati kalimah jihad berasal dari kalimah “ja ha da”, yang membawa erti menggunakan, usaha, dan mempergunakan kemampuan seseorang. Begitujuga kalimah “juhud” beerti kemampuan, kekuasaan, kekuatan dan usaha keras atau usaha kuat.

Dari pendefinisian ini, kita akan fahami bahawa dari sudut bahasa arab, kalimah jihad digunakan untuk segala usaha yang bersungguh-sungguh. Cumanya, perang merupakan salah satu daripada maksud berusaha bersungguh-sungguh itu.

Pun begitu, kita tidak boleh nafikan bahawa ada beberapa kalimah jihad tidak merujuk kepada perang, seperti mana firman Allah SWT berikut;

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Maksudnya;
”Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”

(Surah At-Taubah : 24)

Dalam ayat ini, Allah ada menyebut kalimah ’berjihad di jalan-Nya’. Kalimah jihad dalam ayat ini, tidak merujuk kepada perang, tetapi ia merujuk kepada bekerja keras dan berusaha sekuat tenaga dalam berkorban dengan segala kepentingan yang ada, agar tidak terlalai dengan kesenangan yang ada, seperti lalai dengan sebab kewujudan anak, saudara, harta dan sebagainya.

Begitujuga dalam ayat yang lain pula, Allah SWT menyebut;

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا

Maksudnya;
”Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar”

(Surah Al-Furqan : 52)

Dari ayat ini, Allah menggunakan kalimah ”jihadan kabiran” yang bermaksud, ”jihad yang besar”. Kalimah jihad yang besar ini, bukan dirujuk kepada berperang, tetapi merujuk kepada makna berusaha keras dalam menyampaikan kebenaran kepada orang-orang kafir sehingga mereka menerima Islam.

Malahan, ada beberapa kalimah jihad dalam al-Quran memberi maksud kesungguhan dan usaha keras dalam mengawal perasaan marah sehingga dapat memberi kemaafan kepada manusia lain, seperti firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus”

(Surah Al-Mumtahanah : 1)

Dalam ayat ini, Allah menggunakan kalimah ”jihadan fi sabili” yang bermaksud ”jihad dijalan-Ku”.

Jika merujuk kepada asbab an-nuzul (melayu : sebab penurunan ayat), ayat ini diturunkan rentetan kejayaan Nabi dan para sahabat menguasa kota Makkah, yang disebut dalam sirah sebagai fath Makkah. Semasa Nabi SAW berjaya menguasa kota Makkah, nabi SAW tidak bertindak membunuh dan berperang dengan rakyat Makkah, sebaliknya, mengambil sikap memberi kemafaan kepada rakyat Makkah, waima mereka tidak memeluk islam.

Bahkan ketika itu, ada salah seorang sahabat berteriak, ”hari ini adalah hari pertempuran”. Ketika mendengar teriakan tersebut, nabi SAW terus berkata, ”bukan, hari ini bukan hari pertempuran tetapi adalah hari pengampunan”.

Justeru difahami, waimma ayat ini menggunakan kalimah jihad, tetapi kalimah jihad ini tidak merujuk kepada perang, tetapi merujuk kepada makna, berusaha keras mengawal perasaan marah sehingga dapat memberikan kemaafan kepada manusia.

Dari segala ulasan-ulasan yang dikemukakan ini, nyata bahawa kefahaman jihad yang ditafsirkan sebagai perang oleh agendadaily yang merupakan salah satu media UMNO merupakan lambang kejahilan dan kebodohan mereka terhadap al-Quran yang teramat sangat.

Apa mahu hairan dengan UMNO yang tidak faham al-Quran, kerana mereka adalah satu-satunya parti melayu yang melawan Al-Quran di Malaysia.

Sekian


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment