ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 March 2010

pejuang melayu tulin ke nie....sampai Kenyang Makan Hasil Judi...!!!!



heran ya...pejuang melayu tulin yang kununnya mengaku islam...dengan rela hati  memiiliki saham judi....seperti dalam gambar ini...agaknya mcm ini lah dia memohon saham judi...tak malu..pakai baju melayu pulak tu...!!!!

Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengawal pengeluaran lesen judi dan memberi kelulusan 60 cabutan khas "Special Draw" untuk tahun 2010.

kelmarin pada sidang media yang diadakan di perkarangan lobi Parlimen Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook menjelas tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada cabutan khas itu selain satu strategi untuk menambah hasil cukai negara boleh juga mendatangkan masalah sosial serta mengalakkan rakyat untuk terus berjudi.

"Kerajaan sepatutnya membatalkan kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat perjudian bagi cabutan khas. Apa yang saya nak maklumkan di sini Kerajaan secara tidak sedar telah mengambil wang rakyat melalui cabutan khas itu," kata Loke.

Loke merujuk kepada pertanyaan lisan yang meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah cukai dan duti yang dikutip oleh kerajaan melalui kelulusan cabutan khas itu.

"Dari jawapan bertulis yang diberikan kerajaan telah bersetuju membenarkan enam operator ramalan yang dilesenkan oleh kerajaan iaitu Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools (PMP), Sandakan Turf Club (STC), Diriwan Corporation dan Sarawak Turf dan Ekuestrian Club (STEC) bagi mengadakan cabutan khas sebanyak dua puluh hari cabutan khas secara serentak.

"Jumlah hasil yang dikutip oleh Kerajaan daripada cabutan khas tahun 2010 sehingga 16 Februari berjumlah RM21 juta," jelas beliau kepada media.

Beliau berkata kerajaan juga menggunakan khidmat operator nombor ramalan secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan jumlah kutipan cukai sebanyak RM1.2 bilion.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan segera perlu diambil dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan, selain itu satu memorandum akan diberikan kepada Perdana Menteri meminta penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu ini. Dalam memorandum itu kita akan dapatkan tandatangan kesemua Ahli Parlimen bagi menyatakan pendirian mereka mengenai masalah tersebut," kata Dr Dzulkefly.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail pula menyokong desakan tersebut dan menyifatkan kelulusan yang diberikan itu sebagai jalan singkat kerajaan untuk mengumpul sumber kewangan negara yang semakin susut.




"Kelihatan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak cabutan ini kerana tekanan mencari sumber kewangan. Lebih banyak kelulusan yang diberikan maka lebih banyak wang masuk ke dalam akaun kerajaan, tetapi impak kelulusan itu kerajaan tidak pernah fikir atau ambil berat. Kita juga harap kerajaan mengawal kelulusan lesen judi jika ada permohonan baru dan semak semula penyambungan kontrak syarikat-syarikat yang sedia ada.

"Kesan yang akan timbul adalah masalah sosial dan wang dalam poket rakyat diambil oleh kerajaan dengan secara senyap. Dengan memorandum yang kita akan berikan Pakatan Rakyat berharap Menteri Kewangan dapat memberi jawapan dalam pengulungan hujahnya minggu depan," kata beliau

No comments:

Post a Comment