ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 March 2010

Fitnah taliban sesat & Utusan Meloya....!!!

Duit ada lah punca segala segalanya. Kerana penduduk Bagan Serai miskin belaka. Hari hari datang mintak duit. Itulah antara konklusi hasil dari temuramah antara wartawan meloya Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dengan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri

Dengan keluarnya beliau dari PKR , seperti yang dikatakannya sebelum ini ialah suatu hijrah , berpindah dari satu keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik , mungkin juga membawa maksud dari satu keadaan tidak ada duit kepada ada duit.


Jadi , jika itu situasinya , sekarang ini baginya keadaan sudah menjadi lebih baik dan jika dihalusi temubual di bawah ini , duit adalah punca utamanya , maka boleh lah diisytiharkan seluruh Bagan Serai , beliau sudah mempunyai duit yang cukup untuk memberikan khidmat terbaik kepada pengundi – pengundi dan penduduk – penduduk di situ , atau dalam bahasa mudah sudah ada orang yang hantar duit.

Persoalannya , siapa yang hantar duit kepada beliau ? Siapa yang sudi memberikan duit kepada beliau ? PAS ke atau DAP ? atau Najib , UMNO dan BN ?

Mungkin juga kita boleh bertanyakan kepada YB Mohsin , di kawasan Parlimen mana , yang diwakili MP PKR telah , sedang & akan dibekalkan dengan duit yang mencukupi , bagi membantu pengundi dan penduduk setempat ?

Mungkin ini adalah kesilapan terbesar Anwar kerana tidak membekalkan duit ke kawasan Parlimen Bagan Serai , sehingga Ahli Parlimen berkenaan gagal mengaggihkan duit kepada rakyat yang memerlukannya.

Soalan bodoh , bukan kah Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh - tokoh korporat luar negara , khususnya dari Asia Barat , yang kaya raya , dan tidak boleh kah meminta jasa baik dia orang ni untuk memberikan sumbangan dan derma bagi kawasan - kawasan yang diwakili MP Pakatan Rakyat ?

Baca sedutan petikan temubual ini ;-

Apakah agaknya punca orang PKR Bagan Serai marah sangat dengan YB sampai memperlakukan YB sedemikian rupa?

Mereka marah sebab saya tidak beri duit apabila mereka datang minta. Hendak bukan sedikit, ingat saya bawa gunung emas ke?

Harapkan duit pencen dan elaun Ahli Parlimen sahaja, itu pun tidak cukup dan kena guna duit sendiri juga sampai perbelanjaan dapur keluarga saya pun kurang.

Kalau saya beri mereka duit, sudah lama masalah ini selesai. Tetapi saya jenis keras, kedekut sebab saya tahu macam mana susahnya cari duit. Kalau datang ke rumah saya di Kajang, Selangor, saya boleh tunjuk saya tanam pokok cabai, pokok limau, pokok durian dan saya bela ikan.

Sebelum pergi Parlimen pun, saya siram pokok dulu. Masa di kampung, saya pagi-pagi pergi bendang. Saya tidak senang macam mereka sangkakan, saya susah.

Ramai orang datang minta duit, saya memang beri tetapi tak banyak sebab mana hendak cari duit banyak-banyak, saya cuma bagi setakat mana yang ada.

Konsep saya, siapa datang kemudian, saya buat pancing dan ikat dengan mata kail dan saya suruh pancing ikan dan beritahu umpan apa yang hendak digunakan, sebab itu mereka marah.

Mereka juga ingat saya tidak layak jadi Ahli Parlimen sebab mereka ingat saya ini YB ‘cokia’ (teruk) dan baru hendak kenal politik.

Ada pimpinan PKR negeri mendakwa parti sudah cuba membantu YB dari segi kewangan tetapi YB tidak tahu menguruskan kewangan. Apakah itu benar?

Bukan satu sen, setengah sen pun saya tidak terima. Kalau ada yang kata saya terima bantuan kewangan daripada PKR negeri, itu satu fitnah yang besar sekali.

Selama ini saya guna duit kocek saya sendiri dan ada juga pertolongan dari kawan-kawan seperti dalam khidmat kesihatan. Ada seorang hamba Allah beri sumbangani alat untuk periksa tekanan darah tinggi dan gula dalam darah.

Masalah ini sudah berlarutan begitu lama, pernah YB ajukan masalah ini kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan?

Saya sudah mengadu pada Anwar tetapi dia cakap tidak ada apa-apa masalah dan minta saya bersabar. Saya juga ada minta tolong Mustafa Kamil Ayub tetapi dengar-dengar ada pimpinan parti hendak ambil tempat saya pula.

selanjutnya

No comments:

Post a Comment