ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 March 2010

SPR AKAN KATA TAK PERLU PILIHANRAYA LAGI?

Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?..ATAU mungkinkah SPR akan sekali lagi mencari seribu satu alasan untuk menafikan pilihanraya kecil di sana.

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008.

Perletakkan jawatan ADUN oleh Yip adalah disebabkan beliau digugurkan dari jawatan Exco baru-baru ini.

Namun begitu saya percaya Yip akan menarik balik surat perletakkan jawatan kerana BN sudah pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan maruah mereka dari dimalukan dengan perletakkan jawatan ADUNnya ini.

Jika BN sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya saya yakin kali ini mereka juga akan mengulangi cara dan strategi ampuh mereka untuk memujuk Yip.


sofi wahab

No comments:

Post a Comment