ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 October 2009

Naib Canselor UUM bakal disumbat ke penjara?

Dengan tajuk “Naib Canselor UUM patut letak jawatan?” di ruangan ini beberapa bulan lalu saya mengulas perihal kelalaian pihak pentadbir Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga membuka ruang kepada tindakan mahkamah diambil terhadap IPTA itu.

Apa yang berlaku ialah, KIC Management Sdn Bhd dan D-Men Resources (M) Sdn Bhd (DRSB) pada 8 Julai 2009 melalui firma guaman Tetuan CV Devan & Co dari Klang, telah berjaya dalam permohonan mendapatkan injunksi ex-parte terhadap UUM Sintok, Kedah, untuk kemungkiran kontrak berkaitan Perjanjian yang ditandatangani bagi usahasama dalam menawarkan program Master of Business Administration (MBA).

Permohonan injunksi tersebut dikemukakan kepada mahkamah memandangkan pihak UUM telah bertindak menamatkan perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 2008 antara syarikat plaintif dan UUM tanpa mengikuti peruntukan dalam klausa perjanjian tersebut.

Tindakan penamatan yang dibuat oleh UUM ini adalah ekoran syarikat plaintif telah memfailkan saman berjumlah RM5.85 juta pada 5 April 2009 terhadap UUM kerana melanggar kontrak perjanjian sebelumnya yang ditandatangani pada 7 Julai 2003 antara syarikat plaintif dan UUM bagi kerjasama menjalankan Program Masters of Business Administration di Kampus Kulim.

Mengikut peruntukan dalam klausa Memorandum Perjanjian bertarikh 1 September 2008, mana-mana pihak yang ingin menamatkan kontrak mestilah memberi notis bertulis selama enam bulan memaklumkan keinginan untuk tidak menyambung kontrak dan penamatan sepenuhnya hanya berkuatkuasa apabila pelajar dari sesi terakhir menamatkan pengajian.

Malangnya pihak pengurusan UUM telah bertindak secara salah dengan menghantar surat kepada pihak plaintif pada 18 Mei 2009 dan memaklumkan penamatan kontrak Memorandum Perjanjian serta merta berkuatkuasa 1 Jun 2009. Ini dengan terang dan nyata melanggar peruntukan dalam klausa perjanjian.

Ini juga merupakan kali kedua UUM tidak mematuhi peruntukan dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani kedua-dua pihak.

Pihak plaintif menulis surat kepada pihak pengurusan UUM terbabit menasihati agar menarik balik dengan kadar segera surat tersebut kerana dengan nyata melanggar peruntukan dalam perjanjian yang dipersetujui. Pihak UUM juga dimaklumkan bahawa UUM bakal menghadapi tindakan injunksi sekiranya enggan menarik balik surat penamatan kontrak berkenaan.

Malangnya UUM berdegil dan berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Melalui injunksi itu plaintif berjaya menahan UUM daripada menawarkan program MBA tersebut kepada pihak lain atau UUM menguruskan program MBA tersebut sehingga perbicaraan kes saman selesai.

Kalangan yang cintakan pembangunan dunia akademik sangat berharap biarlah kemelut yang mengheret UUM ke mahkamah berakhir di situ. UUM diharap mengambil tindakan serius dan proaktif untuk mengembalikan imejnya yang tercalar. Selesaikan apa yang patut diselesaikan dengan segera.

Jika kesalahan berada di pihak UUM, betulkan. Buangkan sikap ego dan bodoh sombong, jika ada, dalam mencari penyelesaian. UUM bukan parti politik. Mereka tidak rugi apa-apa jika mencari penyelesaian mengikut budi bicara, timbang tara atau kalau benar-benar mahu guna saluran mahkamah pun, lakukan secara professional.

Malangnya, semua kaedah itu semacam tidak berlaku.

Syarikat KIC Management Sdn Bhd (KIC) (plaintif) mengenalpasti bahawa UUM, selepas isu mahkamah yang pertama, telah dengan sengaja melanggar perintah mahkamah. Maka pada minggu ini KIC membuat permohonan untuk memfailkan komital di Mahkamah Tinggi terhadap UUM kerana melanggar perintah mahkamah dengan meneruskan pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Tuntutan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Zamani Abd Rahim, selepas UUM didapati melanggar kontrak perjanjian antara kedua-dua pihak.

Perintah injuksi lalu melarang UUM bagi menjalankan sendiri program MBA yang dikelolakan KIC sebelum ini dan pihak UUM mestilah membenarkan pihak KIC untuk terus mengendalikan program tersebut memandangkan penamatan perjanjian adalah tidak sah.

Namun UUM enggan untuk membenarkan KIC untuk terus mengandalikan program MBA dan menarik balik program tersebut serta merta dan menyebabkan KIC memohon injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menahan mana mana pihak termasuk UUM mengambilalih program MBA tersebut.

Walaupun injunksi telah diserahkan ke pejabat Naib Canselor UUM sendiri oleh wakil Mahkamah Tinggi namun UUM tidak mempedulikan perintah larangan tersebut sebaliknya telah memulakan kelas untuk program MBA di Safira Golf Club Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk pelajar-pelajar di bawah seliaan KIC sebelum ini.

Pihak KIC dengan kerjasama pihak polis telah pergi ke lokasi di mana kelas MBA tersebut dijalankan dan menasihati agar program tersebut dihentikan kerana terdapat perintah injuksi dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, namun UUM tetap meneruskan program tersebut pada hari berikutnya.

Ini dengan jelas menunjukkan UUM telah menghina perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar dan pihak KIC telah membuat dua laporan polis terhadap UUM.

Pihak KIC mempunyai bukti kukuh bagi menyokong usul prosiding komital terhadap Naib Canselor UUM yang akan dikemukakan secepat mungkin kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Isu besarnya, jika usul komitial itu berjaya, ialah: Individu yang dinamakan untuk dimasukkan ke penjara kerana menghina mahkamah ialah Naib Canselor UUM sendiri, Dr Nordin Kardi.

Sekarang media arus perdana semacam cuba menyembunyikan isu tersebut dari dipaparkan di dada akhbar. Namun jika nanti seorang Naib Canselor terpaksa disumbat ke penjara, apakah media-media arus perdana mampu menyembunyikannya lagi?


detik daily

No comments:

Post a Comment