ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 March 2010

Jika Tuk Guru Nik Aziz Bukan lagi Mursyidul AM....dan kaki buntut umno mustafa ali and the gang berada dalam PAS.....aku akan perang habis habisan ke atas parti yang di tunggang oleh golongan munafik ini...!!!!

Jika.. Tuk Guru Nik Aziz Bukan lagi Mursyidul AM... Ucapkanlah Selamat Tinggal buat PAS...

Salam PAS Jalan Raja Laut. Mari kita imbas kembali kenangan manis jemaah Islam yang berlabel PAS semasa puak Kerajaan Perpaduang berjaya menggagalkan misi 16 September Pakatan Rakyat. Mustafa Ali adalah mastermind dalam merencana kegagalan misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Ia dimulakan dengan propaganda paper Harakah. Ya semuo kito tahu paper tu dibawah kendalian Mustafa Ali.




16 September gagal? Yang simbol tanda soal tu cuma helah nak mengelak diri. Elak diri konon. Boleh blah la woi!

Batu penghalang UG

Satu surat umum yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz tentang Mustafa Ali. Surat ini telah disiarkan oleh wartawan Wan Nordin Yaakob. Tetapi ditarik balik dari blog beliau. Baca kaveat Wan Nordin :

Akhirnya aku jadi mangsa, kena tarik balik artikel isu ‘Tok Guru vs Mustafa Ali’

Assalamualaikum kepada pembaca semua, maaf inilah kali pertama saya memohon maaf kepada pembaca kerana saya terpaksa menarik kembali artikel berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertajuk “Rakyat Terengganu salah Piliha Pesuruhjaya’ dan ‘Mursyidul Am Tegur Mustafa Ali’ yang menyaksikan saya dengan berat hati terpaksa juga berbuat demikian.Jam 3 petang tadi, saya dihubungi oleh Ahmad Lutfi Othman yang meminta saya menarik kembali artikel tersebut selepas semalam saya memasukkannya. Beberap alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.Kemudian Dato’ Kamarudin Jaffar pula menghubungi saya meminta saya mempertahankan artikel tersebut, malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberap sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut denmgan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat.

Merasai hakikat itu juga, rakan setugas saya Intan Abdullah turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru itu katanya melampau. Seperti kata Dato’ Kamarudin Jaffar kepada saya, seseorang itu perlu bersedia dikritik apabila mengeluarkan kenyataan yang pedas, justeri dalam hal ini saya lihat ada pihak yang tidak berani menerima hakikat apabila dihentam balas oleh Tok Guru.

Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan idealogi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan ‘politiksukusakat’, akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka. Namun, secara peribadi saya masih mempercayai dan menyokong penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin ulung yang sangat sederhana..Takbirrrrrrrr…Salam manis buat Tok Guru dan pembaca-pembaca sekalian…


Kaveat beliau yang ini pun telah ditarik oleh Wan Nordin [Klik Link]. Walaubagaimana pun, artikel atau surat terbuka TG Nik Aziz telah berjaya di copy paste oleh ramai blogger. Mari kita hayati surat TG Nik Aziz ini kembali. Jom baca!


RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

Penilaian
Setelah membaca surat itu kembali, apa penilaian anda semua setelah Ust. Ahmad Awang tidak dilantik semula dalam Majlis Syura PAS? Apa penilaian anda jika TG Nik Aziz tidak menjadi Mursyidul Am iaitu ketua bagi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam hieraki jemaah Islam PAS? Apa harapan anda setelah penghalang utama UG tiada dalam badan tertinggi PAS. Takde harapan bai. Hopeless! Tunggu je lah Mursyidul Am baru PAS umumkan bahawa PAS lebih syarie' berada dalam Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Tahniah den ucapkan kepada geng 'Kerajaan Perpaduang'.

* Dari blog : http://kraiutara.blogspot.com




penyapu sial


pada pendapat akulah....selagi PAS menyimpan 3 ekor kaki buntut UMNO dalam organisasi ....selagi itu keyakinan aku terhadap parti islam ini semakin terhakis....swayang aku kat parti ini dah semakin terlerai....kerana TGNA masih ada lah ...aku masih memberi sokongan tak berbelah bagi...

jangan kita terlupa kita menentang PAS bukan bermakna kita menentang Allah dan rasulnya....tapi kita menentang binatang dalam PAS yang membawa kita kepada kekufuran....apa guna mengaku sebagai seorang islam dan berjuang kununnya atas landasan islam tapi dalam masa yang sama duduk sekelambu dengan musuh islam...bila di tanya ....bangsat nie suka berdolak dalik...larangan tok guru di ingkari...itu munafik namanya...!!!


yang pastinya ...AKU TIDAK MAHU ITU 3 EKOR ITU DALAM DEWAN PAS....PINTU KELUAR SUDAH TERPACAK SILA TUNJUK JALAN KELUAR UNTUK BINATANG TUNGGANGAN IBLIS INI....!!!!

No comments:

Post a Comment