ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 October 2009

Tanjung Agas jadi PKFZ kedua ...?????

Projek Taman Industri Minyak, Gas Dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, Pahang telah dirasmikan melalui upacara pecah tanah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada bulan Jun yang lepas. Projek yang bernilai RM2 bilion ini turut melibatkan kerajaan di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Diberitakan bahawa kerajaan turut mempertimbangkan untuk memberi status zon perdagangan bebas kepada Tanjung Agas.

Dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Pahang di sini semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Yusof Embong melahirkan kebimbangannya akan nasib Tanjung Agas bakal berkesudahan sama dengan PKFZ yang juga sebuah zon perdagangan bebas, yang sama seperti Tanjung Agas, sebuah projek usahasama antara kerajaan negeri dan syarikat luar, melibatkan ribuan ekar tanah rizab Melayu di Selangor.

Kebimbangan PAS ini ada asasnya terutama dalam konteks Negeri Pahang. Yusof mendedahkan bahawa sudah banyak kegagalan projek-projek pembangunan besar yang melibatkan kerajaan negeri di sini, antaranya projek MEC City, Pahang Cement Bukit Sagu dan Highway Bricks. Kesemua projek ini telah berakhir dengan kegagalan atau terbengkalai.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Pahang, Leong Ngah Ngah, ADUN Triang dan Roslan Zainal, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang ini, Yusof memberi amaran kepada kerajaan negeri supaya memastikan nasib Pelabuhan Tanjung Agas tidak akan semalang PKFZ, apalagi bila mengenangkan orang yang terpaksa menanggung beban kerugiannya adalah rakyat negeri ini.

Sementara itu, Leong dalam ulasannya turut mendedahkan bahawa walaupun projek tersebut melibatkan sebahagiannya dana anak syarikat kerajaan negeri tetapi tidak pernah dibentangkan perbelanjaan dan kewangannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Pemaju induk projek ini ialah Tanjung Agas Supply Base & Maritime Services Sdn Bhd (TASBMS) yang dipunyai 30 peratus saham anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan usaha sama tujuh syarikat multinasional dalam dan luar negara, melibatkan kawasan seluas 1,658 hektar.

Projek berimpak tinggi itu merupakan pusat sehenti dan pengkalan mencari gali dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli. Apabila siap nanti ia dipertimbangkan untuk diberi status zon perdagangan bebas dengan menempatkan limbungan kapal, limbungan fabrikasi, pangkalan bekalan dan kemudahan perkhidmatan dan terminal petroleum, kawasan kediaman serta perdagangan dan perindustrian.

Sidang media PAS ini diadakan sempena Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Pahang bersama media dan veteran PAS negeri.

No comments:

Post a Comment