ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 October 2009

Percubaan seludup 4000 katak di patahkan...


Taktik sekumpulan pekerja Indonesia yang lazimnya menggunakan bot jenis ‘barter trade’ bagi membawa sayur ke negara ini terbongkar setelah pemeriksaan polis di Tanjung Harapan dekat sini, semalam menemui hampir 4,000 katak pelbagai saiz untuk tujuan penyeludupan.

Serbuan kira-kira jam 10 pagi yang diketuai Koperal, Shafieai Tukiman bersama tiga anggota bertugas melakukan peme riksaan selepas memperoleh maklumat daripada orang awam yang menyatakan terdapat kegiatan yang mencurigakan dalam bot berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wilayah Satu (1) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Marzuki Ismail berkata, pemeriksaan di badan bot menemui 27 bakul plastik.

“Kesemua bakul berkenaan ditutup dengan kain kanvas dan pemeriksaan di dalam bakul itu menemui hampir 4,000 katak pelbagai saiz yang dianggarkan bernilai RM4,000.

“Kita percaya mereka menggunakan bot itu bagi menyeludup masuk haiwan liar tanpa permit berkenaan dengan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa kerana bot seperti itu biasanya membawa muatan sayur seperti kobis,” katanya pada sidang media Markas Gerakan Marin Pulau Indah di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, katak tersebut diseludup masuk ke per airan negara dipercayai untuk dijadikan makanan ikan Arowana selain turut dijadikan umpan kaki pancing.

Marzuki berkata, semasa serbuan itu dilakukan di dalam bot berkenaan, terdapat seorang tekong bot bersama 14 awak-awak berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun.

“Kesemua mereka memiliki rekod perjalanan yang sah, namun tekong bot yang berusia 45 tahun itu ditahan kerana kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini sehingga semalam, sebanyak 280 kes pelbagai kesalahan direkodkan di seluruh perairan Selangor antaranya, penahanan pendatang asing, penyeludu pan dan perdagangan manusia.

“Bagi penyeludupan haiwan liar, rampasan katak adalah kali kedua manakala yang pertama pula cubaan menyeludup burung murai pada awal tahun ini,” katanya.

sinarharian

No comments:

Post a Comment