ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 October 2009

Pengundi Wajib Tolak Parti Samseng



Pada hari penamaan calon di Bagan Pinang, Ketua Putera UMNO telah mendakwa dirinya dibelasah oleh sekumpulan penyokong PAS yang memakai baju PAS. Dia mendakwa dipukul pada jam 9.20 pagi. Gambar dakwaan asalnya adalah seperti di atas.



Kemudiannya selang sehari tersebar pula gambarnya seperti di atas dan mendapat liputan meluas di media arus perdana bahawa keadaan beliau teruk hingga dalam keadaan seperti gambar di atas. Beliau telah dimasukkan ke hospital.


Pada petang semalam 7hb Oktober, penyokong PAS dikejutkan pula dengan berita bahawa penyokong UMNO bertindak ganas terhadap petugas PAS hingga ada yang dibelasah. Kemudian disusuli pula dengan berita tindakan yang lebih ganas lagi mengenai aksi-aksi samseng penyokong UMNO yang membelasah dan memerosakkan kawasan markas Induk dan Markas Pemuda PAS. Baca di sini.

polis dan media milik kerajaan lansung tidak mengambil endah hal ini....apakah rakyat masih harus memberi pertimbangan untuk memilih calon BN dan mengharapkan BN membela nasib sekalian rakyat di Malaysia...bukan sahaja rakyat di Bagan Pinang yang harus menolak dan memastikan BN tumbang malah seluruh Rakyat Malaysia harus menumbang dan menghancurkan mereka...

Susulan dari peristiwa-peristiwa ganas ini maka petugas-petugas Pakatan Rakyat diminta dan diharapkan untuk lebih berjaga-jaga tentang keselamatan diri masing-masing dan rakan-rakan seperti yang disarankan di sini.

Ya Allah....Kau Hancurkanlah mereka dan pakatan mereka!!!!!

Di bawah adalah petikan kenyataan akhbar Ketua Penerangan PAS Pusat.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment