ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 October 2009

polis india jadi kambing hitam belasah kugan ????

Kes Kugan : Kenyataan Ghani menimbulkan persoalan

Menurut kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ,seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 1 Oktober ( hari ini) berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

Abdul Gani berkata, siasatan polis mendapati, daripada 92 kenyataan saksi, hanya empat saksi yang mengenalpasti Navindran sebagai orang yang menyebabkan kecederaan pada dua waktu pada 16 Januari 2009.




Percayalah , tadak tipu punya; botol cakap! Hanya seorang polis sahaja yang melakukan kerja durjana tersebut? Sungguh kejam polis Navindran ini.Polis lain yang baik-baik tu buat apa ketika Navindran mendera mangsa sebegitu parah? Percayakah anda , bahawa Kugan tidak pernah menjerit kesakitan ketika didera dan tiada siapa yang menyedarinya?

Ghani berkata , dalam kedua-dua kejadian itu, suspek dikatakan telah memukul Kugan dengan paip getah dan empat hari kemudiannya Kugan meninggal dunia.

Abdul Gani juga menjelaskan mengapa Navindran tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh tetapi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Katanya, ia kerana tiada bukti bahawa mangsa mati mengejut, tetapi sebaliknya mangsa meninggal dunia empat hari selepas dia didakwa dipukul.





Benarkah kecederaan yang begitu parah dengan luka yang begitu dahsyat, mangsa hanya dipukul dengan paip getah?

Dan kenapa dengan kecederaan yang begitu dahsyat, pihak polis langsung tidak ada mengambil insiatif untuk membawa mangsa ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan kecemasan yang sepatutnya. Doktor hanya di panggil untuk memeriksa mangsa setelah jatuh dan pengsan sebaik lepas minum air lalu disahkan mati.





Benarkah mangsa jatuh pengsan kerana minum air? Atau kerana mengalami kecederaan yang begitu teruk? Apakah dengan kecederaan yang sedemikian rupa seseorang itu akan meminta segelas air atau meminta tolong supaya mendapat rawatan? Mangsa jatuh dan pengsan lalu mati adalah jelas kerana menanggung azab kecederaan yang dialaminya yang jelas diabaikan oleh pihak polis.

Kenyataan Abdul Ghani berhubung isu ini menimbulkan banyak persoalan.Tambahan pula sebelum ini Ketua polis Selangor dan IGP yang mengatakan Kulan mati akibat paru-paru berair dan mengidap Asthma.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, "Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri.Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati. Lihat video klip berikut :




Semoga episod kekejaman ini memberikan keinsafan kepada kita semua.Hari ini dia yang kena, esok lusa mungkin kita pula , atau saudara mara atau kenalan kita....Rakyat diderakan,kekejaman diutamakan?

SUMBER...AL HUSSEYN 51

No comments:

Post a Comment