ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 March 2010

Semua cawangan di Bkt Bendera sokong bapak perkauman....pendekar cabul ahmad ismail....!!!!




Kesemua 26 cawangan dalam Umno Bukit Bendera menyokong tindakan peletakan jawatan ahli jawatankuasanya untuk memberi laluan kepada Datuk Ahmad Ismail kembali menerajui bahagian berkenaan.

Ketua bahagian berkenaan, Abdul Jalil Ariffin yang turut meletak jawatan berkata, tindakan tersebut dibuat secara sebulat suara ekoran ketegasan dan kepimpinan Ahmad dalam membela orang Melayu.



Pada September 2008, Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian Ahmad dan melucutkan haknya dalam parti, termasuk jawatan ketua bahagian, selama tiga tahun kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Ahmad juga dilaporkan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, MT memutuskan untuk menarik semula penggantungan terhadap Ahmad.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata, 36 ahli jawatankuasa Umno Bukit Bendera meletakkan jawatan "secara sukarela tanpa apa-apa niat tersirat ".

"Kita tidak ada rancang apa-apa untuk letak jawatan. (Ia dibuat) secara sebulat suara di atas keikhlasan 36 jawatankuasa bahagian. Tiada perancangan politik," katanya.

Semalam dilaporkan ahli jawatankuasa Umno bahagian tersebut mengumumkan peletakan jawatan 36 ahli jawatankuasanya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula serta membolehkan Ahmad kembali memimpin bahagian berkenaan.

Surat peletakan jawatan mereka akan dikemukakan dalam mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan hujung bulan depan.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata beliau akan menghantar surat-surat tersebut kepada Setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim dalam mesyuarat tersebut.

Beliau yang juga bekas ketua penerangan bahagian berkenaan, difahamkan mesyuarat tersebut dijadual diadakan pada ketiga bulan depan.

"Selepas itu, badan perhubungan akan hantar (surat peletakan itu) kepada ibupejabat parti (untuk tindakan lanjut)," katanya sambil menambah pemilihan baru akan bergantung kepada arahan ibupejabat Umno.

Menurutnya, Peletakan jawatan tersebut juga mendapat sokongan dari 26 cawangan yang terdapat dalam bahagian tersebut, tambahnya.

No comments:

Post a Comment