ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 March 2010

awas taktik baru barisan najis....kena tahan ISA aje boleh di label terlibat dengan komunis....!!!

ADUN nafi pernah terlibat komunis


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam yang baru dilantik Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang menafikan tuduhan beliau pernah terlibat dengan komunis sekitar tahun 1960-an.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan itu berkata, beliau mengakui pernah menyertai Parti Buruh yang ketika itu menentang kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam bulan pada 2 Disember 1969, bagaimanapun menjelaskan tidak pernah sama sekali bersekongkol dengan komunis.

Menurutnya, setelah empat tahun beliau terpaksa hidup di bawah pengawasan polis di kawasan Kulim-Bandar Baharu, barulah beliau kembali aktif berpolitik dan apabila Parti Buruh diharamkan pada 1972, beliau menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) bersama-sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada tahun 1982.

“Saya tidak kisah dengan dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi saya dengan menuduh saya bekas anggota komunis kerana rakyat tempatan sudah sedia maklum latar belakang saya.

“Jangan hanya kerana saya pernah ditahan ISA selama enam bulan sebelum ini, saya terus dituduh anggota komunis dengan sewenang-wenangnya. Ini satu pertuduhan liar yang tiada asas kukuh,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tuduhan beliau pernah terlibat dengan aktiviti komunis sekitar tahun 1960-an.

Chow Kang berkata, setelah beberapa tahun berkecimpung dengan Gerakan, beliau tergerak hati untuk menyertai parti Keadilan (sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR)) setelah yakin dengan keupayaan dan kesungguhan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan hak semua kaum di negara ini.

“Saya menyertai PKR kerana saya percaya Anwar boleh membawa perubahan kepada negara ini yang kini dilihat mempunyai unsur perkauman yang masih kuat di samping cuba mewujudkan kerajaan berjiwa rakyat yang bersih rasuah,” katanya.

Chow Kang juga menjelaskan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai parti pembangkang cuba menyerang sejarah peribadinya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjatuhkan imejnya di mata masyarakat.

“Saya fikir ini tindakan jahat pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan imej saya.

“Bagaimanapun, saya percaya rakyat tidak akan mempercayai tuduhan ini kerana cerita yang ditimbulkan adalah cerita lapuk semata-mata,” katanya.

Pada 14 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menganggap ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu lebih layak dilantik ahli Exco Kerajaan Negeri berbanding Chow Kang.

Apabila diminta mengulas lanjut, Mahdzir meminta Sinar Harian mengkaji latar belakang Chow Kang untuk mengetahui sebabnya.

No comments:

Post a Comment