ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 March 2010

Jawatankuasa khas perlu siasat Anwar – Rais

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim merasakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu disiasat oleh Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat selepas beliau didakwa berbohong dengan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang 16 September yang gagal dilaksanakan. Rais berkata, Dewan Rakyat boleh menentukan kebenaran dakwaan tersebut.

"Dewan Rakyat mesti bertindak menjalankan siasatan di bawah jawatankuasa istimewa dan jawatankuasa khas supaya fakta sebenarnya dapat diketahui. Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya mereka tidak tunduk kepada kehendak berbohong atau pun memutarbelitkan fakta," katanya. Sebelum ini, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM dalam usaha menjayakan rancangan 16 September.



penyapu sial


Rais, elok kau pergi bakar jambatan UMNO dan bergabung dengan Ku Li dari kau mengarut dan meroyan dalam UMNO. Kau ni pembodek ke? Kau ingat ada SKMM kau kuat ke? Aku nampak Ku LI adalah pejuang UMNO yang sebenar, dia bukan pengikut UMNO yang membuta tuli. Pengikut UMNO selain Ku Li lebih senang disuap dan ditambat seperti kaldai, tak reti nak melawan.

Macam kaldai juga kebodohan dan ketaksuban mereka terhadap pemimpin no. 1 & 2 UMNO sampai ke tahap tidak boleh dijentik. Aku pun suka makan suap. Tapi aku suap nasi dari hasil titik peluh ke mulut sendiri. Bukan seperti pemakan rasuah yang dipelopori ahli politik katak dan pelacur politik belaan UMNO yang kini sedang bersarang di Parlimen dan DUN Perak dan lain DUN yang diperintah Pakatan Rakyat. Rais sudah tua, tapi lagaknya tidak menggambarkan dia sebenarnya sudah nyanyuk dan tiba masanya untuk dia bersara dari politik parti perkauman no. 1 di Malaysia. Untuk Rais, katakan aku lebih cerdik dari kamu.


Jika siapa ingat lagi, dulu Rais adalah timbalan kepada Ku Li dalam Semangat 46. Tiba-tiba dia menjadi katak dan melompat semula ke Parti UMNO pimpinan Mahathir. Bukakah dia ni pun jenis pembohong dan tidak boleh dipercayai? Dia mengkhianati perjuangan Semangat 46 pimpinan Ku Li. Dia menghianati dan lari dari tanggungjawab bersama Abdullah Badawi. Abdullah untung dapat merasa jadi PM dan Rais sampai senja dapat pegang jawatan Menteri UMNO pun jadilah. Dalam UMNO banyak penghianat yang telah lari dari perjuangan sebenar. Mereka patut membela Melayu tetapi mereka yang merosakkan perpaduan Melayu di sebalik slogan kosong dan lusuh yang bernama 1 Malaysia -rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Fikirkan kakitangan awam yang merupakan 99 peratus orang Melayu dinafikan mendapatkan gaji dan elaun baru selepas 5 tahun (sejak Tahun 2000) Pembayaran kenaikan untuk 2000 adalah untuk tahun 1995 yang dikedepankan bayaran pada 2005 maknanya untuk 2000 tiada kenaikan. Sepatutnya pada 2005 ada lagin semakan gaji kakitangan penjawat awam namun tidak ditunaikan oleh pemerintah sekarang. Apa kah tuahnya, tiba-tiba polis dan tentera yang akan menikmati semakan gaji dan elaun baru. Kakitangan awam boleh berfikir sendiri inikah konsep I Malaysia?

Apabila rezeki hanya sampai kepada pihak yang berkepentingan seperti polis dan tentera? Polis digunakan untuk apa? Tentera untuk apa? Kadang-kadang mereka menjalankan tugas politik yang tidak masuk akal? Kakitangan awam apabila anda membaca tulisan ini, anda semua berkuasa untuk menentukan sebuah Kerajaan Baik dalam PRU 13. Gunakan kuasa anda sepenuhnya. Apa yang polis dan tentera boleh buat untuk anda? Tepu dada, tanyalah selera?

No comments:

Post a Comment