ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 October 2009

Yusmadi nafi bangkit isu gilir KM

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan Ketua Menteri digilirkan ikut formula baru,” kata Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Yusof, dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam.

Menurutnya, beliau dihujani dengan emel dan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan sebuah akhbar bertajuk “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru.”

Beliau menjelaskan bahawa hanya memberi pandangan berlatarbelakangkan sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas 8 Mac 2009.

Menurutnya, kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah terbuka anjuran pimpinan PR tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan Pas menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN)/UMNO yang mengangkat agenda perkauman sudah ditolak.

“Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa tajuk dan tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar.

“Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau.

No comments:

Post a Comment