ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 October 2009

Transformasi perlu melibatkan dasar – Nik Aziz

Beberapa pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti di dalam Umno telah digambarkan ia sebagai satu perubahan secara tuntas dan signifikan dalam usaha barisan kepimpinan parti tersebut ingin menjadikan Umno sebagai sebuah parti inklusif dan demokratik mendapat pelbagai reaksi ahli politik.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara itu berkata, transformasi politik seharusnya dibentuk secara komprehensif mengikut aspirasi seluruh rakyat tanpa mengira apa jua bangsa. Sebab itu penterjemahan sebenar anjakan transformasi mestilah melibatkan dasar.

“Kalau setakat perubahan luaran tapi dasarnya masih tetap sama, itu orang panggil perubahan kosmetik. Tidak konkrit” katanya semasa ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Keluarga Halaqat Negeri Kelantan di Gelora Beach Resort, Bachok, dekat sini petang semalam.

Umno dilapor sekaligus telah melakukan perubahan apabila membuat tujuh pindaan terhadap perlembagaan parti yang diluluskan dengan sebulat suara dari para perwakilan setelah dibentang Naib Presidennya, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, di Perhimpunan Agungnya 2009 yang berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober.

Antara pindaan tersebut ialah meningkatkan bilangan perwakilan bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti termasuk peringkat bahagian daripada 2,500 kepada 146,500 perwakilan. Dan dalam usaha merealisasikan Umno sebagai sebuah parti berdemokratik, sistem kuota juga turut dihapuskan bagi membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding.

Semasa menjawab kemungkinan perubahan itu hanya retorik Umno dalam usaha menawan hati rakyat selepas menyedari hampir seluruh rakyat menolak kepimpinannya Nik Aziz menegaskan, transformasi ke arah memperjuangkan dasar Islam itu sesungguhnya satu ciri reformasi yang paling waras. Sebaliknya adalah retorik semata-mata.

Sementara itu bagi veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah, yang pernah mencadangkan pindaan perlembagaan dilakukan sejak tiga tahun lalu berkata perubahan dalam parti bukan setakat membabitkan pindaan perlembagaan tetapi menuntut kepada perubahan personaliti, sikap dan kelakuan pemimpin.

Katanya, tahap ketamadunan rakyat yang cukup tinggi sekarang ini memerlukan kepada pemimpin yang juga cukup bertamadun, yakni pemimpin yang bersih, bebas daripada amalan rasuah serta peka terhadap aspirasi semua kaum.

Sehubungan itu beliau turut menggesa ruang kebebasan bersuara dibuka secara adil dan saksama dengan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan sekali gus memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana senario itu adalah satu gambaran besar ke mata dunia tentang kekuatan prinsip demokrasi negara yang terdiri daripada berbilang parti politik.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, ketika mengulas agenda perubahan Umno itu dilaporkan berkata, transformasi mestilah didorong oleh wadah dan pemimpin yang percaya dengan perubahan boleh memberi kesan kepada rakyat sejagat.

Oleh Mohd Zuharman


penyapu sial

Selagi kita masih terikat dengan undang-undang ciptaan manusia maka kita tidak akan merasa perubahan. Semasa salah satu Khutbah di Al Fanar Islamic Centre, Doha, Qatar, khatib telah menekan pentingnya umat islam belajar bahasa Arab. Segala ilmu dunia dan akhirat ada dalam Al-Quran yang mulia. Malangnya kata beliau kita telah ditipu oleh barat dengan gula-gula bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu.

Mereka (barat) ada kumpulan yang khas belajar bahasa Arab dan mengkaji Al-Quran kerana mereka tahu bahawa penyelesaian segala masalah ada dalam Al-Quran. Berbalik pada tajuk di atas, tranformasi yang sebenarnya adalah kembali pada Al-Quran dan Sunnah. Nabi S.A.W berpesan bahawa beliau tinggalkan Al-Quran dan Sunnah, selagi manusia berpegang pada keduanya nescaya mereka tidak akan sesat di dunia dan akhirat. Bukalah pintu hati wahai umat........

Kalau dasar UMNO sahaja yg ditukar, sedangkan MACC,PDRM,SPR dan Institusi Kehakiman masih buat kerja kotor, reform apa nama? Tak habis habis nak bohong dan nak perbodohkan rakyat.

No comments:

Post a Comment